BAB
8
Lara duduk berhadapan dengan ibu dan
ayahnya. Kedua-dua adiknya sudah tidur. Hanya Lara bersama ibu dan ayahnya
masih di ruang tamu.
“Lara dah fikir masak-masakkah?”
tanya ibunya.
“Lara dah fikir lama perkara ni,”
jawab Lara.
“Lara tak kesiankan Tok Ayah dan
nenek?” tanya ayahnya.
Lara tunduk.
‘Kalaulah ibu dan ayah tahu betapa
seksanya Lara di sana,’ hatinya bermonolog.
“Lara!” panggil ibunya.
Lara mengangkat wajahnya memandang
ibunya.
“Lara nak duduk sini. Lara nak duduk
dengan ibu, ayah dan adik-adik,” ucap Lara.
Ibu dan ayah Lara saling
berpandangan. Lara memandang wajah kedua-dua ibu ayahnya dengan penuh harapan.
Bukan niatnya hendak membelakangkan datuk dan neneknya. Tetapi dia ingin rasa
kebebasan hidup bersama keluarga sendiri. Tidak terkongkong. Tidak sentiasa
berada dalam ketakutan. Usianya semakin meningkat remaja. Pelajaran yang bakal
dihadapinya akan lebih mencabar. Bagaimana dia hendak menumpukan perhatian
sekiranya fikirannya terganggu dengan sikap Mak Udanya. Semua itu hanya mampu
diluahkan di dalam hati. Tidak mampu untuk dia luahkan kepada ibu dan ayahnya.
Bimbang jika dikatakan dia sengaja mereka-reka cerita. Sedangkan semua maklum
Mak Uda adalah seorang pelakon terhebat. Jika boleh dicalonkan, dia sepatutnya
layak merangkul anugerah pelakon terbaik.
Malam itu, ibu dan ayah Lara
berbincang sesama mereka di dalam bilik tentang permintaan Lara untuk
bersekolah di Kuala Lumpur. Bukan mereka tidak mahu menjaga anak mereka
sendiri. Tetapi mereka sendiri berasa serba salah terutamanya ayah Lara. Serba
salah dengan ibu dan ayahnya. Mereka yang ingin menjaga Lara sejak Lara masih
kecil lagi. Bimbang kiranya mereka berkecil hati jika Lara kembali bersekolah
bersama mereka di Kuala Lumpur.
“Bagaimana, bang?” tanya ibu Lara.
“Entahlah! Abang pun serba salah
dibuatnya,” jawab ayah Lara.
“Kadang-kadang kesian saya tengok
Lara tu bang. Dia fikir kita tak sayangkan dia. Sebab itu sejak kecil kita
hantar dia ke rumah ayah,” kata ibunya.
“Ish...kenapa pula dia fikir sampai
ke situ?” tanya ayahnya.
“Yalah, cuba abang fikir. Sejak
sekolah Tadika lagi dia dah duduk rumah mak dengan ayah. Sesekali saja dapat
merasa kasih sayang kita. Kalau saya pun terasa tersisih, bang,” kata ibunya.
Ayah Lara mengeluh.
“Kita izinkan sajalah Lara
bersekolah di sini, bang,” ucap ibu Lara.
“Abang serba salahlah,” ucap ayahnya
pula.
“Abang tau tak, Lara menangis masa
hari kita sampai kampung tu,” cerita ibunya.
“Menangis kenapa pula?” tanya
ayahnya.
“Yalah, dia dah bersemangat nak
balik. Tiba-tiba kita tidur sana satu malam. Dia sedihlah,” jawab ibunya.
“Habis tu, takkanlah kita nak balik
terus. Nanti apa pula kata mak dengan ayah,” kata ayahnya pula.
“Habis tu, macam mana? Kita nak
izinkan tak dia bersekolah di sini?” tanya ibunya inginkan kepastian.
“Nantilah saya fikirkan,” balas
ayahnya.
