Wednesday 17 July 2013

Hijrah (Cerpen)



HIJRAH
            Suasana bingit di dalam sebuah kelab hiburan terkemuka di ibu kota langsung tidak dipedulikannya. Sarah masih terus menari. Lenggok tubuhnya menarik perhatian beberapa orang lelaki yang berada di dalam kelab tersebut. Sarah bangga kerana memiliki tubuh yang seksi. Tubuh yang baginya mampu untuk buat semua lelaki menyimpan impian untuk memilikinya.
            “Sarah! Sarah!” panggil satu suara.
            Sarah masih asyik menari. Panggilan temannya langsung tidak diendahkan. Helmi sudah tidak sabar dengan kerenah Sarah. Tangan gadis itu ditarik.
            “Apa ni?” tanya Sarah marah.
            “Jom balik!” ajak Helmi lantas menarik tangan Sarah keluar dari kelab hiburan itu.
            Sarah jalan terhuyung-hayang kerana kesan alkohol yang baru ditelannya tadi.
            “Woi! Kau nak bawa aku ke mana ni? Aku tak mahulah!” jerit Sarah.
            Helmi tidak mempedulikan jeritan Sarah. Tangan Sarah terus ditarik menuju ke keretanya. Sarah cuba melepaskan tangannya dari genggaman Helmi. Helmi akhirnya mengalah setelah Sarah meronta-ronta. Jeritan suara Sarah menarik perhatian beberapa orang yang ada di sekitar kawasan itu.
            “Kau ni apa hal? Mabuk?” tanya Sarah kepada Helmi dalam keadaan mamai.
            “Bukan aku yang ada hal! Tapi kau! Mak kau sakit di kampung tapi kau buat perangai di sini!” marah Helmi.
            “Ah! Peduli apa aku dengan orang tua tu! Dia bukan sayang aku pun,” ucap Sarah.
            “Kau ni dah mabuk teruk tau tak?” Helmi sudah tidak tahan dengan sikap Sarah.
            Sekali lagi Helmi cuba menarik tangan Sarah agar masuk ke dalam keretanya.
            “Wei! Aku kata aku tak mahu! Kau sajalah yang pergi jumpa orang tua tu. Suruh dia makan ubat banyak-banyak. Jangan nak menyusahkan orang tau tak?” jerkah Sarah.
            Tiba-tiba beberapa orang lelaki menghampiri mereka berdua.
            “Ini apa hal ni?” tanya salah seorang lelaki yang bertubuh tegap.
            “Lelaki ni paksa saya ikut dia!” ujar Sarah.
            “Encik...saya sebenarnya...”
            Helmi tidak sempat menerangkan perkara sebenar. Lelaki-lelaki itu terus memukulnya sehingga dia tidak berdaya lagi. Setelah Helmi sudah tidak mampu bangun, mereka semua berlalu meninggalkan Helmi yang sedang mengerang menahan kesakitan.
******
            Sarah terasa tubuhnya lemah dan tidak berdaya. Kepalanya bagaikan dihempap batu besar. Sarah memicit kepalanya sambil matanya masih terpejam. Perlahan dia membuka matanya. Dia hairan di mana dia berada. Tempat itu terlalu asing baginya.
Jika dilihat daripada dekorasi bilik itu. Kelihatan seperti dia berada di bilik hotel yang mewah. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Sunyi tiada sesiapa pun di situ. Kesejukan alat penghawa dingin menggigit tubuhnya.
            Tiba-tiba Sarah terasa kepalanya bagai diketuk. Dia tersedar yang dia rupanya tidak berpakaian. Sarah menarik selimut menutup tubuhnya. Dia ketakutan.
            “Apa yang dah berlaku pada aku ni?” tanya Sarah sendirian.
            Sarah seperti sudah dapat menduga apa yang telah berlaku kepadanya malam tadi. Dia jadi semakin takut. Sarah mula menangis. Tiba-tiba keluar seorang lelaki dari bilik mandi yang terdapat di dalam bilik itu.
            “Hai sayang, dah bangun?” tanya lelaki itu.
            “Kau siapa?” tanya Sarah.
            “Eh! Awak dah lupakah. Saya yang selamatkan awak daripada lelaki yang paksa awak masuk kereta semalam,” jelas lelaki itu.
            Sarah cuba mengingati kejadian malam tadi.
            “Helmi!” hanya nama itu yang keluar dari bibir Sarah.
            Sarah teringat sekarang, Helmi dibelasah teruk oleh lelaki di hadapannya ini bersama rakan-rakannya. Mereka kemudian masuk semula ke dalam kelab. Lelaki tersebut mengajaknya minum arak. Oleh kerana terlalu mabuk, Sarah langsung tidak sedarkan diri.
            “Apa yang awak dah buat pada saya?” tanya Sarah dalam tangis.
            Lelaki tersebut tersenyum sambil tangannya cuba menyentuh pipi Sarah. Sarah menepis.
            “Semalam awak dah balas budi saya dan kawan-kawan saya. Terima kasih banyak-banyak, sayang. Maaflah, saya tak tahu pun yang awak masih suci,” ujar lelaki itu lantas ketawa.
            Hati Sarah diruntun kesalan yang teramat sangat. Kesuciannya telah diragut oleh lelaki yang tidak dikenalinya. Dia menyesal kerana tidak mendengar nasihat sahabatnya, Helmi. Sarah menangis teresak-esak. Namun nasi sudah menjadi bubur. Penyesalannya tidak dapat mengembalikan apa yang telah terjadi.
            Sarah tiba-tiba teringatkan ibunya. Helmi semalam datang kerana ingin mengajaknya pulang menemui ibunya yang sedang sakit tenat. Namun sikap degilnya akhirnya telah memakan dirinya sendiri.
******
            Sarah memandu merentasi lebuh raya untuk pulang ke kampungnya. Dia ingin segera menemui ibunya. Dia ingin sujud di kaki ibunya. Dosanya terlalu banyak. Dia lalai dengan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam.
            “Ya-Allah, semoga kau memberikan aku hidayahMu,” doa Sarah di dalam hati.
            Air mata Sarah benar-benar ikhlas dengan keinsafannya. Dia tidak mampu untuk memadam kisah hitam yang telah berlaku. Namun, dia yakin Allah itu maha pengampun. Dia berjanji tidak akan kembali ke kehidupan hitamnya yang lalu.
            Sebaik tiba di halaman rumahnya, Sarah terpandang kereta Helmi terpakir di situ. Dadanya berdebar-debar hendak melangkah keluar dari kereta. Tidak lama kemudian, Helmi keluar dari rumah ibunya. Perlahan Sarah keluar dari keretanya. Mata mereka berdua saling berpandangan. Helmi terkejut melihat perubahan Sarah. Sarah benar-benar telah berubah. Dia sudah mula menutup aurat dan tidak lagi berpakaian seksi seperti sebelum ini.
            Air mata Sarah turun laju. Dia menghampiri Helmi. Helmi mengajaknya naik. Namun Sarah meminta Helmi mendengar ceritanya dulu sebelum dia menemui ibunya. Dalam tangisan, Sarah menceritakan detik hitam yang telah berlaku kepada dirinya. Dia mengaku kepada Helmi bahawa dia benar-benar telah insaf dan ingin berhijrah menjadi seorang Muslim sejati.
            “Alhamdulillah. Kau akhirnya kembali ke pangkal jalan. Jangan diungkit perkara yang sudah berlaku. Semua itu dugaan Allah untuk kau,” pujuk Helmi.
            Sarah dan Helmi kemudian bersama-sama naik ke rumah menemui ibu Sarah. Ibunya terbaring lesu di atas katil. Sarah segera menghampiri ibunya.
            “Mak! Ampunkan Sarah mak!” Sarah menangis sambil memeluk ibunya.
            Ibu Sarah membuka matanya perlahan-lahan.
            “Sarah...kau pulang akhirnya,” ucap ibunya perlahan.
            “Ya, mak. Ampunkan Sarah mak. Sarah dah insaf,” kata Sarah lagi.
            “Mak dah lama ampunkan Sarah,” ucap ibunya lagi.
            Sarah dan ibunya melepaskan rindu mereka. Helmi mengucap syukur kerana Sarah benar-benar telah berhijrah ke arah yang lebih baik. Dia berdoa semoga penghijrahan ini adalah kekal untuk selamanya.
TAMAT

Tuesday 16 July 2013

Terharu dek deklarasi

Assalamualaikum....hari ini aku dah upload semua bab novel secerah langit...terasa lambat pulak nak abiskan satu-satu bab....alhamdulillah....semasa aku sedang menyiapkan novel terbaru aku, aku terpandang satu blog daripada seorang pengarah muda yang berbakat besar. Aku akui dia memang seorang karyawan hebat. Setiap tintanya berisi jiwa. Terharu benar aku membaca luahannya tentang orang yang melahir dan membesarkan kita. Our parents. Memang adakalanya aku sendiri alpa dengan kelebihan aku yang aku rasa lebih ke depan berbanding mereka yang katanya lebih dahulu makan garam. Setinggi mana kita mampu terbang, kita tetap kena kembali ke bumi. Kembali kepada orang yang telah berbudi melahirkan membesarkan kita. Kerana tanpa mereka, kita bukan siapa-siapa.

Salam ikhlas dari anak Mak dan Abah,
Moon

Secerah Langit Bab 8 hingga Akhir



BAB 8
            Lara duduk berhadapan dengan ibu dan ayahnya. Kedua-dua adiknya sudah tidur. Hanya Lara bersama ibu dan ayahnya masih di ruang tamu.
            “Lara dah fikir masak-masakkah?” tanya ibunya.
            “Lara dah fikir lama perkara ni,” jawab Lara.
            “Lara tak kesiankan Tok Ayah dan nenek?” tanya ayahnya.
            Lara tunduk.
            ‘Kalaulah ibu dan ayah tahu betapa seksanya Lara di sana,’ hatinya bermonolog.
            “Lara!” panggil ibunya.
            Lara mengangkat wajahnya memandang ibunya.
            “Lara nak duduk sini. Lara nak duduk dengan ibu, ayah dan adik-adik,” ucap Lara.
            Ibu dan ayah Lara saling berpandangan. Lara memandang wajah kedua-dua ibu ayahnya dengan penuh harapan. Bukan niatnya hendak membelakangkan datuk dan neneknya. Tetapi dia ingin rasa kebebasan hidup bersama keluarga sendiri. Tidak terkongkong. Tidak sentiasa berada dalam ketakutan. Usianya semakin meningkat remaja. Pelajaran yang bakal dihadapinya akan lebih mencabar. Bagaimana dia hendak menumpukan perhatian sekiranya fikirannya terganggu dengan sikap Mak Udanya. Semua itu hanya mampu diluahkan di dalam hati. Tidak mampu untuk dia luahkan kepada ibu dan ayahnya. Bimbang jika dikatakan dia sengaja mereka-reka cerita. Sedangkan semua maklum Mak Uda adalah seorang pelakon terhebat. Jika boleh dicalonkan, dia sepatutnya layak merangkul anugerah pelakon terbaik.
            Malam itu, ibu dan ayah Lara berbincang sesama mereka di dalam bilik tentang permintaan Lara untuk bersekolah di Kuala Lumpur. Bukan mereka tidak mahu menjaga anak mereka sendiri. Tetapi mereka sendiri berasa serba salah terutamanya ayah Lara. Serba salah dengan ibu dan ayahnya. Mereka yang ingin menjaga Lara sejak Lara masih kecil lagi. Bimbang kiranya mereka berkecil hati jika Lara kembali bersekolah bersama mereka di Kuala Lumpur.
            “Bagaimana, bang?” tanya ibu Lara.
            “Entahlah! Abang pun serba salah dibuatnya,” jawab ayah Lara.
            “Kadang-kadang kesian saya tengok Lara tu bang. Dia fikir kita tak sayangkan dia. Sebab itu sejak kecil kita hantar dia ke rumah ayah,” kata ibunya.
            “Ish...kenapa pula dia fikir sampai ke situ?” tanya ayahnya.
            “Yalah, cuba abang fikir. Sejak sekolah Tadika lagi dia dah duduk rumah mak dengan ayah. Sesekali saja dapat merasa kasih sayang kita. Kalau saya pun terasa tersisih, bang,” kata ibunya.
            Ayah Lara mengeluh.
            “Kita izinkan sajalah Lara bersekolah di sini, bang,” ucap ibu Lara.
            “Abang serba salahlah,” ucap ayahnya pula.
            “Abang tau tak, Lara menangis masa hari kita sampai kampung tu,” cerita ibunya.
            “Menangis kenapa pula?” tanya ayahnya.
            “Yalah, dia dah bersemangat nak balik. Tiba-tiba kita tidur sana satu malam. Dia sedihlah,” jawab ibunya.
            “Habis tu, takkanlah kita nak balik terus. Nanti apa pula kata mak dengan ayah,” kata ayahnya pula.
            “Habis tu, macam mana? Kita nak izinkan tak dia bersekolah di sini?” tanya ibunya inginkan kepastian.
            “Nantilah saya fikirkan,” balas ayahnya.


BAB 9
            Lara duduk sendirian di buaian besi di hadapan rumahnya. Dia sedang melayan perasaannya. Fikirannya ligat berfikir sama ada ayah dan ibunya akan membenarkan dia bersekolah di Kuala Lumpur.
            “Kak Long!” tegur Faril di celah pagar antara rumahnya dan rumah Lara.
            Lara tersentak dari lamunan.
            “Kak Long berangan, ya,” usik Faril.
            “Eh! Tak adalah!” ucap Lara.
            “Kak Long rindu pakwe di kampung, ya?” tanyanya lagi terus mengusik.
            “Ish! Mana orang ada pakwe. Sekolah lagi,” jawab Lara.
            “Habis tu, kenapa Kak Long termenung?” tanya Faril.
            Lara menoleh memandang Faril.
            “Boleh tak jangan panggil Kak Long? Naim dengan Zaim saja yang panggil macam tu,” beritahu Lara.
            “Habis tu tak tahu nama. Panggil Kak Long sajalah,” jawab Faril.
            “Panggil Lara saja,” Lara memberitahu namanya kepada Faril.
            “Oh! Lara...sedapnya nama,” puji Faril.
            Faril berlalu dari pagar yang menghalang mereka. Dia keluar dari pagar rumahnya dan menuju ke rumah Lara. Faril mengetuk pagar rumah Lara. Lara memandang Faril sambil bercekak pinggang.
            “Bukalah pintu ni Lara! Abang nak berbual dengan Lara. Penatlah berdiri di pagar,” ujar Faril.
            Lara menuju ke pagar rumahnya dan membuka pintu pagar untuk Faril.
            “Fakri mana?” tanya Lara.
            “Budak tu kalau petang-petang macam ni apa lagi. Tidurlah!” jawab Faril.
            Lara duduk kembali dibuaian. Faril kemudian duduk di bangku buaian bertentangan dengan Lara.
            “Kenapa muram saja ni? Risaukan result UPSRkah?” tanya Faril.
            Lara menggelengkan kepala.
            “Habis tu?”
            “Tak ada apalah,” jawab Lara cuba berselindung.
            “Hmm...kalau ada masalah, cuba kongsi dengan abang. Mana tau abang boleh tolong Lara,” ucap Faril.
            Lara mengeluh.
            “Tengok tu. Mengeluh pula dia,” ujar Faril.
            “Bukan mengeluhlah!”
            “Habis tu, kalau bukan mengeluh apa?”
            “Ish...abang ni. Abang tak tahu apa-apa. Abang takkan faham.”
            “Kalau tak cerita macam mana abang nak faham.”
            Lara mengeluh lagi.
            “Tak baik asyik mengeluh tau!”
            Lara memandang wajah Faril lama.
            “Laa...tenung muka abang lama-lama kenapa?” tanya Faril.
            Lara hanya menggeleng.
            “Lara...cubalah cerita dengan abang. Tak elok simpan masalah sendirian lama-lama. Nanti hati tu boleh jadi busuk tau!”
            “Ada-ada sajalah abang ni.”
            “Hmm..Lara tak payah tipulah. Tengok muka Lara pun abang dah tahu Lara memang ada masalahkan?”
            Lara mengangguk.
            “Kalau macam tu. Kongsi dengan abang masalah Lara. Kalau abang tak mampu tolong pun, sekurang-kurangnya boleh ringankan sikit beban di kepala Lara tu.”
            Lara menceritakan kepada Faril tentang masalahnya. Masalahnya dengan Mak Udanya di kampung dan kehendak dirinya bersekolah di Kuala Lumpur dan tinggal bersama ibu dan ayahnya.
            “Hmm...berat juga masalah Lara ni. Lara tak pernah cerita tentang Mak Uda Lara kepada ibu dan ayah?” tanya Faril setelah Lara selesai bercerita.
            Lara menggelengkan kepala.
            “Kenapa Lara tak beritahu saja? Abang yakin, kalau Lara beritahu tentu ayah Lara akan benarkan Lara bersekolah di sini,” ujar Faril.
            “Abang yakin mereka akan percaya? Mak Uda tu pandai berpura-pura, depan Tok Ayah, nenek, ibu dan ayah memang dia akan berlagak baik sangat,” beritahu Lara.
            Faril terdiam seketika.
            “Hmm...kalau begitu susah juga,ya. Nantilah abang fikirkan idea. Kalau dah dapat nanti abang beritahu Lara,ya.”
            “Okey! Tapi abang janji jangan beritahu sesiapa apa yang Lara ceritakan kepada abang tadi,” Lara mengingatkan.
            “Okey!” Faril berjanji.
            “Betul ni?” tanya Lara.
            Faril mengangguk.
            “Okey!” ucap Lara.
            Faril tersenyum memandang Lara.

BAB 10
            Lara terdiam mendengar keputusan yang telah dibuat oleh ayahnya. Tiada apa yang mampu dilakukannya lagi. Ayahnya memang ingin dia tinggal bersama datuk dan neneknya di kampung kerana itu adalah permintaan mereka sendiri.
            “Ayah minta maaf. Bukan ayah tak suka Lara tinggal di sini. Tapi itu permintaan Tok Ayah dan nenek. Mereka sayangkan Lara,” ujar ayahnya.
            Lara masih lagi diam. Terkaku di atas sofa di hadapan kedua-dua orang tuanya. Terpendam perasaan kecewa di dalam hatinya walau hakikatnya dia sendiri sudah mengagak akan keputusan itu.
            “Lara...” panggil ibunya.
            Lara memandang ibunya sayu.
            “Bila kami hantar Lara tinggal di kampung bersama Tok Ayah dan nenek, itu bukan bermakna kami tak sayangkan Lara. Tapi nenek memang berhajat nak besarkan Lara sejak Lara belum lahir lagi. Kalau boleh, memang ibu dan ayah nak Lara bersama kami,” jelas ibunya.
            “Tak apalah ibu, ayah, Lara faham,” jawab Lara lantas bangun dan menuju ke biliknya.
            Di dalam bilik Lara menangis. Sedih benar dia dengan keputusan keluarganya. Lara tidak mengerti mengapa ibu dan ayahnya tidak dapat menyelami hati dan perasaannya. Merasai apa yang dirasainya kini.
            Cuti sekolah bakal berakhir tidak lama lagi. Minggu depan keputusan UPSR akan diumumkan. Dia akan kembali semula ke rumah datuknya. Bermakna kehidupan gelapnya akan muncul semula. Kehidupan bersama Mak Uda. Lara menangis semahu-mahunya malam itu.
            Keesokkan harinya mata Lara bengkak kerana semalaman dia menangis. Pagi itu tekaknya terasa kelat hendak menjamah sarapan yang disediakan ibunya. Ayah dan ibunya saling berpandangan. Mereka tahu Lara menangis semalam.
            “Lara...kenapa tak makan?” tanya ibunya.
            Lara yang sedang termenung mengadap pinggan di hadapannya tersentak. Dia menoleh memandang ibunya.
            “Lara...” panggil ayahnya.
            Lara bangun dari duduknya dan menuju ke luar rumah. Dia menuju ke buaian yang terletak di hadapan rumah. Buaian bulat itu dihayunkan. Lara membiarkan tubuhnya dihayun buaian tersebut. Dia termenung. Pandangan matanya jauh entah ke mana. Air matanya bergenang lantas jatuh.
            Tanpa Lara sedari ibu dan ayahnya memerhatinya. Ibu dan ayahnya saling berpandangan. Risau dengan keadaan Lara.
            “Abang tengoklah Lara tu,” ujar ibunya.
            “Entahlah. Tak tahu nak cakap lagi. Abang sangka dia seronok duduk dengan Tok Ayahnya,” kata ayahnya pula.
            “Abang tak rasakah seperti Lara ada masalah di sana?” tanya ibunya.
            “Takkanlah Lara ada masalah pula. Semua orang di kampung sayangkan dia. Manjakan dia,” jawab ayahnya.
            “Entahlah, bang. Tapi saya rasa Lara ada masalah,” kata ibunya pula.
            “Hmm...nanti awak cuba-cubalah tanya pada dia apa masalahnya,” suruh ayahnya.
            “Baiklah, bang. Nanti bila ada masa sesuai saya tanya kepada Lara,” sambut ibunya.
            Lara masih termenung di buaian.


