Friday 10 February 2012

Cuti-cuti Malaysia

Salam semua...kali ni aku nak cerita pengalaman aku bercuti. Destinasi awal seperti yang dirancang ialah ke Langkawi. Kami plan nak stay 3 hari 2 malam. Tapi tiba2 salah seorang daripada member aku ubah plan. 1 malam je di Langkawi thesn malam seterusnya ke Cameron Highlands. Langkawi memang best la...walaupun 2 hari 1 malam je kat sana tapi berbaloi. Memang tak semua tempat dapat pergi. Tapi puas jugaklah. Ada beberapa aktiviti yang dapat buat. Contohnya, naik speed bot round pulau. Berbaloi sangat. Bayar rm30 sorang dapat pengalaman yang best sgt. Makan kat Langkawi pun takdelah mahal sangat. Serius bawak rm300 pun dah cukup untuk 2 hari 1 malam maybe 3 hari 2 malam. Tapi untuk beli banyak barang kena spend lebih lar. Tapi kalau setakat nak relax2 n jalan2 memang cukup sangat. Sebab banyak bilik yang murah2. Kepada korang semua yang nak percutian budget, aku suggest pi Pantai Cenang. Semua kemudahan ada kat situ. Kedai makan, duty free shopping centre n underwaterworld pun dekat. Bagi sape2 yg nak sewa skuter n kereta pun senang. Lagi satu Pantai Cenang ni dekat dengan airport. So, terus boleh checkin di motel, hotel or chalet berhampiran.