BAB
9
Lara duduk sendirian di buaian besi
di hadapan rumahnya. Dia sedang melayan perasaannya. Fikirannya ligat berfikir
sama ada ayah dan ibunya akan membenarkan dia bersekolah di Kuala Lumpur.
“Kak Long!” tegur Faril di celah
pagar antara rumahnya dan rumah Lara.
Lara tersentak dari lamunan.
“Kak Long berangan, ya,” usik Faril.
“Eh! Tak adalah!” ucap Lara.
“Kak Long rindu pakwe di kampung,
ya?” tanyanya lagi terus mengusik.
“Ish! Mana orang ada pakwe. Sekolah
lagi,” jawab Lara.
“Habis tu, kenapa Kak Long
termenung?” tanya Faril.
Lara menoleh memandang Faril.
“Boleh tak jangan panggil Kak Long?
Naim dengan Zaim saja yang panggil macam tu,” beritahu Lara.
“Habis tu tak tahu nama. Panggil Kak
Long sajalah,” jawab Faril.
“Panggil Lara saja,” Lara
memberitahu namanya kepada Faril.
“Oh! Lara...sedapnya nama,” puji
Faril.
Faril berlalu dari pagar yang
menghalang mereka. Dia keluar dari pagar rumahnya dan menuju ke rumah Lara.
Faril mengetuk pagar rumah Lara. Lara memandang Faril sambil bercekak pinggang.
“Bukalah pintu ni Lara! Abang nak
berbual dengan Lara. Penatlah berdiri di pagar,” ujar Faril.
Lara menuju ke pagar rumahnya dan
membuka pintu pagar untuk Faril.
“Fakri mana?” tanya Lara.
“Budak tu kalau petang-petang macam
ni apa lagi. Tidurlah!” jawab Faril.
Lara duduk kembali dibuaian. Faril
kemudian duduk di bangku buaian bertentangan dengan Lara.
“Kenapa muram saja ni? Risaukan result UPSRkah?” tanya Faril.
Lara menggelengkan kepala.
“Habis tu?”
“Tak ada apalah,” jawab Lara cuba
berselindung.
“Hmm...kalau ada masalah, cuba
kongsi dengan abang. Mana tau abang boleh tolong Lara,” ucap Faril.
Lara mengeluh.
“Tengok tu. Mengeluh pula dia,” ujar
Faril.
“Bukan mengeluhlah!”
“Habis tu, kalau bukan mengeluh
apa?”
“Ish...abang ni. Abang tak tahu
apa-apa. Abang takkan faham.”
“Kalau tak cerita macam mana abang
nak faham.”
Lara mengeluh lagi.
“Tak baik asyik mengeluh tau!”
Lara memandang wajah Faril lama.
“Laa...tenung muka abang lama-lama
kenapa?” tanya Faril.
Lara hanya menggeleng.
“Lara...cubalah cerita dengan abang.
Tak elok simpan masalah sendirian lama-lama. Nanti hati tu boleh jadi busuk
tau!”
“Ada-ada sajalah abang ni.”
“Hmm..Lara tak payah tipulah. Tengok
muka Lara pun abang dah tahu Lara memang ada masalahkan?”
Lara mengangguk.
“Kalau macam tu. Kongsi dengan abang
masalah Lara. Kalau abang tak mampu tolong pun, sekurang-kurangnya boleh
ringankan sikit beban di kepala Lara tu.”
Lara menceritakan kepada Faril
tentang masalahnya. Masalahnya dengan Mak Udanya di kampung dan kehendak
dirinya bersekolah di Kuala Lumpur dan tinggal bersama ibu dan ayahnya.
“Hmm...berat juga masalah Lara ni.
Lara tak pernah cerita tentang Mak Uda Lara kepada ibu dan ayah?” tanya Faril
setelah Lara selesai bercerita.
Lara menggelengkan kepala.
“Kenapa Lara tak beritahu saja?
Abang yakin, kalau Lara beritahu tentu ayah Lara akan benarkan Lara bersekolah
di sini,” ujar Faril.
“Abang yakin mereka akan percaya?