BAB 11
            Keputusan UPSR yang cemerlang menggembirakan hati Lara. Ternyata telahan ibu saudaranya tersasar jauh. Dia berjaya mendapat 5A. Lara berharap agar dia dapat melanjutkan pelajarannya di Sekolah Berasrama Penuh. Itu akan memberi kepadanya peluang untuk keluar daripada rumah datuknya. Dia akan tinggal jauh daripada Mak Udanya. Bagi Lara itu adalah alasan terbaik untuknya keluar dari situ.
            “Tahniah Lara!” ucap Naemah.
            Lara tersentak sebaik sahaja bahunya ditepuk Naemah.
            “Eh! Naemah. Tahniah untuk kau juga,” ucap Lara pula.
            Naemah mengangguk. Dia tersenyum memandang sahabat baiknya itu.
            “Jom kita duduk di kantin,” ajak Lara.
            “Marilah,” ajak Naemah pula.
            Mereka berdua duduk di bangku yang terdapat di kantin sekola. Kelihatan beberapa orang pelajar sekolah mereka yang baharu sahaja mengambil keputusan peperiksaan mereka. Ada yang datang bersama kawan-kawan, ada juga yang datang bersama ibu bapa masing-masing.
            “Apa perancangan kau selepas ini?” tanya Naemah.
            “Hmm...aku nak mohon memasuki Sekolah Berasrama Penuh,” jawab Lara.
            “Hmm...satu idea yang bagus. Tapi keluarga aku tak mampu nak hantar aku sekolah jauh-jauh,” kata Naemah pula.
            “Bukankah kau boleh mohon untuk mendapatkan biasiswa. Keputusan UPSR kau cemerlang. Aku yakin tentu kau akan dapat biasiswa,” ujar Lara pula.
            “Memanglah. Tapi bukan aku seorang sahaja yang mendapat keputusan cemerlang. Ramai lagi pelajar lain yang hidup susah seperti aku,” kata Naemah.
            “Kau ni, belum cuba sudah nak mengaku kalah,” kata Lara kepada sahabatnya.
            “Aku bukan mengaku kalah. Tapi memang apa yang aku cakapkan itu betulkan? Aku sebenarnya tak kisah kalau bersekolah di mana-mana pun. Apa yang penting, aku dapat belajar dan mendapatkan keputusan yang cemerlang,” kata Naemah.
            “Memanglah bersekolah di mana-mana pun sama. Tapi, peluang untuk ke sekolah berasrama penuh tak semua orang dapat,” Lara menerangkan kepada Naemah.
            Naemah sekadar tersenyum memandang sahabatnya.
            “Aku harap kau berjaya masuk ke sekolah berasrama penuh,” ucap Naemah.
            “Aku sebenarnya nak keluar dari rumah datuk aku. Aku tak nak terus tinggal bersama Mak Uda aku. Aku dah minta mak ayah aku untuk bersekolah di Kuala Lumpur. Tapi mereka tak sampai hati nak lukakan hati datuk dan nenek aku. Jadi, aku rasa alasan untuk bersekolah asrama akan dapat meyakinkan mereka untuk melepaskan aku,” ujar Lara.
            “Lara, kalau aku tanya kau satu perkara kau marah tak?” tanya Naemah.
            “Kau tak tanya lagi macam mana aku nak marah,” jawab Lara.
            Naemah senyum.
            “Tanyalah apa yang kau nak tanya,” kata Lara lagi.
            “Kau janji dulu dengan aku yang kau tak akan marah,” ucap Naemah.
            Lara ketawa.
            “Kau ni kenapa? Apa sajalah yang kau nak tanya sampai nak aku berjanji ni?” tanya Lara.
            “Kau janjilah dengan aku dulu,” kata Naemah.
            “Yalah! Aku janji aku tak akan marah. Tanyalah!” ucap Lara.
            Naemah tersenyum memandang rakannya itu.
            “Aku sebenarnya dah lama nak tanya dengan kau tentang perkara ni,” kata Naemah lagi.
            “Hmm...apa dia? Kau ni buat aku suspen tau,” kata Lara tidak sabar menunggu apa yang hendak ditanyakan Naemah.
            “Aku sebenarnya nak tahu, kau ada tak rasa dendam dengan Mak Uda kau?” tanya Naemah.
            Lara diam tidak menjawab. Pandangannya di halakan jauh dari kantin.
            “Lara...aku minta maaf kalau pertanyaan aku buat kau tersinggung,” ucap Naemah.
            Lara masih diam.
            “Lara...aku...”
            “Ikutkan hati memang aku berdendam. Tapi seburuk manapun Mak Uda aku tu melayan aku, dia tetap ibu saudara aku,” Lara bersuara tiba-tiba.
            Naemah memandang wajah Lara lama. Air muka Lara menggambarkan kesedihan. Mungkin dia lihat Lara bertuah kerana hidupnya tidak semiskin dirinya. Tapi jauh di sudut hatinya dia tau Lara miskin dengan kasih sayang. Lara sepi.
Sepi seorang gadis sunti yang sedang meningkat remaja. Hidup tanpa kasih sayang sepenuhnya daripada ibu dan ayah. Hanya kasih daripada datuk dan neneknya. Hidup Lara yang sering terasa tersisih oleh ibu saudaranya sendiri.
            “Aku nak keluar dari rumah datuk aku,” kata Lara.
            “Kau sabarlah, ya,” ucap Naemah.
            Lara tersenyum tawar memandang Naemah.

 BAB 12
            “Semua orang tak adil dengan Lara! Apa salah Lara?” tanya Lara kepada ibu dan ayahnya.
            “Lara...” panggil ibunya.
            “Lara nak mati! Semua orang tak suka Lara!” jerit Lara.
            “Lara! Apa cakap macam tu?” tanya ayahnya pula.
            “Lara cuma nak masuk sekolah berasrama. Lara nak berdikari. Kenapa mesti Lara duduk di rumah Tok Ayah lagi?” tanya Lara.
            “Lara...sekolah di mana-mana pun sama saja. Lara tetap boleh dapat keputusan cemerlang. Ayah yakin Lara seorang pelajar yang bijak,” pujuk ayahnya.
            Lara memandang ayahnya.
            “Kenapa Lara benci sangat dengan Tok Ayah ni?” tanya ibunya.
            “Lara bukan benci Tok Ayah. Lara tak suka...” Lara tidak menghabiskan kata-katanya.
            “Apa yang Lara tak suka?” tanya ayahnya.
            Lara tidak menjawab. Wajah ibu dan ayahnya silih berganti dipandangnya. Lara kemudian keluar dari rumahnya. Meninggalkan kedua-dua orang tuanya yang terpinga-pinga memandangnya.
            “Lara!” panggil ibunya.
            Lara tidak mempedulikan panggilan ibunya. Jiwa terasa ingin memberontak. Dia sudah tidak tahan hendak memendam perasaan. Dia perlu mencari Faril. Lara menuju ke pagar rumah jirannya.
            “Abang Faril! Abang Faril!” jerit Lara.
            Faril muncul di hadapan pintu rumah. Dia terlihat Lara di luar pagar rumahnya. Faril menuju ke pagar.
            “Lara? Kenapa ni?” tanya Faril sebaik terlihat wajah Lara yang sedang menangis.
            Faril membuka pagar pintu rumahnya. Lara menarik tangan Faril. Faril hanya mengikut langkah Lara yang tidak tahu ke mana tujuannya. Agak jauh juga Lara menarik tangan Faril sambil berjalan kaki tidak tahu ke mana hala tujuannya.
            Lara juga sebenarnya tidak tahu ke mana hendak dia bawa kakinya melangkah. Perasaannya yang bercelaru, sedih dan kecewa membuatkan dia hanya terfikirkan Faril tempat untuk dia mengadu. Faril pula hanya mengikut ke mana sahaja Lara membawanya.
            Tiba-tiba Lara berhenti melangkah. Pegangan tangannya dengan Faril dilepaskan. Lara menangis. Dia berlutut di atas rumput di tepi jalan. Beberapa pasang mata yang melalui jalan tersebut memandang Lara dan Faril.
            “Lara...” panggil Faril.
            Bahu Lara dipegang dengan kedua-dua tangan Faril.
            “Lara benci ibu! Lara benci ayah! Mereka memang tak sayangkan Lara!” raung Lara dalam tangisan.
            “Lara...kenapa cakap macam tu? Tak elok cakap macam tu kepada ibu dan ayah,” pujuk Faril.
            “Lara nak cakap apa lagi? Hakikatnya memang macam tu, bang. Ibu dan ayah memang sengaja nak menyeksa Lara!” tingkah Lara lagi.
            Faril hanya cuba sedaya-upaya menenangkan Lara.
            “Kenapa ibu dan ayah lahirkan Lara jika nak menyeksa Lara? Kenapa tak bunuh saja Lara sejak kecil?” Lara terus bertanya sambil menangis.
            “Lara...bangun Lara,” pujuk Faril sambil cuba mengangkat bahu Lara.
            Lara mengangkat wajahnya memandang Faril.
            “Bangun Lara, kita duduk berbual di taman. Jom,” ajak Faril lembut.
            Perlahan Lara bangun. Faril memimpin tangan Lara. Mereka berdua berjalan menuju ke taman bunga yang terletak tidak jauh dari rumah mereka. Mereka berdua kemudian duduk di bangku yang tersedia di taman tersebut.
            Lara diam memandang kehijauan padang luas yang dihiasi pokok-pokok bunga berwarna-warni. Faril menoleh memandang Lara yang duduk di sebelahnya. Wajah Lara masih dibasahi air mata.
            “Lara...setiap apa yang berlaku dalam dunia ni, mesti ada sebabnya,” ucap Faril.
            “Lara tak tahu apa sebabnya Mak Uda bencikan Lara. Lara tak tahu kenapa ibu dan ayah Lara tak nak pelihara Lara,” Lara bersuara.
            Faril menggeleng kepala memandang Lara.
            “Tak semua yang kita impikan akan tertunai. Tak semua yang kita hajati akan terlaksana. Ibu dan ayah Lara tak tahu masalah Lara dengan Mak Uda. Mungkin mereka hanya nak menjaga hati datuk dan nenek Lara. Sebab itu mereka hantar Lara tinggal dengan datuk dan nenek Lara. Kenapa datuk dan nenek Lara pilih Lara antara ramai cucu-cucunya? Sebab Lara adalah antara yang teristimewa di pandangan mata mereka,” panjang lebar Faril menasihati Lara.
            Lara masih diam.
            “Lara adalah cucu kesayangan mereka. Cucu paling comel,” Faril cuba menarik perhatian Lara.
            Lara tersenyum mendengar kata-kata Faril.
            “Haa...kan comel bila senyum,” puji Faril.
            “Abang ni perli Larakah?” tanya Lara.
            “Perli apa pula? Abang cakap yang betullah,” ujar Faril.
            Lara ketawa. Dia menggeleng beberapa kali. Faril memandang Lara.
            “Lara nak sekolah di sini, ibu dan ayah tak benarkan. Sekarang, Lara dapat peluang nak belajar di sekolah berasrama. Tapi nenek pula menghalang,” luah Lara.
            “Lara dapat masuk sekolah asrama penuh?” tanya Faril.
            Lara mengangguk.
            “Eh! Peluang bagus tu,” ujar Faril.
            “Masalahnya nenek tak benarkan,” beritahu Lara.
            “Kenapa?” tanya Faril.
            Lara mengangkat bahu.
            “Mungkin nenek Lara tak mahu berpisah dengan Lara,” Faril membuat andaian.
            Lara menggigit bibir. Pandangannya tertancap ke arah kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan yang terdapat di situ. Kanak-kanak tersebut ditemani ibu dan ayah mereka. Tersentuh hati Lara saat itu. Dia merasakan betapa bertuahnya kanak-kanak yang ditemani ibu dan ayah mereka. Ketika dia seusia mereka, Lara hanya bermain sendirian di hadapan rumah Tok Ayah dan nenek.
            “Lara!” panggil Faril sekaligus mematikan lamunan Lara.
            Lara menoleh memandang Faril.
            “Jom kita balik,” ajak Faril.
            Lara menggeleng.
            “Nanti risau pula ibu dan ayah Lara. Abang pun tak beritahu mak abang ke mana kita pergi,” jelas Faril.
            “Kalau abang nak balik, abang baliklah dulu,” ucap Lara.
            “Lara?” tanya Faril.
            “Lara tak nak balik,” jawab Lara.
            Faril mengeluh.
            “Kalau abang nak balik, abang baliklah dulu. Lara pandai balik sendiri,” suruh Lara.
            “Lara nak tunggu sini sampai bila?” tanya Faril.
            Lara mengangkat bahu.
            “Jomlah kita balik,” ajak Faril lagi.
            Lara menggeleng.
            “Jomlah!” ajak Faril sambil menarik tangan Lara.
            “Tak nak!” tingkah Lara tetap tidak mau berganjak.
            Faril menarik tangan Lara agar bangun daripada duduknya. Lara akhirnya mengalah dan menuruti langkah Faril.

BAB 13
            Lara menyudahkan latihan matematik yang diberikan oleh gurunya tadi. Pada waktu petang tidak ramai pelajar yang ada di perpustakaan sekolah. Di sebelah Lara kelihatan seorang pelajar lelaki yang sebaya dengannya juga sedang menyiapkan kerja sekolah.
            Lara meletakkan pen birunya di atas meja. Buku latihannya ditutup dan di susun bersama-sama beberapa buah buku lain. Dia memandang pelajar di sebelahnya. Pelajar itu sedang asyik dengan kerja sekolahnya. Lama Lara merenung orang di sebelahnya. Pelajar lelaki itu menyedari dirinya diperhati. Jarinya yang sedang menarikan pena di atas buku latihannya dihentikan.
            “Apa yang kau pandang tu?” tanya Syazwan.
            Lara tersentak.
            “Eh! Tak ada apa-apa,” jawab Lara sedikit gugup.
            Syazwan senyum sambil menggelengkan kepala. Lara memandangnya sambil mengerutkan keningnya.
            “Kenapa kau ketawa?” tanya Lara.
            “Mana ada aku ketawa. Aku senyum saja,” jawab Syazwan.
            Lara menjeling Syazwan. Dia mengemas alat tulis miliknya yang bersepah. Lara berdiri. Syazwan memandangnya kehairanan.
            “Kau nak ke mana?” tanya Syazwan.
            “Baliklah, nak ke mana lagi,” jawab Lara.
            “Eh! Nantilah dulu! Aku belum siap lagi ni,” ujar Syazwan.
            Lara duduk kembali di sebelah Syazwan.
            “Kau nak balik cepat pun nak buat apa?” tanya Syazwan.
            “Banyak benda aku nak kena buat di rumah,” jawab Lara.
            Syazwan ketawa.
            “Yalah! Kau kena cuci pingan, cuci baju, kemas rumah dan macam-macam lagikan?” Syazwan memerli.
            Lara menjeling tajam Syazwan.
            “Janganlah marah Lara. Aku gurau saja,” Syazwan memujuk.
            “Memang apa kau cakap tu betul,” ujar Lara perlahan.
            Syazwan memandang Lara.
            “Kenapa? Kau tak percaya aku kena buat semua benda tu?” tanya Lara.
            “Takkan kau yang buat semua tu? Dah macam Cinderella pula,” seloroh Syazwan.
            “Tak percaya sudahlah! Cepatlah siapkan kerja kau tu! Aku nak balik! Dah lewat ni,” tingkah Lara sedikit tersinggung dengan sikap Syazwan yang tidak mempercayainya.
            Wajah Lara mencuka. Syazwan memandang Lara. Perasaan bersalah terbit dalam dirinya kerana buat sahabatnya itu tersinggung.
            “Lara...aku minta maaf,” ucap Syazwan.
            Lara diam.
            “Lara...aku...” Syazwan tidak menghabiskan kata-katanya.
            “Dahlah! Lupakan saja. Cepatlah kau siapkan kerja kau tu,” Lara memintas.
            Syazwan kembali menumpukan perhatian terhadap kerja sekolahnya. Sementara Lara termenung. Adakalanya dia berasa lebih seronok berada di sekolah berbanding di rumah.
            “Malasnya rasa nak balik ke rumah,” ucap Lara perlahan.
            Syazwan yang sedang kusyuk menyiapkan tugasannya menoleh.
            “Apa kau cakap?” tanya Syazwan.
            Lara tersentak.
            “Eh! Tak ada apa-apa,” jawab Lara.
            Syazwan memandang Lara kehairanan.
            “Aku dengar kau cakap sesuatu tadi,” kata Syazwan.
            “Eh! Tak adalah. Kau salah dengar agaknya,” tingkah Lara.
            “Oh! Yakah?” tanya Syazwan.
            Lara mengangguk.
            “Okey! Kejap ya. Sikit saja lagi nak siap ni,” Syazwan berkata sebelum menyambung kembali tugasnya.
            “Okey!” balas Lara.
            Hampir setengah jam Syazwan selesai membuat kerja sekolahnya. Mereka berdua keluar dari perpustakaan bersama-sama untuk pulang ke rumah masing-masing.
             
BAB 14
            Lara membuka kasut sekolahnya. Kasutnya disimpan rapi di rak kasut yang terletak di tepi tangga rumah datuknya. Lara melangkah perlahan masuk ke dalam rumah.
            “Haa...dah sampai pun! Aku ingat dah tak pandai nak cari jalan balik ke rumah!” jerkah Mak Udanya tiba-tiba.
            Lara terkejut. Terasa bagaikan hendak terjatuh jantungnya dijerkah sedemikian rupa. Lara mengurut dadanya perlahan.
            “Jangan nak mengurut dada. Cepat salin baju. Tolong aku cuci pinggan di dapur tu!” arah Mak Uda.
            Lara segera meminta diri untuk masuk ke dalam bilik. Dia menyalin pakaiannya sebelum menuju ke dapur. Di dalam fikirannya, perut yang lapar perlu diisi terlebih dahulu. Lara menghampiri meja makan. Terlihat tudung saji di atas meja menandakan ada makanan terhidang di sebaliknya. Lara mengangkat tudung saji. Terhidang lauk singgang ikan tongkol dan sayur kobis goreng.
            “Cuci pinggan-pinggan tu dulu sebelum makan!” jerit Mak Uda yang tiba-tiba muncul di dapur.
            Sekali lagi Lara terkejut dek herdikan Mak Udanya. Pantas Lara menutup kembali tudung saji dan menuju ke sinki untuk mencuci pinggan mangkuk yang penuh di dalamnya.
            “Entah siapa saja yang makan di rumah ni sampai begini banyak pinggan mangkuknya,” rungut Lara sendirian.
            Lara mengeluh. Memang dia hairan bagaimana boleh pinggan mangkuk terkumpul begitu banyak tanpa di cuci. Setiap hari dia pulang dari sekolah pasti pinggan mangkuk penuh di sinki. Jika hendak dikira hanya berapa orang sahaja yang tinggal di dalam rumah datuknya itu. Tetapi pinggan mangkuk yang terkumpul bagaikan ada berpuluh orang di dalam rumah itu. Periuk belanga kotor yang entah berapa lama tidak dicuci juga ada.
            “Ish...dahlah aku penat-penat balik dari sekolah. Perut pula lapar. Entah dari mana pinggan mangkuk, periuk belanga ni datang. Huh!” Lara mengeluh.
            “Jangan nak membebel di situ! Cepat cuci pinggan tu!” suara Mak Uda kedengaran.
            Lara mengerutkan dahinya. Terasa seolah-olah Mak Udanya sentiasa memerhatikannya. Lara mencuci pinggan mangkuk di hadapannya. Dia mahu cepat selesai melakukan tugas itu. Perutnya semakin lapar. Menyesal pula dirinya kerana tidak makan terlebih dahulu di kantin sekolah sebelum pulang.
            Selesai sahaja mencuci pinggan, Lara menuju ke meja makan. Tudung saji dibuka. Dia mencapai pinggan dan mencedok nasi sebelum duduk menikmati hidangan di hadapannya. Walaupun lauknya tidak seberapa rasanya, perutnya yang lapar diisi juga.
            “Lara!” jerit Mak Udanya tiba-tiba.
            Lara yang sedang mengunyah nasi hampir tersedak.
            ‘Ish! Apa lagi orang tua ni nak?’ hati Lara bertanya.
            Lara menoleh memandang Mak Udanya.
            “Ya, Mak Uda,” Lara menyahut panggilan ibu saudaranya.
            “Lepas makan, kau kemas meja tu semua. Lauk tu simpan. Pinggan dan periuk nasi tu cuci!” arah Mak Uda.
            Lara sekadar mengangguk.
            “Kau jangan nak mengangguk saja! Buat!” sekali lagi Mak Uda menjerkahnya.
            “Ya, Mak Uda!” balas Lara.
            Lara merungut di dalam hati. Bosan dia dengan sikap Mak Udanya. Semakin dia meningkat remaja semakin hatinya meronta ingin memberontak. Rasa dendam terhadap semua perbuatan Mak Uda terhadapnya dipendam dalam-dalam di lubuk hatinya.

BAB 15
            “Panasnya cuaca hari ni!” rungut Syazwan.
            “Okeylah tu. Kalau hujan pun susah juga kita nak berlatih,” balas Lara.
            Syazwan memandang Lara sambil tersenyum.
            Petang itu Lara, Syazwan dan beberapa orang pelajar yang lain sedang menjalani latihan olahraga untuk mewakili sekolah mereka. Cuaca agak panas pada petang itu walaupun jam sudahpun menginjak ke pukul empat petang. Lara sendiri sudah menogak berbotol-botol air mineral sejak dari pukul tiga petang tadi.
            “Lara!” panggil seorang gadis.
            Lara yang sedang menogak air mineral buat kesekian kalinya menoleh.
            “Ada apa Tini?” tanya Lara.
            “Cikgu Dali panggil,” jawab Tini.
            “Cikgu Dali panggil? Kenapa?” tanya Lara.
            Tini mengangkat bahu. Dahi Lara berkerut. Dia hairan mengapa tiba-tiba Cikgu Dali memanggilnya.
            “Cepatlah! Cikgu Dali tunggu kau tu!” ujar Tini.
            “Yalah! Yalah!” kata Lara.
            Lara bingkas bangun.
            “Cikgu Dali nak jumpa aku di mana?” tanya Lara.
            “Di bilik gurulah!” jawab Tini.
            Lara segera berlalu dari padang sekolah menuju ke bilik guru. Dia tercari-cari kelibat Cikgu Dali, namun gagal ditemui.
            “Ish...tak nampak pun batang hidung Cikgu Dali. Betulkah apa yang si Tini cakap ni?” bicara Lara sendirian.
            “Awak cari siapa, Lara?” pertanyaan Cikgu Jannah membuatkan Lara hampir terlompat kerana terkejut.
            “Eh! Cikgu Jannah...saya cari Cikgu Dali. Tini beritahu saya Cikgu Dali nak jumpa saya,” jawab Lara.
            “Bila Tini beritahu awak?” tanya Cikgu Jannah.
            “Baru sekejap tadi,” jawab Lara lagi.
            Wajah Cikgu Jannah kehairanan.
            “Setahu cikgu, Cikgu Dali dah balik sejam yang lalu. Awak salah dengar agaknya,” ujar Cikgu Jannah.
            “Ish...mana ada saya salah dengar. Memang Tini beritahu saya Cikgu Dali nak jumpa saya di bilik guru. Saya di padang tadi ada latihan olahraga,” jelas Lara.
            “Hmm...tak pasti pula cikgu. Tapi yang cikgu tahu, memang Cikgu Dali dah lama balik,” ujar Cikgu Jannah lagi.
            Lara menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Cikgu Jannah memandang Lara. Tidak lama kemudian Cikgu Arshad pula muncul di bilik guru.
            “Kenapa ni cikgu?” tanya Cikgu Arshad kepada Cikgu Jannah.
            “Hmm...Lara ni, dia kata Cikgu Dali nak jumpa dia. Tapi Cikgu Dali dah balik dari tadi,” terang Cikgu Jannah.
            “Haah, memang Cikgu Dali dah balik. Ada apa-apa masalahkah Lara?” tanya Cikgu Arshad.
            “Saya pun tak tahu, cikgu. Tini yang beritahu saya Cikgu Dali nak jumpa saya di sini tadi. Itu yang saya ke sini nak tahu sebab apa Cikgu Dali nak jumpa saya,” panjang lebar Lara menjelaskan kepada dua orang guru di hadapannya itu.
            “Hmm...mungkin Tini saja nak kenakan awak agaknya. Cuba awak tanya dia semula. Mungkin juga Cikgu Dali sudah pesan dengan dia dari awal tadi. Tapi baru sekarang dia sampaikan kepada awak,” kata Cikgu Arshad membuat andaian.
            “Kalau begitu, saya minta diri dululah cikgu. Terima kasih, ya,” Lara meminta diri untuk kembali ke padang.
            Setibanya di padang, Lara mencari Tini. Kelihatan beberapa orang pelajar sibuk menjalani latihan olahraga. Ada yang sedang berlatih lontar peluru, lontar lembing, acara balapan dan sebagainya. Ketika melalui kawasan latihan lompat jauh, Lara terpandang Tini sedang duduk bersebelahan dengan Syazwan. Dia lantas berjalan pantas menuju ke arah di mana Tini dan Syazwan berada.
            “Tini!” panggil Lara.
            Tini terkejut melihat Lara yang tiba-tiba muncul di hadapan dia dan Syazwan. Dia kemudian menjeling Lara. Panggilan Lara tidak dipedulikannya. Lara menjadi sakit hati dengan perangai Tini. Tahulah dia kini bahawa Tini memang sengaja mahu mengenakannya.
            “Hei, Tini!” Lara menarik bahu Tini supaya bangun dari duduknya.
            “Ish! Apa ni? Sakitlah!” rungut Tini.
            “Kenapa ni?” tanya Syazwan pula.
            Syazwan hairan melihat Lara yang tiba-tiba bersikap demikian.
            “Kau cakap betul-betul dengan aku. Sebenarnya Cikgu Dali tak cari akukan?” tanya Lara.
            Wajah Lara benar-benar kelihatan berang. Hatinya sakit kerana dipermainkan oleh Tini. Dia memegang kuat bahu Lara.
            “Ish...sakitlah!” Tini hanya mengaduh tanpa menjawab pertanyaan Lara.
            “Lara! Kenapa buat Tini macam ni?” Syazwan bertanya sambil cuba melepaskan genggaman tangan Lara di bahu Tini.
            “Kau tanyalah dia!” Lara menjerit marah lantas berlalu dari situ.
            Syazwan memandang Lara yang berlalu meninggalkan mereka. Tini pula menggosok-gosok lengannya yang sakit dicengkam jemari Lara.
            “Sakit lengan saya ni,” Tini merengek manja dengan Syazwan.
            “Apa yang awak dah buat dengan Lara?” tanya Syazwan.
            “Buat apa?” tanya Tini kembali berpura-pura tidak mengerti.
            “Saya kenal sangat Lara. Dia tak akan naik angin begitu tanpa sebarang sebab,” ucap Syazwan.
            Tini hanya diam. Syazwan menggeleng kepala sebelum berlalu meninggalkan Tini yang masih melayan kesakitan di lengannya.
            “Wan!” panggil Tini mengada.
            Syazwan tidak mengendahkan panggilan Tini. Dia berlari mengejar Lara yang semakin laju melangkah.
            “Lara! Lara!” panggil Syazwan.
            Lara melangkah semakin laju. Hatinya benar-benar terasa sakit dengan perbuatan Tini.
            “Lara!” Syazwan terus memanggil.
            Syazwan mempercepatkan langkahnya. Dia akhirnya berjaya memintas Lara.
            “Lara! Nanti dulu!” Syazwan menahannya.
            “Buat apa kau kejar aku? Pergilah layan minah gedik tu!” tingkah Lara.
            “Kau kenapa nak marah-marah ni? Kau cemburu, ya?” tanya Syazwan.
            “Apa? Cemburu? Hahaha...tak ada masalah aku nak cemburu. Banyak lagi kerja lain,” balas Lara.
            “Habis tu?” Syazwan terus bertanya.
            “Malaslah aku nak cakap lagi! Aku nak balik!” tegas Lara.
            Lara berlalu meninggalkan Syazwan yang masih terpinga-pinga dengan sikap sahabatnya itu. Tiba-tiba dia tersenyum sendirian.
            “Mungkin dia camburu aku dengan Tini agaknya,” kata Syazwan sendirian.
            Syazwan ketawa sambil menggelengkan kepala. Dia faham benar dengan perangai Lara. Jika sedang marah usah haraplah hendak dipujuk hari itu juga. Lara akan kembali seperti biasa setelah marahnya reda. Syazwan pasti esok kemarahan Lara akan reda.

