Tuesday 10 July 2012

Pulau Perhentian

Assalamualaikum...lama rasanya tak menulis di sini. memang lama pun...hehehe. Bukan apa, bz dengan tugasan hidup yang semestinya tidak akan berkesudahan. Hari ni aku nak cerita tentang percutian aku ke Pulau Perhentian dengan adik-adik tak langsung aku. Hehehe...actually diaorang ni collegue kat tmpat keje aku...Sebenarnya percutian ini benar-benar x dirancang dengan teliti. bak kata sesetengah orang, pakai redah je. Kami plan nak pergi ke pulau perhentian berempat. So disebabkan salah seorang dari kami perlu menghadiri course yang sangat penting jadi dua orang dari kami iaitu H dan Y bertolak sehari lebih awal dari kami. So aku dan si Z bertolak keesokan harinya.Sebenarnya aku dan Z tak berapa nak sihat masa kami nak ke sana. Tapi memandangkan pakej sudahpun dibayar, maka kami terpaksa juga pergi. Terpaksa rela gitu. Teruja juga nak ke sana, maklumlah ini first time aku nak jejakkan kaki ke perhentian island. Jadual bas kami sepatutnya bertolak dari Hentian Putra pada jam 9.30 malam. Tapi kerana beberapa masalah, perjalanan kami terdelay selama sejam. Jadi bas yang aku naiki bersama Z mula bertolak jam 10.30 malam. Perjalanan sangat memenatkan. Maklumlah jauh. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 jam sebelum sampai ke Kuala Besut. Sepanjang perjalanan aku memandang ke luar. Jalan yang aku lalui tiba-tiba menggamit kenangan aku kepada seorang sahabat aku yang baru meninggal dunia. Hati aku tiba-tiba sayu. Aku menoleh sekilas kepada Z yang sedang tidur di sisi aku. Mujurlah dia tidur dan tidak nampak aku menangis. Tapi yang pergi tetap pergi. Aku membaca surah Al-Fatihah untuk disedekahkan kepadanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Berbalik kepada perjalanan kami, aku sebenarnya terasa letih sangat. Memandang Z yang tidur nyenyak sambil tangannya memegang phone. Terdetik hati aku nak simpan hp dia. Bimbang gak takut jatuh n tercicir.Tapi sayangnya aku x lakukannya. And that thing really happens. Masa kami tiba di Kuala Besut, terperasan hp dia hilang. Puas cari kat bawah kot terjatuh sbb that time kami dua2 terlelap. Yelah kami sama-sama dah telan ubat batuk. Aku try call then mmg sah hp dia dah dijumpai atau dicuri orang lain. Kesian Zik. Akhirnya Z pun pasrah. Nak wat camne xde rezeki. So perjalanan kami pun diteruskan. Aku dan Z tiba di perhentian hampir jam 9 pagi. Korang rasa apa yang aku dan Z rasa masa tu? Ya Allah...cantiknya alam ciptaan Allah. Pantai dia ya Allah...punyalah cantik dengan air laut yang nampak ikan dan terumbu karang di dalamnya. Memang cantik sangat. Cantik gilerrrr...Aku sambng cite ni nanti ok...dah ngantuk...pas makan ubat...