Saturday 21 January 2012

Rasa hati.

Kadang-kadang aku terfikir kenapa aku di tempat aku sedangkan ada orang lain yang lama menanti ingin di tempatku...

Kembara hati

Assalamualaikum
Macam dah lama rasanya tak menulis di sini. Baru-baru ni aku dengan kawan-kawan sekerja pergi mandi kolam di apartment salah seorang kawan. Sempat juga kami semua singgah melawat kawan lama yang dah berhenti kerja. Niat di hati nak serang kedai diaorang. Maklumlah diaorang baru je bukak kedai makan. Tapi takde rezeki sebab hari tu diaorang tutup kedai sebab ada pasar malam di kawasan berhampiran. So, kami makan-makan di rumah diaorang then pi mandi kat swimming pool sampai kembang...hahahaha

Sunday 8 January 2012

Menulis dari hati

Malam ini aku meneruskan kelazimanku yang lama telah aku tinggalkan. Menulis. Novel terbaru yang aku tulis untuk sahabatku. Kisah hidupnya aku garapkan menjadi sebuah skrip yang bakal menjadi tatapan bacaan pelajar di sekolah. Sudah lama aku tinggalkan muka surat yang baru bermula ni. Kesibukan di tempat kerja menyebabkan aku hampir terlupa dengan hobiku yang satu ini. Semoga novel ini cepat siap....

Saturday 7 January 2012

Salam pengenalan.

Salam pengenalan kepada semua. Blog ni aku created untuk kita semua berkongsi apa sahaja topik x kisahlah masalah peribadi ke, masalah negara ke, apa saja. So, kepada sesiapa yang nak berkongsi cerita dengan kat sini atau nak minta pendapat aku atau kawan2 lain untuk selesaikan masalah korang leh post kat blog aku ni. Jangan malu2 InsyaAllah, kalau aku leh bantu bagi pendapat aku tolong. Sekian saja untuk kali ni. Lain kali aku tulis lagi. Banyak sebenarnya cerita aku nak kongsi dengan semua. Tapi, sekarang ni aku tgh keje. See u soon.
Assalamualaikum.