BAB 16
            Suasana perkarangan rumah datuk Lara kelihatan sunyi sepi. Syazwan memanjangkan leher menjengah mencari kelibat Lara.
            “Assalamualaikum!” Syazwan memberi salam.
            Tiada jawapan dari dalam rumah. Hatinya tertanya-tanya di mana pergi semua orang di rumah datuk Lara itu. Pintu rumah terbuka, tapi tiada sebarang kelibat manusia yang kelihatan.
            “Assalamualaikum! Lara!” sekali lagi Syazwan memberi salam dan memanggil nama Lara.
            Syazwan mula berputus asa. Dia mengandaikan tiada orang di rumah datuk Lara. Mungkin juga hanya neneknya yang lumpuh ada di dalam rumah. Malas pula dia hendak menjengah ke dalam rumah. Syazwan mula mengatur langkah untuk pulang. Dia membuat keputusan untuk berjumpa dengan Lara di sekolah sahaja esok.
            “Waalaikumsalam!” kedengaran satu suara menjawab salam yang sekian lama diberikan Syazwan tadi.
            Syazwan menoleh. Kelihatan Lara menjengah melalui tingkap.
            “Eh! Syazwan! Apa kau buat di sini?” tanya Lara.
            Syazwan tersenyum memandang Lara. Nampaknya kemarahan Lara telah reda.
            “Aku datang cari kaulah!” jawab Syazwan dari luar.
            Lara segera keluar mendapatkan Syazwan.
            “Apa hal kau cari aku ni?” tanya Lara.
            “Tak ada apa. Saja datang melawat kau,” jawab Syazwan.
            Lara ketawa.
            “Kau ketawa kenapa?” tanya Syazwan.
            “Tak adalah. Aku kelakar dengar kau cakap datang melawat aku. Macamlah aku ni sakit,” ujar Lara.
            “Apa yang kelakarnya pula? Nak melawat orang tak semestinya kena tunggu orang tu sakit,” balas Syazwan pula.
            “Yalah! Kau menang!” kata Lara pula.
            Syazwan tersenyum puas.
            “Eh! Jomlah kita lepak di bawah pokok tu,” ajak Lara sambil menunjukkan jarinya ke arah pangkin yang dibuat datuknya di bawah sepohon pokok jambu air.
            Mereka berdua melangkah seiringan lantas duduk di atas pangkin.
            “Kau okey?” tanya Syazwan kepada Lara.
            Lara memandang Syazwan. Dia hampir tergelak.
            “Kenapa kau tanya aku macam tu?” tanya Lara kehairanan.
            “Tak adalah. Semalamkan kau marahkan aku,”  ujar Syazwan.
            Lara tersenyum.
            “Aku bukan marah kaulah,” kata Lara.
            “Habis tu? Kenapa tiba-tiba kau mengamuk semalam?” tanya Syazwan inginkan kepastian.
            Lara ketawa.
            “Lah! Dia ketawa pula,” ucap Syazwan.
            “Buruk tak aku mengamuk semalam? Burukkan?” tanya Lara.
            Kali ini Syazwan turut ketawa.
            “Boleh tahanlah. Macam singa!” seloroh Syazwan.
            Mereka berdua ketawa.
            “Amboi! Suka panggil orang singa, ya!” kata Lara setelah ketawanya reda.
            “Hmm...tapi singa yang comellah!” ujar Syazwan memuji pula.
            “Oh! Comellah pula. Ada-ada saja kau ni,” kata Lara.
            “Betullah! Aku tak tipu,” kata Syazwan.
            “Yalah tu,” kata Lara.
            Mereka berdua diam seketika. Suasana sunyi menyelubungi. Hanya terdengar kicauan burung-burung yang berterbangan dari satu pohon ke pohon yang lain. Lara menggoyangkan kakinya.
            “Lara!” panggil Syazwan memecah kesunyian.
            “Hmm!” jawab Lara.
            Mata Lara memandang kakinya yang sedang dihayun ke depan dan ke belakang.
            “Kau tak cakap lagi kenapa kau marah semalam,” ucap Syazwan.
            Lara menarik nafasnya dalam sebelum dilepaskan perlahan.
            “Kenapa?” Syazwan bertanya lagi ingin tahu.
            “Tini!” Lara mula bersuara.
            “Kenapa dengan Tini? Apa yang dia dah buat dengan kau?” Syazwan bertanya bertalu-talu.
            “Amboi kau ni. Bila aku sebut nama Tini saja, bertubi-tubi soalan kau ya,” sindir Lara.
            “Eh! Tak adalah. Aku risaukan kau. Apa yang Tini dah buat pada kau sampai kau marah bukan main lagi semalam?” tanya Syazwan lagi.
            “Tini kenakan aku semalam. Aku rasa dia sengaja nak berdua dengan kau,” ujar Lara.
            “Aku pun terbabit?” tanya Syazwan.
            “Yalah! Semalam dia tipu aku. Dia cakap Cikgu Dali nak jumpa aku. Tapi dia bohong. Cikgu Dali dah lama balik. Malu aku dengan Cikgu Arshad dan Cikgu Jannah,” jelas Lara.
            “Yakah? Tapi kenapa dia nak buat macam tu, ya?” tanya Syazwan.
            “Hmm...kau ni masih tak faham lagikah?” tanya Lara pula.
            Syazwan menggaru-garu kepalanya.
            “Tak faham sudahlah! Aku nak naiklah. Aku lupa ada kerja tak diselesaikan lagi di atas. Nanti Mak Uda aku balik, mati aku dikerjakannya,” kata Lara.
            Lara bangun dari duduknya. Pantas Syazwan menarik tangan Lara.
            “Nanti dulu Lara! Kejaplah,” ucap Syazwan.
            Lara memandang tangannya yang dipegang Syazwan. Perlahan anak mata Syazwan beralih dari memandang wajah Lara ke tangan Lara yang dipegangnya. Serta-merta dia melepaskan pegangan tangannya. Wajah Lara mula terasa disimbah darah. Entah mengapa dia terasa malu yang teramat. Seperti ada aliran arus elektrik tatkala Syazwan memegang tangannya tadi. Walhal selama ini dia sudah biasa bertepuk tampar dengan Syazwan.
            “Maaf!” ucap Syazwan.
            “Eh! Tak ada apalah. Perkara kecil saja,” ucap Lara menyembunyikan perasaannya.
            “Okey,” ucap Syazwan.
            “Eh! Aku naik dululah. Kita jumpa di sekolah esok, ya!” kata Lara.
            “Okey! Aku...balik dulu, ya!” Syazwan meminta diri.
            “Okey!”
            Syazwan menghantar Lara sehingga ke depan halaman rumah sebelum berlalu. Baru sahaja Lara menaiki anak tangga, kelihatan Mak Udanya juga tiba. Wajahnya kelihatan mencuka tapa seraut senyum pun menghiasi. Dia sempat mejeling Syazwan sebelum menaiki anak tangga rumah.
            Syazwan yang baru hendak melangkah pulang berubah riak wajahnya apabila senyuman yang dilemparkan kepada ibu saudara Lara tidak mendapat balasan yang sepatutnya. Syazwan sempat melambaikan tangannya kepada Lara sebelum berlalu. Lara hanya berani menganggukkan kepala. Dia melirik wajah Mak Udanya. Pasti dia akan menerima padah kerana kain yang Mak Udanya pinta untuk dia cuci masih belum habis dicuci.
            Lara pantas melangkah ke dapur. Dia ingin menyambung kembali kerjanya yang terbengkalai tadi. Sorotan mata Mak Udanya menemaninya sehingga ke dapur.
            “Dari pagi tadi aku tinggal tak siap-siap lagi?” tanya Mak Uda dengan nada yang tinggi.
            Lara hanya membisu. Tidak berani dia hendak bersuara. Tangannya pantas mengeluarkan pakaian dari mesin basuh. Dia kemudian memasukkan pula pakaian kotor yang lain ke dalam mesin basuh. Lara mengerjakan tugasnya sementara matanya tidal berani langsung menatap wajah ibu saudaranya.
            “Hei! Kau pandai pula buat bisu, ya! Aku tanya tak pandai nak jawab ke?” tanya Mak Uda.
            Kepala Lara ditunjal dengan tangannya. Lara hanya diam tidak melawan.
            “Kau ni pekak ke? Aku tanya ni! Kenapa baju-baju ni tak siap lagi dibasuh?” tanya Mak Uda berang.
            “Lara tengah basuh tadi. Lepas tu, Wan datang. Lara layan dia kejap,” jawab Lara perlahan.
            Air matanya mula bergenang. Tiba-tiba dia merasakan dirinya umpama gadis dalam cereka Cinderella yang didera ibu tiri.
            “Kau tak siap kerja sebab melayan jantan, ya?” tanya Mak Udanya.
            Telinga Lara ditarik. Lara mengaduh menahan sakit.
            “Sakit Mak Uda,” ucap Lara sambil tangannya memegang tangan Mak Uda.
            “Kau tau sakit! Kerja tak siap! Pergi melayan lelaki, ya!” marah Mak Uda lagi.
            Mak Uda melepaskan telinga Lara sebelum menampar belakang Lara berulang kali. Lara hanya menahan tanpa melawan.
            “Uda! Kenapa kau pukul si Lara tu?” datuk Lara tiba-tiba muncul.
            Mak Uda terkejut. Lara segera menyambung kembali tugasnya.
            “Bila ayah balik?” tanya Mak Uda terkejut.
            Wajah Mak Uda pucat. Dia tidak menyangka datuk Lara akan pulang awal dari kebun. Selalunya dia akan muncul di rumah lewat petang apabila melawat kebun.
            “Patutlah budak ni tak rapat dengan kau! Kenapa kau pukul dia? Lara! Selalu ke Mak Uda pukul Lara?” tanya datuknya.
            Lara berhenti melakukan kerjanya. Dia berdiri tegak sambil menunduk. Dia cuba mengerling wajah Mak Udanya. Soalan datuknya tadi tidak dijawab. Mak Uda hanya diam. Wajahnya kelihatan tidak tenteram.
            “Lara! Tok Ayah tanya ni,” kata datuknya.
            Lara masih lagi membisu. Wajah Lara dan Mak Uda dipandang datuknya bersilih ganti.
            “Uda! Lain kali, ayah tak nak kau pukul Lara lagi!” tegas datuknya berkata kepada ibu saudaranya itu.
            Mak Uda memandang datuk.
            “Takkanlah sekali-sekala nak minta tolong buat kerja rumah sedikit tak boleh, Ayah. Lara ni bukan budak kecil lagi! Ayah terlalu manjakan dia!” Mak Uda tiba-tiba bersuara.
            Lara langsung tidak berani mengangkat muka tatkala suara Mak Uda mula terdengar.
            “Bukan aku nak manjakan dia sangat. Tapi aku tengok kau ni macam dah melampau! Lara ni sekolah lagi. Lagi satu, kalau nak mengajar atau mendidik tu, biar dengan cara yang betul. Bukan memukul atau mendera,” tingkah datuknya.
            “Ayah tuduh saya mendera dia?” tanya Mak Uda.
            “Ayah tak tuduh! Ayah sebenarnya dah lama dengar daripada mak kau. Memang dia lumpuh, tapi telinga dia tak pekak. Adakalanya dia dengar kau jerit-jerit marah budak ni! Dia dapat rasa kau pukul Lara. Hari ni, ayah sendiri dah nampak. Alasan apa lagi kau nak beri, Uda?” panjang bicara datuk.
            “Ayah memang anggap saya macam anak tirikan? Saya ni dah macam orang gaji dalam rumah ni! Semua kerja saya kena buat! Mentang-mentanglah saya ni janda. Tak berpelajaran tinggi!” Mak Uda bersuara lantang.
            “Apa yang kau mengarut ni? Ayah tak pernah terfikir pun nak jadikan kau orang gaji. Ayah tak pernah nak membeza-bezakan anak-anak ayah,” ujar datuk.
            “Dahlah ayah! Saya dah penat!” kata Mak Uda.
``          “Kau tak ikhlas rupanya menjaga kami di rumah ni\. Ayah tak sangka kau boleh berfikiran seperti itu,” kata datuk lagi.
            Datuk mula berpusing untuk mengatur langkah. Lara memandang datuknya. Lara tahu Tok Ayahnya terasa dengan kata-kata Mak Uda. Lara memandang wajah Mak Uda yang seperti hendak menangis. Mengertilah Lara kini mengapa ibu saudaranya bersikap demikian selama ini terhadap dirinya. Mak Uda cemburukan adik ayahnya.
            “Lara!” datuk tiba-tiba memanggilnya.
            “Ya, Tok Ayah!” Lara menjawab.
            “Tolong tengok-tengokkan nenek kau di atas tu,” suruh datuknya sebelum berlalu.
            “Baik Tok Ayah! Tapi Lara nak siapkan basuh baju dulu,” ucap Lara sambil mengerling ibu saudaranya.
            Sebaik sahaja Lara memegang kain di dalam baldi. Tangannya ditepis Mak Udanya.
            “Tak payah! Biar aku yang buat! Kau tu tuan puteri! Pergi naik atas!” Mak Uda bersuara marah.
            “Tak apa Mak Uda! Biar Lara...” Lara tidak sempat menghabiskan ayatnya.
            “Pergi! Aku menyampah tengok muka kau! Pergi!” suruh Mak Udanya.
            Tangan Lara ditepis berulang kali daripada memegang kain yang hendak dicuci. Lara rasa bersalah kerana tidak menyudahkan kerja. Dalam hatinya terdetik, andainya Syazwan tidak datang tadi dan kerjanya siap tentu perkara sebegini tidak berlaku. Tentu datuknya tidak nampak Mak Uda memukulnya.

BAB 17
            Sejak kejadian hari itu, Mak Uda langsung tidak menyuruh Lara buat apa-apa lagi. Malah dia langsung tidak menegur mahupun bercakap dengan Lara. Datuknya pula sudah mengambil seorang pembantu rumah untuk membantu menguruskan rumah dan menjaga neneknya.
            Tiba-tiba Lara terasa janggal apabila tidak mendengar herdikan daripada Mak Udanya. Sejak kecil lagi dia sudah biasa mendengar kata-kata kesat daripada ibu saudaranya itu. Kini semakin dia menginjak remaja, dia merasakan kekurangan itu. Walaupun dia merasa senang kerana Mak Udanya tidak lagi memarahi dan memukulnya, namun jauh di sudut hati Lara berharap ibu saudaranya itu akan berbaik dengannya.
            “Jauh menung!” teguran Syazwan mematikan lamunannya.
            “Eh! Bila kau sampai?” tanya Lara.
            “Baru saja,” jawab Syazwan.
            “Apa yang kau menungkan?” tanya Syazwan.
            “Tak ada apa-apalah. Aku teringatkan Mak Uda aku,” jawab Lara.
            “Kenapa dengan Mak Uda kau?” tanya Syazwan lagi.
            “Tak ada apa-apa. Cuma, sejak ada pembantu rumah ni, dia langsung tak bercakap dengan aku. Aku rasa macam tak sedap pula. Tiba-tiba aku rasa, lebih baik dia marah aku hari-hari daripada dia buat silent mode macam sekarang,” jawab Lara panjang lebar.
            “Kau ni peliklah! Kalau aku lebih baik tak payah bercakap daripada menyakitkan hati!” kata Syazwan.
            “Tak baiklah macam tu.Buruk atau baik, dia tetap ibu saudara aku. Darah daging aku. Air kalau dicincang macam manapun tak akan putus, Wan,” kata Lara.
            “Kau ni memang baiklah. Kalau aku, mesti aku dah balas dendam,” kata Syazwan pula.
            “Aku pun pernah fikir macam kau juga dulu. Masa aku kecil dulu. Tapi semakin kita besar dan matang ni, aku dah tak kisah apa-apa perkara lepas yang berlaku. Apa yang aku kejarkan ialah cita-cita aku. Aku nak jejakkan kaki ke menara gading,” ujar Lara penuh semangat.
            “Oh! Yakah? Tapi di mana letaknya menara gading tu? Negeri mana ya?” tanya Syazwan bergurau.
            Lara menoleh memandang Syazwan yang sedang ketawa.
            “Ha...ha...ha...kelakarnya lawak kau!” kata Lara menyindir.
            “Relaklah! Aku gurau saja,” ujar Syazwan.
            “Tak kelakar pun!” kata Lara lantas mencebikkan bibirnya.
            “Siapa kata kelakar?” tanya Syazwan sengaja ingin memanjangkan gurauannya.
            Lara menjeling Syazwan.
            “Okey! Okey! Minta maaf ya penunggu gua! Jangan jadi singa, ya!” Syazwan terus berseloroh.
            “Ish...kau ni perli aku, ya!” kata Lara lantas menampar bahu Syazwan.
            Syazwan bangun lantas melarikan diri sambil dikejar oleh Lara. Sedang mereka berkejaran, tiba-tiba Syazwan terlanggar Tini. Mereka berdua terjatuh bersama. Lara mematikan langkahnya.
            “Ish! Apa ni? Kotorlah baju saya ni!” Tini merungut.
            Lara memandang Tini yang masih duduk di sebelah Syazwan sambil mengesat-ngesat pakaiannya dengan pandangan jengkel. Meluat dia melihat perangai Tini yang mengada-ngada itu.
            Sorry! Saya tak sengaja. Awak okeykah?” tanya Syazwan.
            “Saya okey! Awak?” tanya Tini.
            “Saya okey saja!” jawab Syazwan.
            Syazwan bangun lantas berdiri. Tini masih duduk menyapu kasut dan pakaiannya.
            “Awak, tolong saya bangun,” Tini menghulurkan tangannya memandang Syazwan.
            Syazwan menghulurkan tangannya untuk membantu Tini bangun. Namun pantas Lara menepis tangan Syazwan.
            “Alah! Jatuh sikit pun mengada-ngada. Bangunlah sendiri!” kata Lara.
            “Hei! Kau tak nampakkah kawan kau tu dah langgar aku sampai aku terjatuh?” marah Tini.
            “Kau bukan luka pun. Kaki kau pun tak patah! Bangunlah sendiri!” kata Lara.
            Syazwan memandang Lara. Hatinya bertanya, cemburukah gadis itu?
            “Dahlah! Janganlah bergaduh! Tak malukah orang tengok?” Syazwan bertanya.
            Lara memandang Syazwan. Dia kemudian mengalihkan pandangannya kepada Tini.
            “Kau bangun sendiri, ya!” ucap Lara lantas menarik tangan Syazwan berlalu dari situ.
            Tini menghentakkan kakinya. Geram dan malu dengan tindakan Lara. Beberapa orang pelajar lain ketawa memerhatikannya.
            “Eiii!!! Kurang ajar! Nanti kau Lara!” jerit Tini.
            Setelah berlalu agak jauh dari situ, Lara tiba-tiba ketawa. Syazwan memandangnya kehairanan.
            “Hai...tadi marah! Sekarang ketawa pula?” tanya Syazwan kehairanan.
            “Padan muka si Tini tu! Saja saya nak buat dia malu tadi!” kata Lara lantas tersenyum puas.
            “Tak baiklah awak buat dia macam tu. Saya yang bersalah langgar dia tadi,” kata Syazwan.
            “Hai...awak nak membela dia pula? Dah jatuh cintakah pada Tini?” tanya Lara bergurau.
            “Awak cemburukah kalau saya jatuh cinta dengan dia?” tanya Syazwan menguji.
            “Huh! Tak ada maknanya!” ucap Lara selamba.
            Syazwan memandang Lara. Memang susah untuk menafsir perasaan gadis remaja di hadapannya itu.
            “Tini tu dah malukan aku depan cikgu tau! Untunglah aku Cuma bengangkan dia depan students saja,” ucap Lara.
            “Tak baik berdendam,” ujar Syazwan.
            “Hai...membela lagi nampaknya,” kata Lara.
            “Bukan membela. Aku pun bukan suka sangat dengan Tini tu. Tapi tadi tu memang salah aku sebab langgar dia,” kata Syazwan.
            “Ish! Sudahlah! Boringlah cerita fasal si Tini tu!” ucap Lara lantas berlalu meninggalkan Syazwan.
            Pantas Syazwan menuruti langkah Lara.
 
BAB 18
            Hubungan Lara dengan Mak Uda masih tidak berubah. Setelah bertahun lamanya, hubungan mereka semakin dingin. Datuk dan neneknya juga semakin berusia. Datuknya tidak lagi sekuat dahulu. Kebun-kebun milik datuknya kini di bawah jagaan bapa saudaranya.
            Tahun ini juga Lara bakal menduduki peperiksaan SPM. Sejak dia dan Mak Uda tidak bertegur sapa, Lara jarang membuat kerja-kerja rumah seperti mencuci baju, memasak dan sebagainya. Apatah lagi datuknya telah menggaji seorang pembantu. Masanya banyak dihabiskan untuk mengulang kaji pelajaran.
            “Macam mana persediaan SPM? Okey?” tanya Faril.
            Lara tersenyum memandang Faril yang duduk di hadapannya di sebuah restoran makanan segera di Ampang Park.
            “Okey! Harap-harap semuanya berjalan dengan baik. Macam mana dengan pengajian abang di universiti?” tanya Lara.
            So far so good. Okey saja,” jawab Faril.
            “Hmm...mesti abang ramai girlfriend di sanakan?” tanya Lara bergurau.
            Faril ketawa.
            “Abang masuk universiti untuk belajar, bukan nak cari jodoh,” jawab Faril.
            Kali ini giliran Lara pula ketawa.
            “Bila Lara balik kampung?” tanya Faril.
            “Habis cuti sekolah ni, Lara baliklah,” jawab Lara.
            “Minggu depan?” tanya Faril.
            Lara mengangguk sambil menyedut minuman di hadapannya.
            “Kalau abang nak ikut Lara balik kampung boleh? Boringlah nak habiskan cuti semester di KL saja,” tanya Faril.
            Terbeliak mata Lara memandang Faril.
            “Kenapa? Tak boleh?” tanya Faril lagi.
            “Bukan tak boleh. Tapi abang ni bersungguh atau main-main?” tanya Lara kembali.
            “Sungguh-sungguhlah. Takkan nak main-main pula,” jawab Faril.
            “Boleh! Jomlah!” ajak Lara.
            “Apa yang istimewa di kampung Lara tu?” tanya Faril.
            “Hmm...entah! Biasa saja, tak ada apa yang istimewa pun,” jawab Lara.
            Faril ketawa.
            “Kenapa abang ketawa?”
            “Lara sejak kecil duduk di kampung tu. Tapi tak perasan apa yang istimewa di kampung Lara tu,” jawab Faril.
            “Yalah! Dah jemu kot. Rasanya Kl ni lagi ada macam-macam kalau nak dibandingkan dengan di Mersing tu!” ucap Lara.
            Sekali lagi Faril ketawa.
            “Lara, cuba Lara tengok. Di KL ni dengan bingit, sibuk dan jalan jem. Kampung Lara mesti tenangkan?” kata Faril.
            “Mungkinlah lebih tenang daripada KL. Tapi di sana panggung wayang pun tak ada tau!” jelas Lara.
            “Panggung wayang tu bukan penting pun,” kata Faril.
            “Yalah! Abang yang membesar di KL tentulah rasa perkara tu tak penting. Di KL ni, berlambak panggung wayang. Memanglah tak hairan,” kata Lara pula.
            Faril ketawa memandang Lara yang bersemangat ketika berkata-kata.
            “Nanti Lara balik kampung ayah Lara hantarkah?” tanya Faril.
            “Yalah!” jawab Lara.
            “Apa kata kalau kali ni ayah Lara tak payah hantar. Kita balik berdua,” kata Faril.
            Lara mengerutkan dahinya. Dia kurang faham maksud Faril.
            “Kita balik kampung naik kereta abanglah,” jelas Faril.
            “Kereta yang kita naik tadi kereta abangkah?” tanya Lara.
            “Habis tu, kereta siapa lagi,” jawab Faril.
            “Wah...untungnya abang. Belum habis belajar dah ada kereta,” kata Lara.
            “Alah! Itu kereta ayah abang dulu. Ayah dah beli kereta baru, jadi dia bagi abang pakai kereta lama,” jelas Faril.
            Lara tersenyum. Dia memandang jejaka yang kelihatan semakin dewasa di hadapannya itu. Wajah redup Faril mendamaikan hati orang yang memandangnya. Dia yakin, pasti ramai gadis di universiti yang terpikat dengan Faril. Sudahlah orangnya bijak, kacak, baik hati dan macam-macam lagi sifat positif yang ada dalam dirinya. Sayangnya hatinya telah terpikat dengan Syazwan.
            “Lara!” panggil Faril.
            Lara terkejut. Lama benar dia menikmati pemandangan indah di hadapannya itu. Memandang seorang lelaki yang mempunyai senyuman manis itu.
            “Lara!” sekali lagi Faril memanggil Lara.
            Kali ini tangannya dilayangkan di hadapan wajah Lara.
            “Berangan ya?” tanya Faril.
            “Eh! Mana ada. Lara tengah kira berapa tahi lalat yang abang ada,” kata Lara berseloroh.
            “Banyaklah dia punya tahi lalat. Abang tahulah Lara tengah tengok muka abang yang Lara rindu selama nikan?” tanya Faril dengan nada gurau.
            “Tolong sikit,” jawab Lara.
            Faril ketawa.
            “Lara dah ada boyfriend ke?” tanya Faril.
            Pertanyaan Faril itu membuatkan Lara tersedak ketika menyedut minumannya. Hampir saja dia tersembur ke muka Faril. Mujur dia cepat menundukkan mukanya. Tekak dan hidungnya terasa sakit kerana tersedak. Matanya berair.
            “Ya Allah...siapalah yang sebut nama Lara ni. Sampaikan tersedak dibuatnya. Soalan abang tu terlalu sensitif ke?” tanya Faril.
            Lara masih lagi terbatuk-batuk. Faril bangun dari duduknya. Dia menepuk-nepuk belakang Lara perlahan. Lara masih terbatuk. Sakit dadanya menahan sedak. Faril mencapai tisu lantas membantu Lara mengelap mulut. Beberapa pasang mata memandang Faril dan Lara.
            Lara mengangkat tangan kepada Faril memberi isyarat yang dia semakin pulih. Faril duduk semula. Hatinya dihambat kerisauan melihat keadaan Lara. Lara menyandar. Sisa batuk masih ada. Lara kemudian ketawa.
            “Ish...budak ni. Dah tersedak macam tu masih nak ketawa lagi,” kata Faril.
            Lara tersenyum. Dia memandang Faril lama. Faril membalas pandangan mata Lara yang merah berair kesan daripada tersedak tadi.
            “Ketawalah!” kata Faril.
            “Sayang juga abang pada Lara, ya. Apa kata abang saja yang jadi boyfriend Lara,” ucap Lara berseloroh.
            “Kalau orang tu nak apa salahnya,” ucap Faril lantas mengenyitkan mata kepada Lara.
            Lara tersenyum. Namun ada debar di dadanya tatkala Faril mengenyitkan mata kepadanya tadi. Terasa seperti ada maksud yang menusuk ke hatinya.
            “Eh! Sudahlah. Jomlah kita balik. Hari dah petang ni. Nanti risau pula ibu dan ayah Lara,” ajak Faril.
            “Jomlah!”

BAB 19
            Faril memandu tenang menyusuri Lebuh Raya Utara Selatan. Sesekali kelihatan dia menguap. Mungkin keletihan kerana memandu jauh. Lara memandang ke luar cermin kereta. Papan tanda menunjukkan mereka telah tiba di negeri Melaka.
            “Kalau abang letih, kita singgah dulu di perhentian. Bahayalah memandu dalam keadaan mengantuk,” cadang Lara.
            Faril memandang Lara. Dia tersenyum lantas mengangguk. Lebih kurang lima kilometer lagi ada perhentian di Restoran Jejantas Ayer Keroh, Melaka. Faril bercadang hendak berhenti rehat sebentar di situ. Sudah lama dia tidak memandu jauh. Terasa letih setelah berjam-jam memandu.
            Faril menyusuri susur keluar ke Restoran Jejantas Ayer Keroh. Dia memakir keretanya di kawasan pakir yang disediakan. Sebaik sahaja brek tangan ditarik Faril menggeliat. Membetulkan urat-urat yang sekian lama menegang sepanjang pemanduannya.
            “Lara nak ke tandas sekejap. Abang nak keluar?” tanya Lara.
            “Lara pergilah dulu. Abang nak rehat sekejap,” jawab Faril.
            “Okey!”
            Lara keluar dari kereta menuju ke tandas. Sementara Faril menurunkan tempat duduk pemandu. Dia memejamkan matanya yang terasa mengantuk. Tanpa disedarinya dia terlelap.
            Lara muncul tidak lama selepas itu. Dia terlihat Faril sedang tidur di dalam kereta. Lara tersenyum. Dia menghampiri kereta lantas cuba membuka pintu kereta. Malangnya pintu terkunci dari dalam. Melihat Faril yang tidur nyenyak, dia tidak sampai hati hendak mengejut. Lantas Lara mengambil keputusan duduk di pondok yang terletak di hadapan kereta.
            Lama juga Faril terlelap. Faril tersedar tidak lama selepas itu. Dia melihat jam tangannya. Hampir sejam dia terlelap. Faril memandang tempat duduk di sebelahnya. Dia tercari-cari di mana Lara. Faril terpandang seorang gadis sedang tidur sambil duduk di pondok di hadapan tempat dia memakir kereta. Pantas Faril mematikan enjin kereta dan keluar menghampiri Lara.
            “Lara!” kejut Faril.
            Lara terjaga dari tidur. Terkejut dia sebaik sahaja Faril mencuit bahunya.
            “Kenapa Lara tidur sini? Kenapa tak ketuk cermin kereta abang tadi? Kalau Lara telefon pun abang boleh sedar,” tanya Faril.
            Lara menekup wajahnya dengan tapak tangan. Dia menyisir rambutnya yang hampir kusut kerana ditiup angin ketika dia terlelap tadi.
            “Lara tengok abang tidur nyenyak tadi. Mesti abang letih. Tak sampai hati nak kejut,” jawab Lara.
            “Lepas tu, Lara tidur di sini?” tanya Faril.
            Lara tersenyum.
            “Jomlah kita minum dulu. Lara lapar tak?” tanya Faril.
            “Lapar!” jawab Lara.
            “Alahai...kesiannya dia. Jomlah! Kita makan dulu,” ajak Faril.
            Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke salah sebuah kafe yang tersedia di situ. Lara memesan mi goreng dan teh o suam. Sementara Faril hanya memesan secawan nescafe panas.
            “Abang tak makan?” tanya Lara.
            “Tak naklah! Perut tak adalah rasa lapar sangat. Takut dah kenyang nanti ngantuk pula nak memandu,” jawab Faril.
            “Lah...macam tu pula. Hmm...tak apalah, kita kongsi makan sama-sama, ya. Banyak mi goreng ni. Tak habis Lara makan seorang,” kata Lara.
            “Tak apalah! Lara makanlah. Abang tak lapar,” kata Faril pula.
            “Tak apa. Kita share okey!” kata Lara lantas bangun menuju ke dalam kafe.
            Tidak lama selepas itu, Lara muncul membawa sebuah pinggan bersama sudu dan garfu.
            “Ish...Lara ni. Kalau kata dia mesti tak nak kalah tau! Yalah! Abang makan!” ucap Faril.
            Lara tersengih memandang Faril. Setelah agak lama berada di Restoran Jejantas Ayer Keroh, mereka mula meneruskan kembali perjalanan.
            “Dah sampai Melaka ni, tak jauh lagilah kita sampai,” beritahu Lara.
            “Kita keluar tol mana ni?” tanya Faril.
            “Tol Ayer Hitam. Kita akan lalu Kluang dan kemudian ke Mersing,” jawab Lara.
            Faril mengangguk tanda faham dengan penerangan Lara.
            “Abang pernah sampai ke Johorkah sebelum ini?” tanya Lara.
            “Pernah!” jawab Faril.
            “Yakah? Di mana?” tanya Lara lagi ingin tahu.
            “Skudai,” jawab Faril.
            “Ooo...Skudai. Rumah siapa?” tanya Lara ingin tahu.
            “Bukan rumah. Tapi UTM Skudai. Ada kursus di sana,” jawab Faril.
            “Ooo...” ucap Lara sambil mengangguk-angguk.
            Tidak lama kemudian, suasana kembali sunyi. Faril menumpukan sepenuh perhatian kepada pemanduannya. Mata Lara pula terasa semakin berat. Beberapa kali dia tersengguk menahan ngantuk.
            “Kalau Lara mengantuk, tidur sajalah,” Faril bersuara.
            Pantas Lara membesarkan matanya yang mula kemerahan.
            “Eh! Tak adalah! Lara, okey!” ucap Lara lantas memandang Faril.
            “Yalah tu! Dah tersengguk dah abang tengok,” kata Faril lagi.
            Lara membetulkan duduknya. Matanya tegak memandang jalan raya. Sesekali Faril menjeling Lara.
            “Tidur sajalah,” kata Faril lagi apabila ternampak Lara menguap beberapa kali.
            “Kalau Lara tidur siapa nak tunjuk jalan,” Lara bersuara.
            “Abang boleh tengok papan tanda. Lagipun tadikan Lara dah bagi abang direction,” kata Faril.
            Lara diam tidak menjawab. Suasana sunyi muncul semula. Kali ini Lara sudah terlelap tatkala Faril menjeling ke tempat duduk di sebelahnya. Faril tersenyum. Lebih kurang tiga jam perjalanan dari Ayer Keroh tadi, kereta yang dipandu Faril telah masuk ke daerah Mersing. Lara masih tidur ketika itu.
            Faril tidak tahu mana hendak dituju kerana dia tidak tahu di manakah letaknya rumah datuk Lara. Dia kemudian mengambil keputusan menuju ke kawasan pantai yang terletak tidak jauh dari pusat bandar Mersing.
            Faril memasuki kawasan pantai dan memakir keretanya. Enjin kereta dimatikan. Lara tersedar sebaik saja enjim dimatikan.
            “Kita di mana ni?” tanya Lara kehairanan.
            “Di Mersing!” jawab Faril ringkas.
            “Kita dah sampai ke?” tanya Lara.
            “Ya!” jawab Faril.
            Faril keluar dari kereta. Dia berdiri menghadap pantai. Bayu laut menampar wajahnya.
            “Argghhh....segarnya udara di kampung!” jerit Faril.
            Lara turut keluar. Dia berdiri di sebelah Faril.
            “Pandai abang cari jalan, ya,” ucap Lara.
            “Alahai...kerajaan dah sediakan panduan perjalanan untuk kita. Kalau kita ikut panduan yang betul. Maka jumpalah jalan yang kita cari. Macam hidup juga. Kalau betul jalan yang kita ikut, maka betullah tujuan hidup kita,” panjang lebar Faril berkata-kata.
            “Amboi...dah terkena angin laut, serta merta pandai bermadah ya,” kata Lara.
            Faril ketawa. Tiba-tiba telefon Lara berbunyi. Lara memandang skrin telefon bimbitnya.
            “Ayah!” beritahu Lara memandang Faril.
            Lara meletakkan telefonnya di telinga.
            “Ya, ayah. Kami dah sampai Mersing. Belum sampai rumah Tok Ayah lagi. Abang Faril singgah pantai sekejap,” Lara memberitahu ayahnya melalui telefon.
            “Okeylah! Nanti sampaikan salam kepada Tok Ayah, nenek dan keluarga yang lain di kampung,” pesan ayahnya.
            “Insya-Allah,” jawab Lara.
            Selepas memberi salam, talian telefon dimatikan.
            “Abang, jomlah kita balik ke rumah. Takut Tok Ayah risau pula kita tak sampai-sampai lagi,” ujar Lara.
            “Okey! Jomlah!” ajak Faril pula.

BAB 20
            Kereta Faril memasuki perkarangan rumah datuk Lara. Lara dan Faril turun dari kereta. Faril menuju ke bonet kereta mengeluarkan beg mereka berdua.
            “Assalamualaikum!” Lara memberi salam.
            “Waalaikumsalam!” salam Lara disambut oleh pembantu rumah datuknya yang digelar Kak Tim.
            Lara tersenyum memandang Kak Tim sebaik pintu dibuka. Faril yang sedang menjimbit beg kepunyaan Lara sementara bahunya menyandang sebuah lagi beg galas kepunyaannya.
            “Eh! Lara! Kapan tibanya?” tanya Kak Tim dalam loghat Indonesia.
            “Baru saja sampai. Tok Ayah mana?” tanya Lara.
            Wajah Kak Tim berubah.
            “Kak Tim...kenapa ni? Tok Ayah mana?” tanya Lara lagi.
            Tiba-tiba sahaja hati Lara tidak sedap. Telefon Lara tiba-tiba berbunyi lagi. Ada panggilan daripada ayahnya.
            “Assalamualaikum! Ya, ayah,” ucap Lara.
            “Waalaikumsalam...Lara di mana?” tanya ayahnya.
            “Lara dan abang Faril baru saja sampai di rumah Tok Ayah,” jawab Lara.
            “Oh...yakah? Ayah nak beritahu ni. Ayah baru saja dapat panggilan daripada datuk. Nenek sakit, baru saja dibawa ke hospital sebelum Lara tiba. Mungkin ayah, ibu dan adik-adik akan menyusul ke sana malam ni,” ujar ayahnya.
            Jantung Lara berdegup kencang mendengar berita yang baru disampaikan ayahnya.
            “Lara!” panggil ayahnya.
            “Ya...ya...ayah,” sahut Lara.
            “Lara telefon Tok Ayah dan terus ke hospital ya. Apa-apa perkembangan nanti telefon ayah atau ibu,” suruh ayahnya.
            “Ba...baik, ayah,” kata Lara sebelum mematikan talian.
            Faril memandang Lara kehairanan. Telefon Lara sekali lagi berbunyi. Kali ini panggilan itu adalah daripada datuknya.
            “Assalamualaikum,” ucap datuknya.
            “Waalaikumsalam,” jawab Lara.
            “Lara dah sampai mana?” tanya datuknya.
            “Lara dah sampai rumah, Tok Ayah. Ayah dah telefon Lara tadi. Nenek macam mana?” tanya Lara risau.
            “Nenek masih di wad ICU. Belum sedar,” jawab datuknya dalam nada sedih.
            “Tok Ayah  tunggu ya. Kejap lagi Lara dan abang Faril sampai,” beritahu Lara sambil memandang Faril yang masih kurang mengerti.
            Faril seperti dapat mengagak apa yang sedang berlaku. Dia memandang Lara.
            “Kak Tim! Bilik untuk abang Faril dah siap?” tanya Lara.
            Kak Tim sekadar mengangguk.
            “Kak Tim tolong simpankan beg kami dalam bilik, ya. Kami nak ke hospital jenguk nenek,” suruh Lara.
            “Baiklah! Lara pergilah. Nenek tadi kelihatan tenat,” ujar Kak Tim.
            Lara mengangguk. Matanya mula berair.
            “Abang, boleh tak bawa Lara ke hospital sekarang?” tanya Lara.
            “Boleh! Boleh! Jom!” ajak Faril.
            Mereka berdua tergesa-gesa menuju semula ke kereta. Faril memandu menuju ke hospital sambil Lara menunjukkan jalan.

BAB 21
            Suasana hening menyelubungi perkarangan rumah datuk Lara. Pemergian neneknya benar-benar memberi kesan kepada Lara. Lara membaca surah Yassin di sebelah jenazah neneknya. Ayah, ibu dan adik-adiknya sempat tiba sebelum neneknya menghembuskan nafas yang terakhir.
            Faril memandang Lara dari jauh. Dia turut membacakan surah Yassin kepada arwah. Tidak jauh dari tempat faril duduk kelihatan Syazwan turut sama-sama menyedekahkan bacaan surah Yassin kepada arwah nenek Lara.
            Tidak jauh dari kedudukan Lara pula Mak Udanya turut membaca Yassin. Matanya bengkak kerana menangis sejak semalam. Setiap kali wajah mulus jenazah nenek dibuka untuk keluarga melihat buat kali terakhir, tiap kali itulah Mak Uda akan meraung dalam tangisan. Ibu dan Mak Su memujuk Mak Uda yang kesedihan.
            Selepas solat Zohor, jenazah nenek selamat dikebumikan. Lara berjalan beriringan dengan ibunya. Di belakang mereka, Faril setia menemani Lara ke mana sahaja. Syazwan menunggu Lara di pintu masuk tanah perkuburan.
            “Takziah, Lara. Kau sabar, ya,” ucap Syazwan.
            Lara hanya mengangguk. Dia mengesat air matanya yang mula jatuh. Ibu Lara melangkah menuju ke kereta meninggalkan Lara bersama Syazwan. Namun, Faril setia berdiri di belakang Lara. Syazwan memandang Faril. Mereka bersalaman. Lara memandang wajah dua orang lelaki yang sememangnya rapat dengannya.
            “Oh! Lupa nak kenalkan. Wan, ni abang angkat aku dari Kuala Lumpur,” beritahu Lara memperkenalkan Faril.
            Faril dan Syazwan agak terkejut dengan pengakuan Lara. Bagi Faril sebelum ini istilah abang angkat itu tidak pernah wujud sebenarnya antara mereka. Mereka rapat dan saling berhubung walaupun jauh. Keakraban mereka tiada status sebenarnya.
            “Abang angkat? Kau tak pernah cerita pun selama ni,” tanya Syazwan.
            “Aku tak pernah ceritakah? Maaflah aku tak perasan,” jawab Lara tersenyum tawar.
            Faril hanya mengangkat bahu.
            “Abang, ini kawan baik Lara. Kami satu sekolah,” giliran untuk Lara memperkenalkan Syazwan kepada Faril pula.
            “Kawan baik ke boyfriend?” tanya Faril mengusik.
            “Kawanlah!” jawab Lara tersipu malu.
            Syazwan menunjukkan wajah mendengar kata-kata Faril.
            “Abang tunggu Lara di keretalah,” kata Faril.
            Lara mengangguk. Faril berlalu menuju ke keretanya. Faril sengaja meninggalkan Lara dan Syazwan berdua. Di saat-saat Lara kesedihan, mungkin Syazwan boleh meredakannya.
            “Kau datang dengan siapa?” tanya Lara.
            “Aku datang dengan family aku,” jawab Syazwan.
            “Ooo...” jawab Lara.
            Sebenarnya Lara tidak tahu apa hendak dibualkan dengan Syazwan. Sejak di Kuala Lumpur hatinya sudah mula merindui sahabatnya itu. Namun di saat kesedihan menyelubungi dirinya terasa kepalanya kosong dan bercelaru.
            “Kau jangan sedih sangat, ya. Yang pergi tetap akan pergi. Kita yang hidup ni, kena teruskan perjuangan. Tak lama lagi, kita nak menghadapi SPM. Tentu arwah nenek kau nak tengok kau lulus dengan cemerlangkan,” kata Syazwan memberi semangat.
            Lara mengangguk. Air matanya gugur lagi.
            “Kau sabar ya Lara,” pujuk Syazwan sambil menepuk perlahan bahu Lara yang terhinggut menahan tangis.
            “Aku balik dululah. Nanti kita jumpa dan belajar sama-sama, ya!” kata Lara sebelum beredar menuju ke kereta di mana Faril menunggunya.

BAB 22
            Lara sudah berjaya melepasi cabaran SPM. Dia telah mendapat keputusan yang cemerlang. Sejak neneknya meninggal, Mak Uda sudah mula menegurnya. Apatah lagi dia sekarang menjadi kebanggaan keluarga setelah mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM.     Lara kini melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya di mana Faril kini berada di tahun akhir. Setahun lagi, Faril akan menamatkan pelajaran sementara Lara baharu sahaja memulakan pengajian dalam bidang Perakaunan di tahun pertama.
            Syazwan menjadi pelajar terbaik di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mersing. Dia telah mendapat tajaan MARA untuk melanjutkan pelajaran di England. Lara sempat menghantarnya di KLIA. Apa yang tidak disangka, Syazwan meluahkan perasaannya kepada Lara. Mereka telah mengikat janji untuk bersama setelah masing-masing menamatkan pengajian.
            “Lara janji, ya. Janji akan tunggu sampai Wan balik,” ucap Syazwan sebelum berlepas ke England.
            “Insya-Allah. Kalau jodoh kita, Lara akan setia,” ucap Lara pula.
            Sebentuk cincin yang dihadiahkan Syazwan ibarat telah mengikat Lara untuk menjadi miliknya walaupun tidak secara rasmi.
            Faril pula sekadar reda dan gembira apabila Lara memberitahunya tentang hubungan mereka. Apa lagi yang boleh dilakukan jika itu pilihan Lara. Mungkin Lara lebih selesa dengan Syazwan kerana mereka rapat sejak di sekolah. Perasaannya terhadap Lara terus dipendam. Lara pula tidak pernah menyedari perasaan Faril terhadapnya selama ini. Perasaan yang dipendam sejak Lara masih di sekolah rendah.
            “Abang buat apa tu?” tanya Lara.
            Faril tersentak. Dompetnya yang mengandungi gambar dia bersama Lara ketika bercuti bersama keluarga mereka berdua di Langkawi disimpan.
            “Ooo...tengok gambar makwe, ya?” tanya Lara.
            Faril hanya tersenyum.
            “Lara nak tengok, boleh?” pinta Lara.
            Faril hanya menggeleng.
            “Eii...kedekutnya. Ooo...dengan kita nak berahsia, ya. Kita sikit pun tak berahsia dengan dia,” ucap Lara sambil jari kanannya membelek-belek cincin di jari manis di tangan kirinya.
            Faril sekadar menjeling melihat perbuatan Lara.
            “Abang! Girlfriend abang tu orang mana?” tanya Lara cuba mengorek rahsia.
            “Mana ada!” jawab Faril.
            “Yalah! Tak nak beritahu kita, tak apalah!”
            “Jangan merepeklah Lara. Abang tak ada masa untuk benda-benda macam tu!”
            “Laa...marah pula?”
            “Mana ada abang marah,”
            “Habis tu?”
            “Awak yang angau. Jangan nak babitkan orang pula,” ucap Faril sambil mencuit hidup Lara.
            Lara tersengih.
            “Lara rindulah dengan Wan. Dah lama dia tak email Lara. Mesti dia tengah sibukkan?” kata Lara kepada Faril.
            “Yalah! Dia bakal jurutera. Tentulah sibuk dengan tugasan dan peperiksaannya. Bukannya senang belajar di tempat orang,” ujar Faril.
            “Hmm...abang agak-agaklah, Wan rindu tak dengan Lara?” tanya Lara lagi.
            “Mestilah rindu,” jawab Faril malas.
            “Abang ni macam tak suka saja tiap kali Lara cerita tentang Wan. Kenapa? Abang cemburu, ya?”
            “Ish...mana ada. Siapalah abang ni nak cemburukan dia.”
            “Itulah! Lara suruh abang cari awek, abang tak nak.”
            “Jangan merepeklah Lara. Jomlah kita pergi makan.”
            “Okey!”

BAB 23
            Setelah bertungkus lumus, Lara akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya. Sementara Faril telah pun bertugas sebagai arkitek di syarikat milik ayahnya sejak beberapa tahun yang lalu. Dia kini sedang mengikuti kursus sarjana di Universiti Malaya.
            Syazwan juga akan pulang ke tanah air tidak lama lagi. Menurut keluarganya, Syazwan akan pulang sebentar ke tanah air sebelum kembali semula ke London. Ini kerana, dia telah mendapat peluang pekerjaan di sana. Menurut ayahnya, dia akan menimba pengalaman beberapa tahun di sana sebelum berkhidmat di negara sendiri.
            “Wah! Untunglah siapa yang jadi isteri Syazwan, ya. Mesti gaji dia besar kerja di sana,” kata Faril.
            Lara hanya tersenyum tawar. Entah mengapa perasaannya kepada Syazwan dirasakan semakin pudar. Walaupun jarinya masih tersarung cincin pemberian Syazwan, namun jurang antara dia dan Syazwan dirasakan semakin besar. Sama ada dia yang tersalah tafsir atau hakikatnya Syazwan memang telah berubah hati.
            Lara tidak pasti perasaan tidak sabar menanti Syazwan kembali kerana rindu kepadanya atau ingin mendapatkan kepastian terhadap hubungan mereka. Benarlah kata orang, hubungan cinta jarak jauh memang sukar untuk menjadi.
            “Ooo...cik Lara!” panggil Faril.
            Lara tersentak.
            “Ya! Ya, bang!” sahut Lara.
            “Ni berangan apa ni? Tak sabar, ya nak tunggu Wan sampai esok,” kata Faril.
            “Entahlah, bang.”
            “Hai...entah pula?”
            Lara mengangkat bahu.
            “Mesti Lara rindukan diakan?”
            Lara sekali lagi mengangkat bahu.
            “Laa...dah kenapa pula ni? Main angkat-angkat bahu pula.”
            “Abang rasa, hati Wan pada Lara berubah atau tak?”
            Faril memandang gadis kesayangannya lama. Bagai ada kesedihan terlindung dalam seraut wajah yang comel itu.
            “Lara tanya abang soalan apa ni? Kenapa dengan Lara ni? Tak yakin dengan cinta Wan?”
            “Entahlah, bang. Mungkin Lara sendiri yang dah tawar hati,” ucap Lara.
            “Tak baik melukakan perasaan orang,” Faril bersuara.
            Lara mengeluh.
            “Esok abang temankan Lara, boleh?”
            “Teman Lara ke mana?”
            “Ke KLIAlah! Wankan sampai esok,” jawab Lara.
            Faril diam seketika. Sebenarnya agak berat untuknya menemani Lara. Apatah lagi bakal menyaksikan gadis pujaannya itu melepaskan rindu dengan orang tersayang.
            “Boleh tak?” tanya Lara mendesak.
            “Tengoklah dulu macam mana!”
            “Abang ni! Please!!!”
            Faril memandang wajah Lara lama. Lara sedang tersenyum memandangnya. Sesekali dia membuat memek muka merayu. Faril ketawa. Lucu melihat gadis comel di hadapannya itu.
            “Pukul berapa flight dia sampai?”
            “Pukul lima petang.”
            “Okeylah! Abang teman!”
            “Yeah! Sayang, abang!” jerit Lara.
            Lara bangun lantas meletakkan kedua tapak tangannya di wajah Faril.
            “Ish! Apa ni? Macam mana nak kahwin macam ni? Perangai macam budak-budak!”
            Lara melepaskan wajah Faril.
            “Siapa yang nak kahwin?” tanya Lara lantas mencebikkan bibirnya.
            “Laralah!” jawab Faril.
            Lara diam tidak menjawab. Dia duduk kembali di kerusi yang terletak di hadapan Faril.
            “Abanglah kahwin dulu!” ujar Lara.
            “Abang pula yang kena?”
            “Yalah! Abangkan tua dari Lara.”
            Faril ketawa.
            “Abang tak ada makwe ke? Takkanlah dari di universiti sampai dah kerja ni tak sangkut dengan mana-mana perempuan?” tanya Lara.
            Faril ketawa.
            “Orang tanya dia ketawa pula.”
            “Macam mana abang tak ketawa. Lara tanya abang soalan macam tu.”
            “Yalah! Hairan juga Lara. Abang ni memilih perempuan macam mana yang cerewet sangat ni?”
            “Mana ada abang cerewet.”
            “Yalah tu. Macam ni abang kata bukan cerewet?”
            Faril ketawa lagi.
            “Bila orang cakap, dia ketawa. Itu sajalah kerja dia,” bebel Lara.
            Faril masih lagi ketawa. Kertas-kertas yang bertaburan di atas mejanya di susun rapi.
            “Abang sebenarnya nak cari perempuan macam mana? Cuba abang beritahu Lara. Manalah tahu Lara boleh tolong carikan.”
            Ketawa Faril semakin menjadi-jadi.
            “Dahlah bang! Malaslah cakap dengan abang lagi. Orang cakap dia ketawa!”
            Faril berhenti ketawa. Dia memandang Lara yang sedang menarik muka masam.
            “Abang cari yang macam muka Lara sekarang nilah! Yang kuat merajuk macam Lara. Yang garang macam Lara. Yang comel macam Lara. Ada?” pertanyaan Faril membuatkan degupan jantung Lara terasa terhenti seketika.
            Lara memandang Faril tidak berkelip. Faril bangun lantas memetik jari di hadapan wajah Lara. Mata Lara berkelip. Dia terkejut.
            “Ada tak? Kalau ada, bawa dia jumpa abang. Abang akan terus ajak dia kahwin masa tu jugak.”
            Lara menelan air liur. Faril ketawa melihat wajah Lara.
            “Dahlah Lara. Jangan nak merepek lagi, ya. Jom kita balik! Awak tu dah menganggur, menganggu kerja orang di pejabat. Nasib baik syarikat sendiri. Kalau tak, dah lama kena halau. Tau tak?”
            Lara tersengih memandang Faril. Faril mengemas mejanya lantas mencapai begnya. Faril dan Lara berjalan seiringan keluar dari pejabat.
 
BAB 24
            Penerbangan Syazwan akan tiba tidak lama lagi. Keluarga Syazwan telah lama menunggu di KLIA. Lara dan Faril tiba di KLIA tidak lama selepas itu. Pengumuman ketibaan penerbangan yang membawa Syazwan kembali ke tanah air bergema diumumkan.
            Jantung Lara semakin berdebar-debar. Sejak semalam mata kanannya berkedip-kedip. Dia sendiri tidak faham yang mana satu perumpamaan orang tua-tua yang betul. Sama ada dia akan menangis atau dia bakal bertemu orang yang sudah lama tidak ditemuinya. Apa yang dia pasti kedua-duanya akan berlaku Cuma tidak pasti situasinya.
            Setelah lama menunggu, Syazwan akhirnya muncul. Ternyata dia semakin kacak daripada sebelum dia terbang ke luar negara. Syazwan menyorong troli bagasinya. Sebelah tangannya melambai-lambai ke arah mereka yang menunggunya.
            Di samping jantung Lara yang semakin kencang berdegup tidak keruan, matanya semakin galak berkedip sehinggalah tiba-tiba ia berhenti sendiri. Lara terpandang sesusuk tubuh yang seolah-olah dikenalinya. Dari jauh Lara mengamati wajah gadis di belakang Syazwan yang tersenyum.
            Syazwan dan gadis itu semakin menghampiri mereka. Syazwan berpelukan dengan ahli keluarganya sebelum menghampiri Lara dan Faril yang berdiri dibelakang. Lara masih mengamati wajah gadis yang turut bersalaman dengan keluarga Syazwan. Hatinya tertanya-tanya siapa gadis itu dengan keluarga Syazwan. Mereka kelihatan mesra.
            Gadis itu tiba-tiba tertancap pandangan terhadap Lara. Dia menghampiri Lara.
            “Lara?” tanya gadis itu.
            Lara memandang gadis itu lama. Dia lupa niat sebenar dia datang ke KLIA. Faril menepuk bahu Lara membuatkan Lara terkejut.
            “Lara!!! Akulah! Naemah!”
            “Ya-Allah! Naemah! Kau apa khabar? Lamanya tak jumpa!”
            Mereka berdua berpelukan. Air mata keduanya gugur kegembiraan.
            “Patutlah, mata aku berkedip-kedip dari semalam,” ujar Lara.
            “Yakah? Kau datang sini jemput siapa?” tanya Naemah.
            “Aku jemput....”
            “Hai Lara!” sapa Syazwan.
            Lara tersenyum memandang orang yang ditunggu selama ini.
            “Apa khabar?” tanya Syazwan.
            “Alhamdulillah, sihat.”
            Mata Lara tertancap pada tiga jari Syazwan yang berwarna kemerahan. Merah inai. Kali ini dadanya pula terasa sebak. Dipandang pula jemari Naemah yang penuh disaluti inai dikesemua jarinya. Naemah tersenyum memandang Lara. Jemari Lara yang semakin sejuk digenggam.
            “Kami baru bernikah di London. Balik ni baru nak buat kenduri di Malaysia.”
            Pengakuan Naemah membuatkan pandangan mata Lara semakin kabur. Air jernih mula bertakung. Faril turut terkejut dengan berita itu. Mengertilah Lara mengapa emailnya tidak berbalas sekian lama. Mengapa Syazwan menyepi. Benarlah telahannya. Hati Syazwan telah beralih arah.
            Dalam kekaburan Lara memandang Syazwan yang tertunduk. Air mata Lara gugur juga akhirnya. Jemari Naemah terlepas dari pegangan. Kakinya melangkah mengundur. Hatinya hancur. Apa yang terlintas difikirannya benar-benar menjadi kenyataan walaupun hakikatnya dia berdoa semoga itu tidak terjadi.
            “Lara! Kenapa ni? Abang, kenapa ni?” tanya Naemah kehairanan.
            “Kenapa kau buat aku macam ni?” Lara menujukan pertanyaan itu kepada Syazwan.
            Cincin di jarinya dipegang. Lara memusingkan cincin tersebut sehingga tertanggal dari jari manisnya. Naemah semakin tidak mengerti.
            “Apa dosa aku pada kau, Wan?” Lara terus bertanya.
            Sementara Syazwan tetap menunduk. Faril memegang bahu Lara yang semakin terkulai. Lara mencampakkan cincin pemberian Syazwan ke arahnya. Syazwan mengangkat wajahnya perlahan memandang Lara.
            “Wan minta maaf,” Syazwan mula bersuara.
            “Kenapa? Kenapa? Kenapa?”
            Hanya pertanyaan itu yang diulang Lara berulang kali. Faril jadi hilang sabar. Dia benar-benar terkejut dengan perbuatan Syazwan. Tanpa disedarinya satu penumbuk singgah di wajah Syazwan.
            Syazwan langsung tidak melawan. Keluarga Syazwan mula panik dengan tindakan Faril. Kolar baju Syazwan ditarik Faril.
            “Kenapa kau buat Lara macam ni? Kau tau dia setia pegang janji kau! Dia setia tunggu kau!”
            Lara sudah terduduk menangis di lantai. Otak fikirannya berserabut. Terasa betapa bodohnya dia selama ini. Bodoh kerana tidak mempercayai kata hatinya. Bodoh kerana setia kepada orang yang tidak jujur.
            “Lara, aku minta maaf,” ucap Syazwan dengan nada kesal.
            Darah pekat mula mengalir di bibir Syazwan. Dia melutut di hadapan Lara meminta maaf. Lara memandangnya sekilas. Benci kerana meletakkan hatinya untuk Syazwan selama ini. Lara bangun dari duduknya. Dia berlari keluar dari terminal menuju ke pintu keluar. Ketika di jalan raya sebuah kereta limo tidak sempat memberhentikan kenderaannya lantas merempuh Lara yang juga tidak perasan kehadiran kereta tersebut.
            “Lara!!!” jeril Faril yang sedang mengejarnya.
            Tubuh Lara terpelanting lebih kurang lima meter dari tempat dia dilanggar. Faril menghampiri Lara lantas memangkunya.
            “Lara! Lara! Bangun Lara! Tolong!!! Tolong!!!” Faril menjerit seperti orang gila.
            Lara sudah tidak sedarkan diri. Kepalanya berlumuran darah. Begitu juga kaki dan tangannya. Syazwan dan keluarganya menghampiri kawasan kejadian. Faril menepuk-nepuk pipi Lara yang berlumuran darah.
            “Lara! Bangun Lara! Tolong!!! Panggilkan ambulan!!!” tidak keruan Faril dibuatnya.
            Sepuluh minit kemudian Lara dibawa ke Hospital Putrajaya. Keadaannya agak kritikal. Keluarganya telah diberitahu. Faril seperti orang gila. Beberapa kali dia cuba hendak memukul Syazwan. Namun, ayah Lara menghalangnya.
            “Bawa mengucap Faril. Allah sahaja yang dapat membantu kita sekarang. Kita sama-sama doakan Lara, ya,” pujuk ayah Lara.
            Faril duduk sambil menekup wajahnya. Kesal dia kerana tidak memberitahu perasaannya kepada Lara. Jika dia tahu Syazwan akan berpaling tadah. Sudah lama dia melamar Lara.
 
BAB 25
            Dua minggu setelah kejadian itu, Lara semakin pulih. Faril sangat bersyukur kepada Allah kerana memakbulkan doanya. Memang benar setiap kejadian ada hikmahnya. Lara telah reda perkahwinan dua sahabat baiknya itu.
            Sepanjang dia di hospital, tidak dia menyangka Mak Udanya yang menjaganya. Mereka sudah semakin mesra. Tiada perasaan dendam. Tiada perasaan sakit hati. Naemah dan Syazwan turut datang ke hospital melawat Lara ketika dia masih di wad. Mereka kini menetap di London kerana Syazwan bekerja di sana. Naemah pula menyambung pengajiannya di peringkat sarjana.
            Lara telah mendapat tawaran kerja di syarikat Faril. Dia kini menjadi akauntan untuk syarikat Faril. Namun, hubungan mereka masih lagi berlangsung seperti biasa. Rahsia hati faril tetap menjadi rahsia.
            “Abang! Jomlah kita pergi makan!” ajak Lara.
            “Kejaplah! Abang nak siapkan kerja abang sikit saja lagi ni. Lara duduk dulu,” pinta Faril.
            “Lara laparlah!” rengek Lara.
            “Kejaplah sayang,” pujuk Faril.
            “Apa? Abang panggil Lara apa?” tanya Lara inginkan kepastian.
            “Sayang...Larakan adik kesayangan abang. Kejap, ya!”
            “Okey!”
            Lara duduk di sofa yang terdapat dalam pejabat Faril. Dia memandang Faril yang sedang tekun menyiapkan kerjanya.
            “Okey! Dah siap. Kejap ya. Abang kemas meja,” kata Faril.
            Lara setia menunggu.
            “Okey! Jom!” ajak Faril.
            Mereka berdua berjalan seiringan.
            “Nak makan mana ni?” tanya Faril.
            Lara mengangkat bahu.
            “Ewah! Main angkat bahu pula!”
            Lara ketawa.
            “Cepatlah! Nak makan apa ni?”
            “Hmm...abang nak makan apa?”
            “Eh! Orang tanya dia, dia tanya kita pula.”
            “Cepatlah cakap!”
            “Entahlah! Tekak terasa macam nak makan Mc Donalds!”
            Lara tersenyum memandang Faril. Selera mereka memang serupa hari ini.
            “Okey!”
            “Lara tak kisahkah? Lara cakap jelah nak makan apa?”
            “Tak kisah! Asalkan abang belanja!”
            “Ooo...tak aci ni! Asyik abang saja belanja dia,” kata Faril.
            Lara ketawa. Mereka berdua menaiki kereta menuju ke Mc Donalds berhampiran. Sebaik sahaja tiba, Faril memakir keretanya. Mereka berdua melangkah masuk ke restoran makanan segera itu.
            “Siapa nak beratur ni?”
            “Abanglah! Biar Lara cari tempat duduk, okey!”
            “Pandailah tu!”
            Lara ketawa.
            “Nak makan apa?” tanya Faril.
            “Chicken McDeluxe saiz sederhana,” jawab Lara.
            “Okey! Pergi cari tempat duduk,” suruh Faril.
            Lara telah menemui tempat duduk untuk mereka berdua. Dia lantas duduk menunggu Faril. Lara memandang Faril yang sesekali menoleh kepadanya ketika sedang beratur.
            Sementara itu, Faril terasa perutnya memulas. Barisan yang dia sedang beratur masih panjang menunggu giliran. Dia memandang Lara. Berharap Lara akan memandangnya. Dia sudah tidak tahan hendak ke tandas.
            Lara memandang ke luar. Sesekali dia akan memandang ke arah Faril yang sedang beratur. Faril sedang memandangnya. Lara tersenyum lantas mengalih pandangan ke tempat lain.
            “Ish budak ni! Aku lambai dia boleh tersenyum pula,” rungut Faril menahan sakit perut.
            Faril melambai Lara sekali lagi.
            “Lara!!!” Faril menjerit.
            Lara menoleh dan melihat semua orang turut memandang Faril. Faril tersengih-sengih. Lara segera menghampiri Faril.
            “Kenapa abang menjerit?”
            “Abang tak tahan dah! Abang sakit perut sangat-sangat. Abang nak pergi tandas. Lara beratur, ya,” suruh Faril lantas hendak berlalu dari situ.
            “Eh! Duit!” pinta Lara sambil menunjukkan isyarat duit dengan jari.
            “Ish...berkira! Nah! Ambik duit dalam wallet ni!” suruh Faril lantas berlalu dari situ.
            Lara ketawa memerhatikan Faril yang tergesa-gesa ke tandas. Lara melihat senarai menu. Tiba-tiba dia teringat bahawa dia terlupa untuk bertanya apa yang hendak dipesan oleh Faril.
            “Ish...abang ni nak makan apa? Hmm...order sajalah apa yang dia selalu order,” kata Lara sendirian.
            Lara membuka dompet Faril. Dia tersenyum tatkala melihat susunan duit Faril di dalam dompet tersebut.
            “Banyak juga duit orang tua ni,” kata Lara sendirian .
            Tiba-tiba Lara terpandang gambar yang disimpan Faril di dalam dompetnya itu. Lara teringat sesuatu. Kenangan ketika dia ternampak Faril melihat gambar di dompetnya.
            “Abang buat apa tu?” tanya Lara.
            Faril tersentak. Dompetnya yang mengandungi gambar disimpan.
            “Ooo...tengok gambar makwe, ya?” tanya Lara.
            Faril hanya tersenyum.
            “Lara nak tengok, boleh?” pinta Lara.
            Faril hanya menggeleng.
            “Eii...kedekutnya. Ooo...dengan kita nak berahsia, ya. Kita sikit pun tak berahsia dengan dia.”
            Lara kemudian terimbas pula kata-kata Faril sebelum ini.
            “Abang cari yang macam muka Lara sekarang nilah! Yang kuat merajuk macam Lara. Yang garang macam Lara. Yang comel macam Lara. Ada?”
            Lara tersenyum sendirian. Dia mengerti kini siapa yang ada di hati Faril. Gadis itu adalah dia. Bagaimana dia boleh tidak perasan selama ini.
            “Cik! Boleh saya ambil order?”
            Suara juruwang Mc Donalds mematikan lamunan Lara.
            “Er...ya..ya...Satu set Chicken McDeluxe medium dan satu set Big Mac besar,” pesan Lara.
            Lara membayar harga pesanan dan membawa hidangan ke meja. Tidak lama kemudian Faril muncul. Dia tercari-cari kelibat Lara. Lara melambai Faril. Faril menghampiri Lara lantas duduk.
            “Fuh!!! Nasib baik ada tandas yang bersih di sini,” kata Faril.
            “Terima kasih abang,” ucap Lara.
            “Terima kasih? Untuk apa?” tanya Faril.
            “Sebab belanja Lara,” ucap Lara.
            Lara menghulurkan dompet Faril sambil membukanya. Terpampang gambar mereka berdua. Faril menepuk dahi. Macam mana dia boleh lupa tentang gambar itu tadi.
            “Lara dah jumpa gadis yang abang cari ni!” ucap Lara berseloroh.
            Faril ketawa. Dia memegang tangan Lara.
            Would you marry me?” Faril melamar Lara.
            Lara tersenyum lantas mengangguk.
            “Mana cincinnya?” tanya Lara.
            “Ish...mana abang tahu Lara boleh bocorkan rahsia abang di sini,” kata Faril.
            Mereka berdua ketawa. Hubungan yang akrab kini menjadi semakin rapat.
BAB 26
            Sudah sejam Lara menunggu Faril di hadapan bangunan pejabat mereka. Namun bayangnya masih tidak kelihatan. Ada keluhan kecil terbit dari bibir munggil gadis itu.
            “Mana abang ni?” mata Lara liar mencari kelibat Faril.
            Mereka berdua telah berjanji untuk bersama-sama mencari barang sempena melangsungkan pertunangan mereka yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Lara memandang jam tangannya. Sekali lagi dia mengeluh.\
            “Tak baik mengeluh Cik Lara,” terkejut Lara tatkala terdengar suara yang dikenalinya.
            “Eh! Iskandar. Terkejut Lara,” ucap Lara sambil mengurut dada.
            “Maafkan Is. Tak sangka Lara terkejut sampai macam tu sekali. Is tak ada niat nak buat Lara terkejut,” Iskandar berkata dengan sedikit rasa kesal dengan perbuatannya tadi.
            Lara tersenyum memandang Iskandar.
            “Haa...Is ada nampak abang Faril tak?” tanya Lara.
            “Ada. Memang Is baru lepas jumpa dia tadi. Dia minta tolong Is temankan Lara pergi barang-barang pertunangan Lara dan abang Faril,” jelas Iskandar.
            Lara memandang iskandar sambil mengerutkan dahi.
            “Dia ke mana?” tanya Lara.
            “Entah. Katanya ada urusan penting yang perlu diselesaikan segera. Dia tak dapat nak temankan Lara. Jadi, dia minta Is temankan Lara” jawab Iskandar.
            “Hmm...tak apalah kalau macam tu. Nampaknya kita sajalah yang pergi hari ni. Tapi Lara tak mengganggukah? Kalau Is ada hal, tak apa. Lara boleh pergi sendiri,” kata Lara.
            “Eh! Tak apa. Is pun bukan ada kerja pun,” pantas Iskandar memintas.
            “Betul ni?” Lara inginkan kepastian.
            Iskandar mengangguk bersungguh-sungguh. Lara tersenyum manis memandang Iskandar.
            “Okey! Kalau macam tu, mari kita pergi sekarang,” ajak Lara.
            “Silakan,” ucap Iskandar penuh sopan santun.
            Lara memandang Iskandar lantas tersenyum.
            “Naik kereta Is sajalah,” ujar Iskandar apabila melihat Lara menuju ke arah keretanya.
            “Tak apalah. Naik kereta Lara,” ajak Lara pula.
            “Sebenarnya Is tak selesa kalau naik kereta perempuan yang pandu,” kata Iskandar pula.
            “Macam tu pula?” tanya Lara memandang Iskandar lantas tersenyum.
            Iskandar memandang Lara minta agar memahaminya.\         
            “Okeylah. Kita naik kereta Is,” kata Lara.
            Iskandar mengangguk lantas tersenyum. Mereka berdua menuju ke arah di mana kereta Iskandar di pakir. Mereka berdua kemudian menaiki kereta. Tidak berapa lama selepas itu kereta Iskandar bergerak meninggalkan kawasan pakir.
            Dari jauh sepasang mata sedang memerhatikan kereta Iskandar bergerak semakin jauh dari kawasan pejabat. Satu keluhan penuh kekesalan terbit dari bibir Faril.
            “Maafkan abang Lara,” ucap Faril perlahan.
            Serta-merta ingatan Faril teringat akan temujanjinya dengan doktor Asrul semalam. Doktor yang merangkap rakannya itu telah mengkhabarkan satu berita yang serta-merta merubah hidupnya. Juga bakal merubah hidup Lara, gadis yang sangat dicintainya.
            “Berapa lama dah kau dapat simptom-simptom ni?” tanya doktor Asrul.
            “Sebenarnya dah lama. Aku rasa adalah hampir tiga tahun simptom ni berulang-ulang. Adakalanya ia hilang. Tapi sejak akhir-akhir ni semakin kerap. Apa yang membimbangkan aku tiap kali aku muntah darah turut keluar sekali,” jawab Faril.
            “Minggu lepas aku dah buat pemeriksaan. Hari ini pun aku dah buat pemeriksaan. Keputusannya sama. Tapi kalau aku beritahu kau bersabar ya,” penuh berhati-hati doktor Asrul mengeluarkan kata-kata.
            Jantung Faril mula berdebar-debar. Hatinya tertanya-tanya apakah penyakit yang dihidapinya.
            “Maafkan aku Faril. Kau sepatutnya mula mendapatkan rawatan sejak mula-mula kau dapat tanda-tanda awal,” ucap doktor Asrul lagi.
            Sebenarnya dia serba salah untuk memberitahu perkara sebenar kepada sahabatnya itu. Dia sendiri tidak menyangka rakan baiknya itu menghidapi penyakit kronik.
            “Apa sebenarnya penyakit aku Asrul?” tanya Faril inginkan kepastian.
            “Maafkan aku Faril,” sekali lagi doktor Asrul meminta maaf.
            “Kau beritahu saja. Aku sedia mendengarnya.”
            Doktor Asrul mengeluh. Dia menundukkan wajahnya seketika sebelum kembali memandang wajah teman di hadapannya.
            “Faril, kau menghidapi kanser hati. Tahap empat,” beritahu doktor Asrul.
            Kaki Faril bagaikan tidak bermaya mendengar setiap butir kata yang diucapkan doktor Asrul.
            “A..aku ada kanser?” tanya Faril inginkan kepastian.
            Doktor Asrul sekadar mengangguk.
            “Kau tipu akukan?” tanya Faril inginkan kepastian.
            “Maafkan aku Faril,” sekali lagi doktor Asrul melahirkan rasa kesalnya.
            “Aku ada kanser tahap empat, Asrul? Kau tahu tak aku dah nak kahwin? Minggu depan aku dah nak bertunang. Tiga bulan lagi aku dan Lara nak kahwin. Apa aku nak beritahu Lara?” Faril terus bertanya Asrul bertubi-tubi.
            “Kau perlu berubat Faril. Masih sempat lagi. Insya-Allah,” doktor Asrul masih memberi harapan.
            Air mata Faril jatuh. Faril menangis. Asrul tidak sampai hati memandang sahabatnya itu.
            “Aku tak sepatutnya melamar Lara. Aku hanya akan buat dia bersedih, Asrul! Apa aku nak beritahu dia? Tolong aku Asrul!”
            “Sabar Faril. Aku janji akan bantu kau sampai kau sembuh.”
            “Kau yakin aku boleh sembuh? Berapa peratus?”
            Asrul diam seketika. Soalan Faril bagaikan memerangkapnya.
            “Ajal dan maut bukan di tangan kita Faril,” ucap doktor Asrul.
            “Kau dah mula sebut tentang ajal Asrul,” sinis suara Faril kedengaran.
            Asrul menunduk. Hakikatnya dia tahu penyakit sahabatnya itu berada di ambang maut. Namun, dia yakin Allah mengetahui segalanya. Tidak mustahil jika itu yang Dia mahukan Faril masih punya harapan.
            Faril tersedar dari lamunannya tatkala ada orang melintas di hadapan matanya. Air matanya dikesat. Dia tidak mahu Lara kecewa sekali lagi. Sudah cukup selama ini gadis itu berendam air mata. Namun, dia buntu. Tidak tahu apa yang perlu dia lakukan sekarang. Berterus-terang pasti akan meluluhkan hati Lara.
            Pasti gadis itu akan mendampinginya terus kerana simpati kepadanya. Dia tidak mahu Lara merana apabila menyedari dia bakal meninggalkan Lara buat selama-lamanya.
            “Maafkan abang, Lara.”

BAB 27
            Tangan Iskandar penuh dengan barang-barang yang dibelinya bersama Lara tadi. Barang yang bakal dibuat hantaran pertunangan Lara dan Faril. Lara tertawa memandang Iskandar.
            “Wah! Sukanya ketawakan orang,” ucap Iskandar.
            “Siapa yang menawarkan diri tadi?” tanya Lara.
            “Yalah! Tapi kenapa tak letakkan di kereta Lara saja. Kenapa mesti nak bawa naik ke pejabat?” tanya Iskandar kembali.
            “Lara nak tunjuk pada abang Faril!”
            “Ooo...okey!”
            Mereka berdua menuju ke arah bilik Faril. Lara mengetuk pintu. Tiada sebarang suara yang mengarahkan mereka masuk.
            “Encik Faril di surau. Solat,” beritahu setiausaha Faril.
            “Ooo...ok. Tak apalah. Saya tunggu dia di dalam ya?”
            Setiausaha Faril sekadar mengangguk.
            “Jom Is!”
            Iskandar menuruti langkah Lara. Setibanya di dalam bilik Faril, Iskandar meletakkan barangan tersebut di atas sofa yang terdapat di dalam bilik pejabat Faril.
            “Okeylah Lara. Is keluar dulu.”
            “Okey! Terima kasih!”
            “Sama-sama!”
            Iskandar meninggalkan Lara yang sedang membelek-belek barangan yang dibeli tadi di dalam bilik Faril. Ketika dia membuka pintu bilik, Faril berada di pintu. Mereka berdua sama-sama terkejut.
            “Eh! Abang Faril! Lara ada di dalam,” beritahu Iskandar.
            Wajah Faril berubah. Dia mengangguk sebelum masuk ke dalam biliknya. Iskandar berlalu dari situ. Sebelum beredar ke biliknya, sempat dia menoleh ke arah pintu Faril.
            Lara yang terdengar suara Faril segera menoleh mendapatkan Faril. Plastik barang-barang yang dibeli tadi dibimbit bersama. Faril melangkah ke meja kerjanya. Lara menuruti langkah Faril.
            “Abang! Cuba abang tengok baju ni. Abang suka tak? Is yang pilih tadi!” tanya Lara.
            “Kenapa tak tinggal semua barang ni di kereta saja?” tanya Faril tanpa menjawab soalan Lara.
            “Lara nak tunjukkan abang,” jawab Lara.
            “Nanti-nantikan boleh. Sekarang ni waktu pejabat. Abang banyak kerja ni!” suara Faril sedikit meninggi.
            Lara memandang Faril dengan pandangan yang tajam.
            “Okey! Lara minta maaf,” rajuk Lara.
            Lara mengemas barang-barang lantas membimbitnya. Dia mahu keluar segera dari bilik Faril. Hatinya tersentuh dengan sikap Faril. Sudahlah dia pergi bersama orang lain membeli kelengkapan pertunangan mereka. Kini, Faril seolah-olah tidak sudi melihat barangan yang telah dibelinya tadi.
            Oleh kerana barangan yang dibeli terlalu banyak, ada beg plastik yang terlepas dari tangan Lara. Terkocoh-kocoh Lara mengutipnya semula. Air matanya seakan mahu tumpah. Dia benar-benar terasa dengan sikap Faril.
            Faril menyedari Lara merajuk. Dia bingkas bangun membantu Lara mengutip barangan yang terkeluar dari beg plastik. Lara pantas merampas barang tersebut daripada Faril. Air matanya jatuh akhirnya. Dia sudah tidak mampu membendung lagi. Esakannya mula kedengaran. Faril rasa bersalah melihat gadis kesayangannya menangis. Sedangkan dia pernah bertekad tidak akan membiarkan Lara menangis lagi. Kini, buat pertama kali sepanjang hubungan mereka, Lara menangis.
            “Lara, abang minta maaf.”
            Lara hanya diam. Dia memungut barangan yang jatuh sambil diperhatikan Faril. Air matanya semakin laju. Lara kemudian bangun lantas mengatur langkah untuk keluar dari bilik itu. Faril pantas memegang tangan Lara. Beg plastik di tangan Lara sekali lagi terlepas dari tangannya.
            “Lara, abang minta maaf,” ucap Faril sekali lagi.
            Lara terus menangis.
            “Lara jangan nangis. Hati abang sakit kalau Lara nangis. Abang minta maaf,” ucap Faril lantas mengesat air mata di wajah Faril.
            Semua plastik beg di tangan Lara terlepas. Lara terduduk di lantai. Dia menangis tersedu-sedu. Faril tidak pernah buat dia menangis. Dia tidak pasti apa yang membuatkan hatinya benar-benar terguris. Walhal jika hendak difikirkan kesalahan Faril bukannya besar sangat.
            “Abang minta maaf,” Faril terus merayu.
            Lara bangun lantas keluar dari bilik Faril. Dia meninggalkan barang-barang yang jatuh di dalam bilik. Faril meraup wajahnya dengan tangannya.

 
BAB 28
            Sudah seminggu Faril demam. Doktor Asrul datang ke rumah Faril atas permintaan Faril sendiri.
            “Kau kena ke hospital,” saran doktor Asrul.
            “Tak ada maknanya aku duduk di hospital tu. Penyakit aku bukannya boleh sembuh,” jawab Faril.
            “Habis tu kau ingat, kau duduk di rumah boleh sembuh?” tanya doktor Asrul sedikit sinis.
            Faril terbatuk-batuk. Jururawat yang datang bersama doktor Asrul segera mendapatkan bekas untuk Faril muntah.
            “Penyakit kau semakin parah, Faril. Kita ke hospital,” kali ini Asrul benar-benar risau.
            Faril menggeleng. Tubuhnya terasa sungguh lemah. Dia berbaring setelah memuntahkan isi perutnya entah ke berapa kali. Asrul hanya memandang Faril yang memejamkan mata.
            Sementara itu di halaman rumah Faril, kereta Lara meluncur laju. Sejak dia merajuk, Faril langsung tidak menghubunginya. Hampir seminggu dia tidak terlihat Faril di pejabat. Sebaik sahaja diberitahu setiausaha Faril bahawa bakal tunangannya itu tidak sihat, segera dia memandu ke rumah Faril.
            Pintu bilik Faril terkuak. Asrul menoleh. Muncul Lara di depan pintu. Faril terbaring lesu. Tubuhnya benar-benar lemah tidak berdaya. Lara memandang Faril yang terbaring sambil memejamkan mata. Lara menghampiri Faril. Ternyata Faril sedang tidur dan tidak menyedari kehadirannya di situ.
            “Abang Faril kenapa?” tanya Lara kepada Asrul.
            Asrul hanya menunduk. Tiadak lama kemudian, terlihat kelibat Iskandar di pintu bilik Faril. Rupa-rupanya Iskandar segera menuruti Lara setelah diberitahu setiausaha Faril bahawa Lara ke rumah Faril.
            Lara menyentuh pipi Faril. Panas.
            “Abang Faril kenapa?” Lara bertanya pula kepada Iskandar.
            Wajah Iskandar seolah-olah menyimpan sesuatu.
            “Apa Is buat di sini? Is tahu apa-apa fasal abang Faril?” Lara terus bertanya.
            Lara memegang wajah Faril. Suhu badan Faril ternyata terlalu panas.
            “Abang!” panggil Lara.
            Iskandar dan Asrul saling berpandangan. Lara terus memangil Faril. Faril tidak bergerak. Asrul memandang ke arah Faril. Hatinya cemas. Asrul menghampiri Lara dan Faril. Iskandar turut menghampiri mereka.
            “Faril!” panggil Asrul.
            Asrul menepuk pipi Faril berulang kali. Suhu badan Faril diambil. Jururawat turut membantu sambil diperhatikan Lara dan Iskandar. Hati Lara berdebar-debar. Dia memandang Asrul minta kepastian.
            “Panggilkan ambulan!” arah Asrul kepada jururawat.
            Pantas jururawat membuat panggilan.
            “Abang! Abang kenapa? Is! Abang Asrul! Abang Faril kenapa?” Lara mula menangis.
            “Sabar Lara. Faril tak apa-apa. Dia demam panas saja,” bohong Asrul.
            Iskandar mengeluh. Hatinya ingin saja menjerit memberitahu Lara. Tapi dia sudah berjanji dengan Faril. Tidak lama kemudian, ambulans tiba. Faril dibawa ke hospital. Lara dan Iskandar turut ke hospital.
            Setibanya di hospital, Faril di bawa ke bilik kecemasan. Lara dan Iskandar menunggu di luar dengan sabar. Tidak lama selepas itu, keluarga Lara dan Faril tiba.
            “Macam mana, Faril?” tanya ayah Lara.
            “Masih di dalam,” jawab Lara.
            “Faril sakit apa?” tanya ibu Faril.
            Lara menggeleng. Dia memandang Iskandar.
            “Doktor cakap abang Faril demam panas,” Iskandar memberi jawapan selamat.
            Jelas terpancar kebimbangan di wajah ahli keluarga Faril. Beberapa jam kemudian doktor Asrul keluar. Segera mereka semua mendapatkannya.
            “Bagaimana keadaan abang Faril?” tanya Lara.
            “Alhamdulillah. Keadaan Faril stabil. Cuma, dia perlu ditahan beberapa hari untuk rawatan,” jawab Asrul.
            “Boleh kami melawatnya sekarang?” tanya Lara lagi.
            Asrul mengangguk.
            “Tapi, tunggu hingga dia dipindahkan ke wad dulu,” kata Asrul lagi.
            Setelah Faril dipindahkan ke wad, Lara, Iskandar dan semua ahli keluarga yang hadir melawat Faril. Ketika mereka masuk Faril sudah sedarkan diri. Dia tersenyum memandang mereka. Lara lihat wajah Faril pucat. Lara duduk paling hampir dengan Faril. Wajah Faril dipegang.
            “Kenapa abang tak beritahu Lara abang demam?” tanya Lara.
            Faril tersenyum memandang Lara.
            “Ish abang ni. Kami semua tengah risaukan abang, dia boleh senyum pula,” rungut Lara.
            Mereka yang lain hampir tertawa memandang Lara yang membuat memek muka merajuk.
            “Abang tak nak menyusahkan sesiapa. Lagipun abang demam biasa sajakan,” ucap Faril sambil menjeling sekilas memandang Iskandar.
            Iskandar tunduk. Dalam hatinya rasa bersalah kerana terpaksa merahsiakan penyakit Faril daripada pengetahuan orang lain.
            “Abang nak makan apa-apa tak? Lara boleh masakkan untuk abang,” tanya Lara.
            “Betulkah Lara nak masakkan untuk abang ni?” tanya Faril kembali.
            “Abang cakap sajalah. Apa saja yang abang nak, Lara akan masakkan,” jawab Lara.
            “Hmm...abang teringin nak makan sup ayam,” Faril berkata sambil memandang Lara.
            “Okey! Kejap lagi Lara pergi beli barang-barang. Hmm...Is kena temankan,” kata Lara sambil menjeling Iskandar.
            Faril tersenyum memandang Iskandar yang sedikit terkejut mendengar namanya disebut Lara.
            “Is tak ada masalahkan nak temankan Lara?” tanya Faril.
            “Aa? Tak...tak ada masalah! Boleh!” jawab Iskandar sedikit gugup.
            Ayah Faril menepuk-nepuk bahu Iskandar sambil tersenyum memandang Faril. Lara turut tersenyum memandang Iskandar sebelum memandang Faril semula.
            “Is, abang serahkan tanggungjawab kepada Is untuk layan si Lara ni bila abang tak ada tau,” ucap Faril.
            Iskandar memandang Faril. Faril senyum. Sebak hati Iskandar mendengar kata-kata Faril.

BAB 29
            Iskandar teringat kejadian beberapa hari yang lalu. Ketika itu, Iskandar tertinggal diarinya di dalam kereta Faril setelah pulang bertemu pelanggan. Secara tidak sengaja, Faril terbaca luahan hati Iskandar di dalam diari yang meluahkan perasaannya yang terpendam terhadap Lara. Faril terpanggil untuk membaca diari Iskandar ketika terpandang nama Lara tercatat di dalam diari yang terjatuh di bawah tempat duduk hadapan keretanya.
            “Abang jumpa diari ni tercicir dalam kereta,” beritahu Faril.
            Iskandar memandang diari tersebut lama. Jantungnya berdebar. Dia amat berharap agar isi kandungan diari tersebut tidak dibaca Faril.
            “Diari ni Is punyakan?” tanya Faril.
            “Ya...ya bang,” jawab Iskandar.
            Faril menghulurkan diari tersebut kepada Iskandar. Iskandar menyambutnya teragak-agak.
            “Terima kasih,” ucap Iskandar.
            “Sama-sama,” balas Faril.
            Iskandar mula mengatur langkah hendak keluar dari pejabat Faril.
            “Is!” panggil Faril.
            Iskandar menoleh.
            “Kalau abang tanya, boleh tak Is jawab dengan jujur?” tanya Faril.
            Iskandar memandang Faril dengan debaran yang semakin kencang. Dia yakin bahawa Faril telah membaca diarinya. Wajahnya terasa tebal.
            “Boleh tak?” tanya Faril lagi.
            Iskandar tersentak.
            “Abang nak tanya apa?” tanya Iskandar sedikit gugup.
            “Is duduklah dulu,” suruh Faril.
            Iskandar menurut. Faril memandang Iskandar lama. Dia tersenyum.
            “Aku yakin aku boleh harapkan kau Is.” Faril berkata di dalam hati.
            Iskandar menunduk. Tidak berani dia menatap majikan yang amat dihormatinya itu. Sememangnya memang sejak di universiti lagi dia sudah mula menyukai Lara. Namun tidak disangka ketika itu Lara telah mempunyai teman istimewa.
            Setelah dia mendapat tahu teman istimewa Lara berkahwin dengan rakan baiknya sendiri, Iskandar menjejaki Lara dengan memohon pekerjaan di tempat di mana Lara bekerja. Nasibnya baik kerana ketika itu ada kekosongan yang perlu diisi segera di syarikat milik Faril.
            Iskandar kecewa kerana Lara akhirnya memilih Faril yang selama ini merupakan abang angkatnya. Iskandar hanya memendam perasaannya kepada Lara di dalam diam. Setelah pengumuman mengenai majlis pertunangan Lara dan Faril, Iskandar telah menerima kenyataan dan bersedia melepaskan Lara dari hatinya.
            “Is masih sukakan Lara?” pertanyaan Faril membuatkan dia tersentak.
            Iskandar memandang wajah Faril. Tiada riak marah terpamer di wajah Faril. Malah dia tersenyum.
            “Dia ni perli akukah?” tanya Iskandar sendirian di dalam hati.
            Iskandar mengalihkan pandangannya dari Faril. Tidak sanggup dia hendak menatap wajah Faril lagi. Rahsia hatinya telah terbongkar.
            “Abang jangan salah anggap dulu. Saya tak ada niat nak...”
            “Abang tak salah anggap pun. Itukan hak Is,” Faril memotong kata-kata Iskandar.
            Iskandar terdiam. Dia tidak tahu apa lagi yang perlu dikatakan. Faril adalah majikannya. Walaupun dia tahu itu adalah perkara peribadi yang tiada langsung kena mengena dengan hal pejabat, namun dia tetap rasa bersalah kerana mencintai bakal tunangan majikannya.
            “Is masih sayangkan Lara tak?” tanya Iskandar.
            Iskandar memandang tepat ke mata Faril.
            “Abang nak Is pikat Lara,” ucap Faril.
            Semakin besar mata Iskandar memandang Faril.
            “Kenapa dengan abang Faril ni? Buang tabiatkah?” Iskandar bertanya di dalam hati.
            “Boleh tak?” tanya Faril.
            “Abang, saya minta maaf tentang diari ni. Sebenarnya saya dah lama terima kenyataan yang saya tak akan memiliki Lara. Dia cintakan abang. Saya cuma sukakan dia dalam diam saja. Lara sendiri pun tak pernah tahu. Saya minta tolong pada abang, kalau boleh jangan beritahu Lara. Malu saya nanti bang,” rayu Iskandar.
            Faril melepaskan keluhan yang panjang. Dia memejamkan matanya lama. Iskandar memandang Faril kehairanan. Tiba-tiba Faril memegang dadanya. Dia kelihatan seperti sesak nafas. Faril terbatuk. Iskandar panik melihat keadaan Faril. Ada darah keluar dari mulutnya. Faril memberi isyarat agar Iskandar mengambil sesuatu dari lacinya.
            “Abang kenapa ni?” tanya Iskandar cemas.
            Pantas Iskandar mencapai tisu. Dia menghulurkan kepada Faril. Faril menekup mulutnya dengan tisu. Basah tisu tersebut dengan darah. Iskandar segera membuka laci yang dimaksudkan Faril. Ada beberapa botol ubat terdapat di dalam laci tersebut.
            “Yang mana satu bang?” tanya Iskandar cemas melihat keadaan Faril.
            Satu persatu botol ubat ditunjukkan kepada Faril. Setelah Faril mengangguk kepada botol ubat yang betul, pantas Iskandar menghulurkan air dan pil kepada Faril. Tidak lama kemudian Faril kelihatan semakin tenang. Iskandar mengurut dada Faril. Faril memegang tangan Iskandar.
            “Tolong jaga Lara untuk abang,” pinta Faril perlahan setelah keadaannya tenang.
            “Abang...”
            “Janji dengan abang Is. Abang dah tak ada masa. Jangan biarkan Lara menangis,” Faril bersuara.
            Iskandar serba salah. Faril menerangkan penyakit yang dihidapinya kepada Iskandar. Terlopong mulutnya mendengar kata-kata Faril. Tidak disangka semuda itu Faril terpaksa menanggung penyakit yang merbahaya.
            “Is! Is!” panggil Lara.
            Iskandar tersentak.
            “Berangan ya?” tanya Lara.
            Iskandar tersenyum tawar memandang Lara.
            “Hmm...teringatkan siapalah tu agaknya,” usik Lara.
            Iskandar menggeleng. Lara tersenyum memandang Iskandar. Dia kembali memilih barang-barang ramuan untuk memasak sup ayam kegemaran Faril.
            “Bertuah abang Faril dapat Lara. Pandai memasak,” puji Iskandar.
            Lara tersenyum. Sedikit bangga dipuji oleh seseorang yang bergelar lelaki.
            “Tak adalah pandai sangat, Is. Setakat masak yang senang-senang tu bolehlah,” Lara merendah diri.
            “Merendah dirilah pula. Apa kata Lara masak untuk Is. Biar Is nilai masakan Lara. Boleh buka kedai atau tak?”
            Lara ketawa.
            “Ini nak mencabar kredibiliti Lara dalam memasakkah?” tanya Lara.
            “Mestilah. Kalau Lara nak tahu, Is pandai memasak tau. Mak Is dulu ada warung. Jadi, Is selalu tolong mak memasak,” jelas Iskandar.
            “Sungguh?” tanya Lara.
            Iskandar mengangguk.
            “Hmm...kalau macam tu, satu hari nanti Is mesti masak untuk Lara,” kata Lara.\
            “Laa...orang nak rasa masakan dia. Kita pula yang disuruh masak,” rungut Iskandar.
            Lara ketawa.
            “Boleh tak?” pinta Lara.
            Iskandar mengukir senyum memandang Lara.
            “Boleh, Lara punya fasal apa pun boleh,” ucap Iskandar.
            Lara tersentuh dengan kata-kata Iskandar. Entah mengapa dia merasakan begitu.
            “Lara, lepas ni Is hantar Lara balik rumah. Is nak ke hospital semula,” beritahu Iskandar.
            “Oh...okey. Tapi Is hantar Lara di rumah abang Faril ya,” pinta Lara.
            “Kenapa tak balik rumah Lara saja?” tanya Iskandar kehairanan.
            “Kereta Larakan ada di rumah abang Faril,” jelas Lara.
            “Oh...ya. Lupa pula Is,” ucap Faril sambil menepuk dahinya.
            Lara ketawa.
        
BAB 30
            Lara mundar mandir di depan bilik kecemasan. Hatinya keresahan yang teramat sangat. Baru sebentar tadi Iskandar menghubungi supaya segera ke hospital.
            “Is! Apa semua ni?” tanya Lara kepada Iskandar.
            Iskandar diam. Dia menundukkan wajahnya.
            “Is!” panggil Lara.
            “Lara, Is minta maaf,” perlahan Iskandar bersuara.
            “Maaf untuk apa? Boleh tak Is beritahu Lara perkara yang sebenar? Apa sebenarnya penyakit abang Faril?” tanya Lara.
            Iskandar masih terus diam membatu. Dia serba salah. Serba salah terhadap Lara yang sedang keresahan dan kesedihan. Serba salah dengan janjinya kepada Faril. Di saat ini Faril sedang bertarung nyawa melawan penyakitnya. Iskandar memandang Lara yang sejak tadi tidak berhenti air matanya mengalir. Hatinya sedih melihat gadis yang disayanginya terus terluka.
            Perlahan Iskandar mengatur langkah menghampiri Lara. Iskandar duduk di sebelah Lara. Bahu Lara terhinggut-hinggut menahan esak. Dia bingung. Dia pasti sesuatu yang serius telah menimpa Faril di luar pengetahuannya. Iskandar menepuk bahu Lara untuk menenangkannya. Tangisan Lara semakin menjadi.
            “Kenapa dengan abang Faril, Is?” tanya Lara dalam sendu.
            “Lara. Is minta maaf. Is dah janji dengan abang Faril. Is tak boleh beritahu Lara,” jawab Iskandar.
            Lara memandang wajah Iskandar kesal.
            “Lara ni siapa dengan abang Faril, Is? Lara bakal tunang abang Faril. Dia orang yang Lara cinta. Orang yang Lara sayang. Kenapa mesti Is nak rahsiakan semua ini?” Lara terus mendesak Iskandar.
            Iskandar memandang wajah Lara lama. Rasa simpati yang menggunung terbit dalam hatinya. Sememangnya gadis ini berhak mengetahui semuanya.
            “Lara sebenarnya...” Iskandar tidak sempat menghabiskan kata-katanya.
            Doktor Asrul keluar dari bilik kecemasan. Lara segera menghampiri Asrul.
            “Mari!” ajak Asrul.
            Mereka bertiga menuju ke bilik Asrul yang terletak tidak jauh dari unit kecemasan.
            “Lara, apa yang bakal abang beritahu Lara ini mungkin akan mengejutkan Lara. Is, dah tahu sendiri daripada mulut Faril. Keadaan Faril semakin kritikal. Kita dah tak ada masa nak menangguhkannya,” jelas Asrul.
            “Apa sebenarnya penyakit abang Faril?” tanya Lara.
            “Lara, Faril menghidap barah hati di tahap yang kritikal,” jawab Asrul.
            Lara menutup mulutnya dengan kedua tangannya. Bergetar tubuhnya mendengar kata-kata Asrul.
            “Abang tipu!” ucap Lara.
            Air mata Lara semakin laju mengalir.
            “Lara, sebenarnya Faril sendiri pun tak pernah perasan dia menghidapi penyakit yang merbahaya. Selama ini dia selalu mengabaikan semua simptom-simptom yang pernah dialaminya. Penyakitnya dapat dikesan di saat ia telah merebak,” panjang lebar bicara Asrul.
            Esakan Lara semakin kuat. Dia hampir meraung, namun raungan itu hanya terzahir di dalam hatinya sahaja. Iskandar menggenggam tangan Lara kuat.
            “Lara, Is...sebenarnya setelah membuat rawatan dan pemeriksaan ke atas Faril, abang rasa Faril masih ada peluang,” beritahu Asrul.
            Lara dan Iskandar memandang Asrul penuh harapan.
            “Betulkah apa yang abang cakap ni?” tanya Lara ingin kepastian.
            Asrul mengangguk. Ada sinar di mata Lara. Dia berharap akan ada harapan untuk Faril hidup bersamanya.
            “Bagaimana?” tanya Iskandar pula.
            “Pembedahan membuang sel barah dan menggantikan dengan hati yang baru,” jawab Asrul.
            Iskandar dan Lara saling berpandangan.
            “Tapi kalau kita dapat penderma yang sesuai dalam waktu yang terdekat,” jelas Asrul lagi.
            “Ambil hati saya bang! Lara sanggup dermakan sebahagian hati Lara untuk abang Faril,” ucap Lara.
            Asrul dan Iskandar memandang Lara.
            “Lara sangup lakukan apa sahaja untuk abang Faril. Lara tak mahu kehilangan dia,” ucap Lara lagi.
            “Lara...” panggil Iskandar.
            “Is, Lara sanggup lakukan apa saja untuk abang Faril. Lara sayang dia lebih daripada diri Lara sendiri,” Lara memegang tangan Iskandar.
            Iskandar mengangguk sambil menepuk bahu Lara.
            ‘Nampaknya kau memang benar-benar mencintai abang Faril, Lara. Aku berjanji tak akan biarkan kau menangis lagi selepas ini’ Faril berkata di dalam hati.

BAB 31
            Lara tertidur di sebelah Faril yang masih tidak sedarkan diri. Wayar berselirat di tubuhnya. Iskandar berdiri mengadap Faril dihujung kakinya. Iskandar menghampiri Faril. Dia memegang tangan Faril.
            “Abang akan selamat,” ucap Iskandar.
            Iskandar menghampiri Lara yang sedang lena. Rambut Lara dibelai. Letak kepala Lara dibetulkan.
            “Is mahu Lara bahagia,” ucap Iskandar kepada Lara.
            Iskandar tersenyum memandang Lara yang masih lena.
            “Sayangnya kau tak dengar kata-kata aku,” kata Iskandar lantas ketawa kecil.
            Iskandar memandang Faril yang masih kaku. Air mata lelakinya jatuh.
            “Siapa aku nak merampas kebahagiaan ini daripada kamu berdua?” tanya Faril sendirian.
            Faril masih kaku. Iskandar duduk mengadap Faril. Iskandar tiba-tiba teringat sesuatu.
            “Is masih sayangkan Lara tak?” tanya Iskandar.
            Iskandar memandang tepat ke mata Faril.
            “Abang nak Is pikat Lara,” ucap Faril.
            Semakin besar mata Iskandar memandang Faril.
            “Kenapa dengan abang Faril ni? Buang tabiatkah?” Iskandar bertanya di dalam hati.
            “Boleh tak?” tanya Faril.
            Iskandar masih memandang Faril yang kaku. Dia tersenyum lagi lantas menggeleng kepala. Ingatannya kembali semula dengan kata-kata Faril kepadanya suatu ketika dahulu.
            “Tolong jaga Lara untuk abang,” pinta Faril perlahan.
            “Abang...”
            “Janji dengan abang Is. Abang dah tak ada masa. Jangan biarkan Lara menangis,” Faril bersuara.
            Iskandar bangun menghampiri Faril. Dia memegang wajah Faril yang masih lena. Iskandar memandang Lara.
            “Abang, Lara tak akan menangis. Abang akan buat Lara bahagia,” ucap Iskandar kepada Faril.
            Walaupun Faril masih tidak sedarkan diri, jauh di sudut hati Iskandar mengharapkan Faril mendengar kata-katanya. Dia pernah mendengar orang berkata bahawa ada sesetengah pesakit yang koma sebenarnya dapat mendengar apa yang dikatakan oleh orang sekeliling mereka. Walaupun dia tidak pasti, namun dia berdoa semoga Faril akan cepat bangun dari lenanya.
            Tiba-tiba Lara terjaga dari lenanya. Dengan terpisat-pisat dia menggosok matanya. Dia memandang Iskandar yang duduk di sebelah Faril. Menyedari Lara sedar dari tidurnya, pantas Iskandar mengesat air matanya.
            “Is? Buat apa di sini? Tak balik lagi?” tanya Lara.
            Iskandar menggeleng.
            “Abang Asrul ada cakap apa-apa tak?” tanya Lara.
            “Tak ada. Kenapa?” tanya Iskandar semula.
            “Hmm...dia belum dapat keputusan tentang ujian Lara tadi?” tanya Lara lagi.
            “Ohh...belum,” jawab Iskandar.
            Lara mengeluh. Dia memandang wajah Faril. Perlahan dia mengusap rambut Faril.
            “Abang, bangunlah. Lara rindukan abang. Kami semua rindukan abang,” ucap Lara.
            Iskandar terharu melihat perilaku Lara.
            “Lara, Is keluar sekejap. Lara nak kirim apa-apa tak?”
            Lara sekadar menggeleng.
            “Okey. Is keluar sekejap okey!”
            “Is, kalau Is nak balik dulu, baliklah. Maaf dah menyusahkan Is dua tiga hari ni,” kata Lara.
            “Lara, boleh tak jangan cakap macam tu? Abang Faril dah macam abang Is sendiri,” beritahu Iskandar.
            Lara tersenyum memandang Iskandar.
            “Jadi, Lara ni bakal kakak ipar Is lah?” tanya Lara dalam nada gurauan.
            Lara mengusap wajah Faril sambil tersenyum. Iskandar sekadar tersenyum tawar. Dia kemudian mengatur langkah keluar dari bilik tersebut. Ada sesuatu yang perlu diselesaikan.

BAB 32
            “Maaf Lara, abang dah buat pemeriksaan ke atas Lara, hati Lara tak sesuai untuk didermakan kepada Faril,” jelas suara Asrul.
            “Apa? Kenapa?” tanya Lara.
            “Lara pernah mengalami kemalangan. Jadi badan Lara tak cukup kuat untuk menjalani pemindahan hati,” beritahu Asrul.
            “Abang, ambillah hati Lara. Apa juga risikonya Lara terima. Tapi tolong selamatkan abang Faril,” desak Lara.
            “Lara, perkara ini bukan main-main. Risikonya bukan saja akan terjadi pada Lara tapi juga pada Faril,” jelas Asrul.
            Kali ini Lara terdiam.
            “Apa lagi yang patut Lara buat untuk selamatkan abang Faril,” perlahan Lara bersuara.
            Lara menekup wajahnya dengan kedua tangannya. Dia menangis.
            “Lara, sudahlah. Jangan menangis lagi,” ucap Iskandar yang tiba-tiba muncul dalam bilik Asrul.
            Lara menoleh memandang Iskandar. Matanya merah.
            “Is tak tahu apa yang Lara rasa. Abang Faril terkaku di atas katil dan Lara tak mampu buat apa-apa!” marah Lara kepada Iskandar.
            Iskandar tunduk.
            “Is ingat kalau duduk, menangis dan bersabar saja boleh selamatkan abang Faril yang semakin kritikal tu? Is buat apa? Hari-hari cuma datang untuk jenguk orang sakit. Itu saja!” marah Lara semakin membuak.
            Air mata Lara tidak dapat dibendung lagi. Hatinya hancur. Dia benar-benar berharap hatinya sesuai untuk didermakan kepada Faril. Namun, keputusan yang diterima daripada Asrul benar-benar mengecewakannya.
            “Lara sabar. Kita semua masih berusaha,” pujuk Asrul.
            “Lara tak boleh sabar lagi. Lara dah tak sanggup tengok abang Faril terlantar macam tu. Lara rindukan ketawa dia. Lara rindukan dia!” ucap Lara.
            Iskandar dan Asrul berpandangan.
            “Lara. Abang Faril akan selamat,” ucap Iskandar.
            Lara memandang Iskandar lama.
            “Is...tolong Lara. Lara nak abang Faril,” ucap Lara perlahan.
            “Is janji, akan carikan penderma secepat mungkin,” janji Iskandar.
            Lara mula tersenyum hambar memandang Iskandar.
            “Lara, ada baiknya Lara pergi temankan Faril. Sebentar lagi keluarga dia akan tiba. Biar abang dan Is selesaikan urusan penderma,” Asrul mengarahkan Lara.
            Lara mengangguk. Dia mula hendak melangkah keluar.
            “Kejap lagi Is datang sana,” sempat Iskandar berpesan sebelum Lara berlalu.
            Lara mengangguk.

BAB 33
            Lara termenung memandang luar tingkap. Baru sebentar tadi keluarga Faril dan keluarganya pulang. Wajah ibu Faril ternyata semakin cengkung. Lusa Fariz yang bekerja di luar negara akan pulang melawat abangnya.
            Sudah hampir sebulan Faril dalam keadaan koma. Matanya tidak langsung dibuka. Lara merindui renungan mata Faril kepadanya. Gurauan nakal Faril terbayang di matanya.
            “Kak Long!” tegur Faril di celah pagar antara rumahnya dan rumah Lara.
            Lara tersentak dari lamunan.
            “Kak Long berangan, ya,” usik Faril.
            “Eh! Tak adalah!” ucap Lara.
            “Kak Long rindu pakwe di kampung, ya?” tanyanya lagi terus mengusik.
            “Ish! Mana orang ada pakwe. Sekolah lagi,” jawab Lara.
            “Habis tu, kenapa Kak Long termenung?” tanya Faril.
            Lara menoleh memandang Faril.
            “Boleh tak jangan panggil Kak Long? Naim dengan Zaim saja yang panggil macam tu,” beritahu Lara.
            “Habis tu tak tahu nama. Panggil Kak Long sajalah,” jawab Faril.
            Lara tersenyum sendirian. Dia menoleh memandang Faril. Dia menghampiri Faril. Jemari Faril digenggamnya. Kenangan lalunya bersama Faril terus bermain dimindanya di saat dia memandang wajah Faril yang lena.
            “Ish! Apa ni? Macam mana nak kahwin macam ni? Perangai macam budak-budak!”
            Lara melepaskan wajah Faril.
            “Siapa yang nak kahwin?” tanya Lara lantas mencebikkan bibirnya.
            “Laralah!” jawab Faril.
            Lara diam tidak menjawab. Dia duduk kembali di kerusi yang terletak di hadapan Faril.
            “Abanglah kahwin dulu!” ujar Lara.
            “Abang pula yang kena?”
            “Yalah! Abangkan tua dari Lara.”
            Faril ketawa.
            “Abang tak ada makwe ke? Takkanlah dari di universiti sampai dah kerja ni tak sangkut dengan mana-mana perempuan?” tanya Lara.
            Faril ketawa.
            “Orang tanya dia ketawa pula.”
            “Macam mana abang tak ketawa. Lara tanya abang soalan macam tu.”
            “Yalah! Hairan juga Lara. Abang ni memilih perempuan macam mana yang cerewet sangat ni?”
            “Mana ada abang cerewet.”
            “Yalah tu. Macam ni abang kata bukan cerewet?”
            Faril ketawa lagi.
            “Bila orang cakap, dia ketawa. Itu sajalah kerja dia,” bebel Lara.
            Faril masih lagi ketawa. Kertas-kertas yang bertaburan di atas mejanya di susun rapi.
            “Abang sebenarnya nak cari perempuan macam mana? Cuba abang beritahu Lara. Manalah tahu Lara boleh tolong carikan.”
            Ketawa Faril semakin menjadi-jadi.
            “Dahlah bang! Malaslah cakap dengan abang lagi. Orang cakap dia ketawa!”
            Faril berhenti ketawa. Dia memandang Lara yang sedang menarik muka masam.
            “Abang cari yang macam muka Lara sekarang nilah! Yang kuat merajuk macam Lara. Yang garang macam Lara. Yang comel macam Lara. Ada?” pertanyaan Faril membuatkan degupan jantung Lara terasa terhenti seketika.
            Lara memandang Faril tidak berkelip. Faril bangun lantas memetik jari di hadapan wajah Lara. Mata Lara berkelip. Dia terkejut.
            “Ada tak? Kalau ada, bawa dia jumpa abang. Abang akan terus ajak dia kahwin masa tu jugak.”
            Lara sebak mengenangkan itu semua. Lara menangis teresak-esak.
            “Abang bangunlah. Lara rindu abang,” Lara bersuara.
            Suara Lara serak menahan tangis. Air matanya jatuh mengenai tangan Faril. Tiba-tiba Lara terasa jemari Faril bergerak.
            “Abang!” panggil Lara.
            Lara memegang jemari Faril. Dia terasa jarinya digenggam.
            “Abang...” Lara terus memanggil nama Faril.
            Perlahan mata Faril terbuka. Dia memandang Lara.
            “Abang...Syukurlah. Abang dah sedar,” ucap Lara sambil air matanya mengalir pantas.
            Lara menekan butang kecemasan yang terdapat di situ. Tidak lama kemudian Asrul dan seorang jururawat muncul. Di belakang Asrul ada Iskandar. Asrul memeriksa keadaan Faril. Faril kelihatan sangat lemah. Sempat dia menoleh memandang Iskandar yang berdiri di belakang Asrul.

BAB 34
            Penderma hati yang sesuai untuk Faril telah ditemui. Lara sangat bersyukur. Doanya selama ini akhirnya dimakbulkan Allah.
            “Abang. Jangan risau. Abang akan selamat,” ucap Lara.
            Keadaan Faril sangat kritikal. Dia sangat lemah. Pembedahan yang bakal dijalankan hanya memberi harapan sebanyak 50 peratus sahaja. Segalanya bergantung kepada penerimaan tubuhnya dengan hati yang baru.
            Faril tidak mampu bersuara. Apabila hendak berkata sesuatu, Lara terpaksa merapatkan telinganya ke mulut Faril. Selera makannya juga sudah semakin berkurangan. Wajah Faril benar-benar kelihatan pucat.
            “Abang...naakk jumpa Is,” ucap Faril suatu hari kepada Lara.
            Lara mengangguk laju.
            “Lara telefon Is sekarang,ya” kata Lara.
            Faril mengangguk lemah. Pantas Lara menekan butang telefon bimbitnya.
            “Is! Boleh datang hospital sekarang?” tanya Lara sebaik telefon Iskandar dijawab.
            “Ada apa Lara?” tanya Iskandar.
            “Abang Faril nak jumpa Is. Is di mana sekarang?” tanya Lara.
            “Emm...Is di pasar raya. Beli barang sikit,” Iskandar berbohong.
            “Ohh...okey! Boleh Is datang hospital sekarang?” tanya Lara.
            “Okey! Is sampai kejap lagi,” beritahu Iskandar.
            “Okey!”
            Talian dimatikan. Iskandar melepaskan nafas lega.
            “Siapa?” tanya Asrul.
            Iskandar sedikit terkejut.
            “Oh...Lara. Dia cakap abang Faril nak jumpa Is,” beritahu Iskandar.
            “Ooo..jadi, macam mana dengan...”
            “Boleh tak kita buat sekejap lagi? Is pergi jumpa abang Faril dan Lara dulu. Nanti Is datang sini semula,” tanya Iskandar.
            “Okey! Tapi nanti telefon abang dulu. Sebab abang nak ke wad sekejap lagi,” jawab Asrul.
            Iskandar mengangguk.
            “Okey! Jumpa nanti!”
            Asrul menepuk bahu Iskandar beberapa kali sebelum berlalu.
            “Apa hal agaknya abang Faril nak jumpa aku ni?” tanya Iskandar sendirian setelah Asrul berlalu.
            Iskandar mengeluh. Dia kemudian berjalan menuju ke wad di mana Faril ditempatkan.
            Faril memandang Iskandar sambil tersenyum sebaik terlihat kelibat Iskandar. Iskandar membalas senyuman Faril. Dia menghampiri Faril yang terbaring lesu. Lara seakan mengerti dapat merasakan Faril ingin berdua dengan Iskandar.
            “Emm...Lara pergi solat dulu ya. Is tolong tengok-tengokkan abang Faril,” pesan Lara sebelum berlalu.
            Iskandar mengekori langkah Lara dengan ekor matanya. Sebaik sahaja Lara hilang dari pandangan, dia memandang ke arah Faril. Faril kelihatan seperti ingin mengatakan sesuatu. Faril merapatkan telinganya ke bibir Faril.
            “Betulkah dah dapat penderma?” tanya Faril perlahan.
            “Betul bang?” jawab Iskandar.
            “Si...siapa?” tanya Faril lagi.
            Iskandar diam tidak menjawab. Dia duduk memandang wajah Faril lama. Faril seperti ingin berkata sesuatu. Iskandar dapat mengagak apa yang ingin diketahui Faril.
            “Abang Asrul cakap, penderma tak benarkan beritahu siapa,” jelas Faril.
            Faril memejamkan matanya. Sesekali kelihatan dia menelan liurnya. Amat sukar dia melalui keadaan ini. Wajahnya yang cengkung menenggelamkan ketampanannya. Iskandar amar bersimpati.
            Tiba-tiba Faril memegang dadanya. Tubuhnya sedikit terangkat. Dia bagaikan sesak nafas. Iskandar panik.
            “Abang Faril! Abang! Kenapa ni?” tanya Iskandar.
            Pantas jarinya menekan butang kecemasan.
            “Doktor!!!” jerit Iskandar.
            Tidak lama kemudian, doktor dan jururawat tiba. Diikuti Lara yang baru tiba. Lara turut cemas melihat keadaan Faril.
            “Abang! Abang!” Lara menjerit cemas.
            Lara berdiri di sisi jururawat yang sedang membantu doktor menenangkan Faril. Doktor dan jururawat memberikan bantuan kepada Faril yang kelihatan terseksa menahan kesakitan.
            Asrul muncul tidak lama selepas itu. Dia berkata sesuatu dengan doktor yang bertugas di situ. Lara menangis melihat keadaan Faril. Iskandar menarik tangan Asrul keluar dari bilik tersebut.
            “Abang, macam mana?” tanya Iskandar.
            “Faril semakin kritikal. Abang bimbang sel kansernya merebak. Dia perlu dibedah segera,” beritahu Asrul.
            “Kalau macam tu kita lakukan pembedahan itu sekarang,” ucap Iskandar.
            “Tapi...”
            “Abang dah pun buat pemeriksaan. Abang juga cakap tak ada masalah. Sekarang ni dah ada penderma, abang nak tunggu apa lagi?” tanya Iskandar.
            “Abang kena buat ujian sekali lagi untuk pastikan semuanya,okey!”
            “Abang Asrul! Nyawa abang Faril dalam bahaya, kita tak boleh tunggu lagi!” jerit Iskandar.
            Asrul tergamam apabila kolar bajunya dicekak Iskandar. Ketika itu Lara keluar daripada bilik bersama doktor dan jururawat.
            Mereka semua memandang Asrul dan Iskandar. Perlahan Iskandar melepaskan genggaman tangannya daripada kolar baju Asrul. Mereka semua memandang mereka berdua kehairanan.
            “Macam mana Faril?” tanya Asrul.
            “Keadaannya dah stabil. Tapi saya risau dia tak dapat bertahan lebih lama lagi,” ucap doktor yang baru saja merawat Faril.
            Asrul dan Iskandar saling berpandangan. Kemudian Asrul memandang Lara yang merah matanya.
            “Kita siapkan pembedahan untuk Faril esok. Kita dah ada penderma. Lara, tolong beritahu keluarga Faril,” ucap Asrul sebelum berlalu bersama doktor tersebut.
            Iskandar melepaskan keluhan yang panjang. Air matanya gugur. Dia memandang Lara.

BAB 35
            Pembedahan pemindahan hati Faril berlangsung. Lara bersama keluarga Faril dan keluarganya menanti dengan penuh kesabaran. Hati Lara tidak putus-putus berdoa agar pembedahan tersebut berjaya dengan jayanya.
            “Mana Iskandar?” tanya ayah Faril.
            Lara baru tersedar mengenai Iskandar. Dia tercari-cari kelbat Iskandar. Sejak semalam Iskandar tidak kelihatan di hospital. Lara mendail nombor Iskandar di telefon bimbitnya.
            “Tak angkat,” beritahu Lara.
            Setelah hampir lapan jam, pembedahan berlangsung Asrul akhirnya muncul di muka pintu bilik pembedahan. Pantas Lara mendapatkannya.
            “Alhamdulillah. Pembedahan berjaya. Perkembangan selanjutnya, kita tunggu Faril sedar, okey!”
            “Alhamdulillah...”ucap Lara bersyukur dalam hati.
            Faril telah dipindahkan ke wad. Setelah sedarkan diri, dia ditempatkan di wad biasa.
            “Abang macam mana sekarang? Makin sihat?” tanya Lara.
            Faril mengangguk.
            “Okeylah. Abang rasa semakin pulih dengan hati yang baru,” jawab Faril.
            “Tapi hati tu masih untuk Larakan?” tanya Lara manja.
            Faril ketawa.
            “Abang jawablah!”
            Faril mengangguk. Lara tersenyum. Dia mencium jemari Faril.
            “Lara rindu abang tak?”
            “Rindu sangat!”
            Faril tersenyum.
            “Abang?” tanya Lara pula.
            “Mestilah abang rindu. Abang ingatkan takkan dapat jumpa Lara lagi. Abang minta maaf susahkan Lara,” ucap Faril.
            Air mata Lara jatuh lagi.
            “Ish...kenapa nangis pula ni?” tanya Faril.
            Lara menggeleng.
            “Kenapa?” tanya Faril lagi.
            “Lain kali tolong jangan rahsiakan apa-apa daripada Lara,” pinta Lara.
            Faril tersenyum memandang Lara.
            “Abang minta maaf.”
            “Lara maafkan.”
            “Lara!”
            “Ya!”
            “Sejak abang dibedah, abang tak nampak pun bayang Iskandar. Mana dia?” tanya Faril.
            “Itulah bang. Lara pun tercari-cari mana Is. Di pejabat pun tak ada. Abang tau tak? Masa sebelum abang dibedah, dia sampai bergaduh dengan abang Asrul sebab tangguhkan pembedahan abang,” cerita Lara.
            “Ya?”
            Lara mengangguk. Faril mengeluh. Hatinya tertanya-tanya ke mana hilangnya Iskandar.


BAB 36
            Kesihatan Faril sudah semakin pulih. Namun, kehilangan Iskandar dan siapakah sebenarnya yang menjadi penderma kepadanya. Jauh disudut hatinya Faril seperti dapat mengagak kehilangan Iskandar mempunyai kaitan.
            “Asrul! Kau di mana?” tanya Faril.
            “Hospital. Kenapa? Kau sakitkah?” tanya Asrul.
            “Tak adalah. Aku sihat. Aku nak jumpa kau hari ni boleh tak?” tanya Faril.
            “Hari ni tak sempatlah. Aku sibuk sikit. Esok aku cuti,” jawab Asrul.
            “Okey! Kalau begitu kita jumpa esok,” kata Faril.
            Seperti yang dijanjikan Faril datang bertemu Asrul di hospital di mana dia  bertugas.
            “Ada hal apa kau nak jumpa aku ni? Macam penting saja,” tanya Asrul.
            “Hmm...agak penting juga,” jawab Faril.
            Asrul memandang Faril.
            “Apa agaknya yang penting sangat tu?” tanya Asrul lagi.
            Faril melepaskan keluhan.
            “Hai...panjang nampak mengeluh,” usik Asrul.
            Faril tersenyum memandang sahabatnya.
            “Macam berat saja masalah kau ni. Cuba kau cerita sikit pada aku,” kata Asrul.
            “Kau tau Asrul. Aku rasa seperti mati hidup semula. Ketika kau beritahu aku tentang penyakit aku, aku rasa penamat hidup aku dah sampai. Tapi kerana seseorang yang budiman mendermakan sebahagian hatinya kepada aku, aku dapat hidup normal semula,” panjang lebar luahan Faril.
            Asrul masih kusyuk mendengar setiap bicara sahabatnya itu.
            “Aku tahu kau merahsiakan sesuatu daripada aku,” ucap Faril lagi.
            “Rahsia apa?” tanya Asrul kehairanan.
            “Tentang Iskandar,” jawab Faril.
            Asrul diam.
            “Aku yakin kau tahu tentang kehilangan Is,” kata Faril.
            “Faril...aku...” Asrul tidak meneruskan kata-katanya.
            Faril memandang Asrul lama.
            “Mana Is pergi?” tanya Faril.
            Asrul tunduk. Serba salah perasaannya.
            “Is yang dermakan hatinya pada akukan?” tanya Faril.
            Asrul memandang Faril.
            “Jawab Asrul. Betul tak?” tanya Faril lagi.
            “Macam mana kau tahu?” tanya Asrul.
            “Sebahagian hati Is dah jadi hati aku sekarang. Kau fikir aku tak dapat rasakannya? Lebih-lebih lagi Iskandar hilang sebaik sahaja aku selamat dibedah,” jelas Faril.
            “Maafkan aku Faril. Iskandar yang minta aku rahsiakan perkara ini,” kata Asrul.
            “Lara tahu?” tanya Faril.
            Asrul menggeleng.
            “Di mana Is sekarang?” tanya Faril.
            Asrul memandang Faril.

BAB 37
            Lara termenung sendirian di pejabatnya. Saat ini dia teringatkan Faril. Lara terkenang saat dia pertama kali dapat membongkar perasaan Faril kepadanya.
            ‘Macam manalah aku boleh tak perasan’ Lara bermonolog di dalam hati.
            Lara tersenyum sendiri tatkala teringat peristiwa di Mc Donalds.
            “Terima kasih abang,” ucap Lara.
            “Terima kasih? Untuk apa?” tanya Faril.
            “Sebab belanja Lara,” ucap Lara.
            Lara menghulurkan dompet Faril sambil membukanya. Terpampang gambar mereka berdua. Faril menepuk dahi. Macam mana dia boleh lupa tentang gambar itu tadi.
            “Lara dah jumpa gadis yang abang cari ni!” ucap Lara berseloroh.
            Faril ketawa. Dia memegang tangan Lara.
            Would you marry me?” Faril melamar Lara.
            Lara tersenyum lantas mengangguk.
            “Mana cincinnya?” tanya Lara.
            “Ish...mana abang tahu Lara boleh bocorkan rahsia abang di sini,” kata Faril.
            Lara ketawa sendirian. Faril kini merupakan lelaki yang bertakhta di hatinya. Lara tidak sedar dirinya telah lama diperhatikan seseorang yang menyelinap masuk ke dalam bilik pejabatnya di luar kesedarannya.
            “Ehem!”
            Lara menoleh. Terlihat Faril yang sedang tersengih memandangnya.
            “Eh! Abang! Bila abang masuk? Lara tak perasan pun,” tanya Lara.
            “Jauh sangat termenung. Mana nak perasan abang masuk,” jawab Faril.
            Lara ketawa.
            “Apa yang Lara fikirkan tadi?” tanya Faril.
            Lara tersenyum.
            “Ish...orang tanya dia senyum pula,” kata Faril.
            “Tak ada apa. Teringat kisah lama saja,” kata Lara.
            “Teringat kisah lama atau kekasih lama?” tanya Faril.
            “Ish abang ni....” Lara merengek manja.
            Faril ketawa.
            “Jom kita pergi makan,” ajak Faril.
            “Makan?”
            Lara memandang jam tangannya.
            “Ya Allah...dah pukul satu rupanya. Lara tak perasanlah bang,” ucap Lara memandang Faril.
            “Hmm...itulah abang cakap. Lara ni berangan saja. Berangan nak kahwinkah?” usik Faril.
            “Abang ni! Tak habis-habis mengusik Lara,” kata Lara sambil mencebikkan bibirnya.
            Faril ketawa.
            “Jomlah! Lara pun dah lapar ni,” ajak Lara.
            “Lara nak makan apa?’ tanya Faril.
            “Hmm...ikut abanglah,” jawab Lara manja.
            “Kita pergi Kampung Baru nak?” ajak Faril.
            “Tak jamkah?” tanya Lara.
            “Kita naik lrt nak?” ajak Faril.
            Lara mengangguk laju.
            “Nak! Dah lama tak naik lrt,” kata Lara.
            “Jomlah kita pergi sekarang!” ajak Faril.
            “Jom!”
            Lara mencapai beg tangannya yang terletak di atas meja. Mereka kemudian keluar beriringan daripada pejabat menuju ke stesen lrt yang berhampiran.
            Keadaan agak sesak pada waktu tengahari. Maklumlah waktu makan tengah hari. Pelbagai gelagat manusia dapat dilihat di dalam kenderaan awam seperti lrt. Ada yang lucu dan ada yang menjengkelkan. Sesekali Lara akan memandang Faril lantas ketawa melihat gelagat orang-orang di sekeliling mereka.
            “Mana agaknya Is sekarangkan bang?” tanya Lara.
            Faril diam. Dia sendiri masih tertanya-tanya di mana Iskandar. Sejak mengetahui Iskandar yang telah menyelamatkan nyawanya dia benar-benar ingin berjumpa pemuda itu.
            “Abang menungkan apa tu?” tanya Lara.
            “Hah?” Faril tersentak.
            “Berangan apa ni?” tanya Lara lagi.
            “Tak ada apa-apa.”
            “Betulkah tak ada apa-apa? Jauh benar menungnya sampai Lara tanya pun tak jawab.”
            “Oh! Maafkan abang. Lara tanya apa tadi?” tanya Faril.
            “Hmm...eh! kita dah sampai pun. Jom!” ajak Lara.
            Mereka tiba di stesen lrt Kampung Baru. Lara dan Faril singgah di sebuah kedai makan yang menghidangkan pelbagai pilihan lauk-pauk yang menyelerakan. Setelah mengambil makanan dan membuat pesanan minuman, Lara dan faril mencari tempat duduk. Mereka berdua menikmati hidangan masing-masing dengan penuh berselera.
            “Kalau hari-hari dapat makan macam ni, cepatlah Lara gemuk,” kata Lara.
            “Hmm...kalau Lara dah gemuk kenalah abang cari orang lain,” usik Faril.
            “Haa...kalau Lara dah gemuk beranilah abang cari orang lain. Lara gusti abang, tau tak?’ kata Lara pula.
            Mereka berdua ketawa.
            “Lara sudahkah?” tanya Faril.
            Lara mengangguk.
            “Jomlah kita,” ajak Faril.
            Semasa mereka hendak beredar, tiba-tiba Lara terpandang sesusuk tubuh yang amat dikenalinya. Lama dia mengamati jejaka yang sedang membuat bayaran di kaunter gerai di seberang jalan. Lara yakin orang yang dilihatnya itu ialah Iskandar.
            “Abang, itu Iskandarkan?” tanya Lara.
            “Mana?” tanya Faril.
            Faril memandang ke arah yang ditunjukkan Lara.
            “Sana. Lelaki yang sedang keluar dari kedai tu,” tunjuk Lara.
            Faril memerhatikan wajah lelaki yang dimaksudkan Lara itu. Dia juga pasti itu adalah Iskandar.
            “Jom!” ajak Faril.
            Faril ingin segera mendapatkan Iskandar. Pantas langkah Faril menuju ke arah Iskandar yang sedang membuka pintu kereta.
            “Is!” panggil Faril.
            Iskandar menoleh. Terkejut dia sebaik sahaja terpandang Lara dan Faril sedang menghampirinya. Iskandar segera masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin keretanya.
            “Harap-harap mereka anggap aku tak perasan,” kata Iskandar sendirian.     
            Iskandar pantas mengeluarkan keretanya dari kawasan pakir. Dia kemudian memandu keretanya segera dari tempat itu.
            Faril dan Lara kecewa sebaik sahaja kereta Iskandar berlalu dari situ. Tercungap-cungap mereka berdua menahan nafas.
            “Lara okey?” tanya Faril apabila melihat Lara memegang perutnya.
            Lara mengangguk. Sebenarnya dia terasa seperti hendak muntah kerana berlari selepas makan.
            “Kenapa Is lari dari kita?” tanya Lara sebaik nafasnya stabil.
            Faril menggeleng kepala.
            Sementara itu, Iskandar memandang cermin pandang belakang keretanya. Dia melepaskan nafas lega sebaik sahaja terlepas daripada Lara dan Faril.
            “Fuh! Nasib baik terlepas.”

BAB 38
            “Kau kata dia ke luar negara. Aku nampak dia di Kampung Baru semalam,” kata Faril ketika bertemu Asrul di rumahnya hari itu.
            “Kampung Baru? Aku cakap betul. Selepas pembedahan, aku yang hantar dia dan keluarganya ke KLIA,” jawab Asrul.
            “Maksud kau? Dia pergi sebaik sahaja lepas pembedahan?” tanya Faril lagi.
            “Ya!”
            “Habis tu siapa yang aku nampak semalam?” tanya Faril.
            “Mungkin pelanduk dua serupa,” kata Asrul.
            “Tak mungkin pelanduk akan sama sekali dengan keretanya,” jelas Faril.
            “Ya tak ya juga. Mungkin dia dah balik ke sini. Sudah berapa lama selepas pembedahan tukan?”
            “Aku kena cari dia.”
            “Iskandar tak mahu ganggu hubungan kau dan Lara.”
            “Dia tak pernah menganggu.”
            Faril dan Asrul saling memandang antara satu sama lain.
            “Aku tau semua pengorbanan yang dilakukannya adalah kerana Lara. Dia sangat sayangkan Lara.”
            “Dia nak Lara bahagia. Dia nak kau yang bahagiakan Lara,’ jelas Asrul.
            Faril memandang Asrul.
            “Dia beritahu kau begitu?” tanya Faril.
            Asrul mengangguk.
            “Sekurang-kurangnya beri aku kesempatan untuk ucap terima kasih,” ujar Faril.
            “Kau tak cuba hubungi dia melalui telefon?” tanya Asrul.
            “Kau fikir dia akan pakai nombor yang lamakah?” tanya Faril semula.
            Asrul diam.
            “Walau macam manapun aku tetap kena cari dia. Dia dah selamatkan nyawa aku. Aku berhutang nyawa dengan dia,” ucap Faril perlahan.
            “Faril kau tunggu kejap. Aku ada sesuatu untuk kau,” Asrul berkata sebelum masuk ke dalam rumahnya.
            Faril memandang Asrul yang melangkah masuk ke dalam rumahnya. Tidak lama kemudian Asrul muncul membawa sepucuk surat. Surat itu dihulurkan kepada Faril.
            “Apa ni?” tanya Faril..
            Faril menyambut sampul surat tersebut. Isi di dalamnya dikeluarkan lantas dibaca.
            Assalamualaikum,
            Kehadapan abang Faril. Semoga abang semakin sihat hendaknya. Terlebih dahulu, Is nak minta maaf dengan abang. Selama ini Is rasa seperti Is telah mengkhianati abang kerana menyimpan perasaan dengan Lara dalam diam. Memang Is tak ada niat langsung untuk merampas Lara daripada abang.
            Is anggap abang seperti abang Is sendiri. Seperti yang abang pernah cakap. Cinta tak semestinya memiliki. Abang pernah merasa bagaimana hampir kehilangan Lara di tangan orang lain.Tapi Is yakin jodoh abang memang dengan Lara. Is nak tengok abang dan Lara gembira. Tentang Is abang tak perlu risau. Walau Is jauh daripada abang dan Lara, doa Is sentiasa mengiringi kebahagian kalian.
            Is harap abang akan jaga hati Is baik-baik. Jangan sakiti sebahagian hati Is yang kini berada dalam diri abang. Is ikhlas demi sayang Is kepada abang dan Lara. Semoga selepas ini abang dan Lara akan bahagia menjalani kehidupan berumah tangga bersama Lara.
Ikhlas,
Iskandar.
            “Aku sepatutnya beri pada kau surat tu selepas kau kahwin dengan Lara. Itu yang Iskandar minta. Tapi aku tak sanggup dah nak simpan surat tu lama-lama,” ujar Asrul.
            Faril diam. Surat tersebut dilipat kembali. Dia teringat perasaannya yang terpaksa reda ketika Lara memilih Syazwan dan bukannya dia suatu ketika dahulu. Tapi benarlah kalau sudah jodoh memang tidak akan ke mana. Beberapa kali dia hampir kehilangan Lara. Tapi Allah masih memberinya peluang.
            “Asrul, kau boleh tolong aku tak?” tanya Faril.
            “Apa dia?” tanya Asrul semula.
            “Dapatkan maklumat tentang Iskandar. Aku nak jumpa dia,” jawab Faril.
            “Mana aku nak cari dia?” tanya Asrul semula.
            “Tolonglah aku Asrul,” rayu Faril.
            “Yalah! Aku cuba apa yang boleh,” Asrul akhirnya mengalah.
            “Terima kasih, Asrul,” ucap Faril gembira.

BAB 39
            Sepanjang hari Lara sibuk dengan persiapan perkahwinannya dengan Faril. Tubuhnya mula terasa letih.
            “Penatnya...” ucap Lara lantas menghempaskan tubuhnya di atas sofa.
            “Hmm...nak jadi raja sehari memanglah banyak kerja nak kena buat,” kata ibunya.
            Lara tertawa.
            “Faril dah cuba baju nikah?” tanya Mak Udanya yang tiba-tiba muncul.
            “Belum lagi,” jawab Lara.
            “Dah berapa haribulan ni. Kamu berdua ni macam tak kisah saja!” bebel Mak Uda.
            Lara dan ibunya ketawa.
            “Relaklah Mak Uda. Lambat lagilah,” kata Lara.
            “Lambat? Sebulan saja lagi tau!”
            Lara tersenyum memandang Mak Udanya. Dia kemudian memejamkan matanya. Cuaca panas di luar tadi membuatkan kepalanya mula berdenyut. Air mineral dari beg tangannya beserta panadol actifast dikeluarkan. Dia dua biji panadol actifast yang sentiasa berada dalam beg tangannya. Lara memejamkan mata.
            “Lara! Kenapa dengan hidung kamu tu?” tanya Mak Uda.
            Lara tersentak sebentar. Baru saja dia ingin lena sebentar. Jarinya pantas meraba hidungnya.
            “Hmm...berdarah lagilah Mak Uda. Panas sangat di luar tadi,” jawab Lara.
            Mak Uda menghulurkan tisu kepada Lara.
            “Lara tak pergi jumpa doktor periksakah?” tanya ibunya pula.
            “Dah! Doktor kata itu perkara biasa kalau cuaca panas,” jawab Lara sambil mengelap sisa darah di hidungnya.
            “Pergi naik atas mandi. Basahkan kepala tu bagi sejuk sikit,” suruh ibunya.
            “Okey!”
            Lara naik ke atas biliknya. Darah di hidungnya kali ini lebih banyak daripada biasa pula. Dia terus mencapai tuala dan masuk ke bilik mandi. Segar rasa tubuhnya setelah dibasahi air.
            Lara menyarungkan pakaian ke tubuhnya. Darah dari hidungnya telah berhenti. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Lara mencapainya.
            “Hello, Assalamualaikum,”
            “Waalaikumsalam. Hmm...lamanya mandi,” kedengaran suara Faril di hujung talian.
            Lara ketawa.
            “Panas sangatlah bang. Hidung Lara sampai berdarah tadi,” beritahu Lara.
            “Ya? Lara okey tak?” tanya Faril.
            “Okey! Eh! Mana abang tau Lara tengah mandi ni? Abang ngintai, ya?” usik Lara.
            Faril ketawa.
            “Abang ada di bawah ni. Dah lama tunggu Lara,” beritahu Faril.
            “Apa? Kenapa tak beritahu nak datang? Abang tunggu kejap! Nanti Lara turun,” kata Lara.
            Lara turun ke bawah setelah lengkap berpakaian. Dia terkejut ketika tiba di bawah. Terlihat Iskandar ada bersama Faril.
            “Is?”
            Iskandar tersenyum.
            “Ya Allah...mana abang jumpa Is ni?” tanya Lara.
            Wajah Lara terpancar kegembiraan.
            “Is ada. Tak ke mana-mana pun,” ucap Iskandar.
            “Is tau tak. Abang Faril dan Lara separuh mati cari Is,” kata Lara.
            Iskandar mengangguk.
            “Jangan lari lagi!” marah Lara.
            “Okey!”
            “Sebab hati Is, kami berdua yang kena jaga,” kata Lara lagi.
            “Is tau. Is kembali pun sebab Is nak teman hati Is bersanding dengan orang yang Is sayang ni,” seloroh Iskandar.
            Faril dan Lara saling berpandangan. Mereka bertiga kemudian ketawa. Semoga kehidupan akan semakin terang secerah langit.
TAMAT