Mak Uda tu pandai berpura-pura, depan Tok Ayah, nenek, ibu dan ayah memang dia
akan berlagak baik sangat,” beritahu Lara.
Faril terdiam seketika.
“Hmm...kalau begitu susah juga,ya.
Nantilah abang fikirkan idea. Kalau dah dapat nanti abang beritahu Lara,ya.”
“Okey! Tapi abang janji jangan
beritahu sesiapa apa yang Lara ceritakan kepada abang tadi,” Lara mengingatkan.
“Okey!” Faril berjanji.
“Betul ni?” tanya Lara.
Faril mengangguk.
“Okey!” ucap Lara.
Faril tersenyum memandang Lara.
BAB
10
Lara terdiam mendengar keputusan
yang telah dibuat oleh ayahnya. Tiada apa yang mampu dilakukannya lagi. Ayahnya
memang ingin dia tinggal bersama datuk dan neneknya di kampung kerana itu
adalah permintaan mereka sendiri.
“Ayah minta maaf. Bukan ayah tak
suka Lara tinggal di sini. Tapi itu permintaan Tok Ayah dan nenek. Mereka
sayangkan Lara,” ujar ayahnya.
Lara masih lagi diam. Terkaku di
atas sofa di hadapan kedua-dua orang tuanya. Terpendam perasaan kecewa di dalam
hatinya walau hakikatnya dia sendiri sudah mengagak akan keputusan itu.
“Lara...” panggil ibunya.
Lara memandang ibunya sayu.
“Bila kami hantar Lara tinggal di
kampung bersama Tok Ayah dan nenek, itu bukan bermakna kami tak sayangkan Lara.
Tapi nenek memang berhajat nak besarkan Lara sejak Lara belum lahir lagi. Kalau
boleh, memang ibu dan ayah nak Lara bersama kami,” jelas ibunya.
“Tak apalah ibu, ayah, Lara faham,”
jawab Lara lantas bangun dan menuju ke biliknya.
Di dalam bilik Lara menangis. Sedih
benar dia dengan keputusan keluarganya. Lara tidak mengerti mengapa ibu dan
ayahnya tidak dapat menyelami hati dan perasaannya. Merasai apa yang dirasainya
kini.
Cuti sekolah bakal berakhir tidak
lama lagi. Minggu depan keputusan UPSR akan diumumkan. Dia akan kembali semula
ke rumah datuknya. Bermakna kehidupan gelapnya akan muncul semula. Kehidupan
bersama Mak Uda. Lara menangis semahu-mahunya malam itu.
Keesokkan harinya mata Lara bengkak
kerana semalaman dia menangis. Pagi itu tekaknya terasa kelat hendak menjamah
sarapan yang disediakan ibunya. Ayah dan ibunya saling berpandangan. Mereka tahu
Lara menangis semalam.
“Lara...kenapa tak makan?” tanya
ibunya.
Lara yang sedang termenung mengadap
pinggan di hadapannya tersentak. Dia menoleh memandang ibunya.
“Lara...” panggil ayahnya.
Lara bangun dari duduknya dan menuju
ke luar rumah. Dia menuju ke buaian yang terletak di hadapan rumah. Buaian
bulat itu dihayunkan. Lara membiarkan tubuhnya dihayun buaian tersebut. Dia
termenung. Pandangan matanya jauh entah ke mana. Air matanya bergenang lantas
jatuh.
Tanpa Lara sedari ibu dan ayahnya
memerhatinya. Ibu dan ayahnya saling berpandangan. Risau dengan keadaan Lara.
“Abang tengoklah Lara tu,” ujar
ibunya.
“Entahlah. Tak tahu nak cakap lagi.
Abang sangka dia seronok duduk dengan Tok Ayahnya,” kata ayahnya pula.
“Abang tak rasakah seperti Lara ada
masalah di sana?” tanya ibunya.
“Takkanlah Lara ada masalah pula.
Semua orang di kampung sayangkan dia. Manjakan dia,” jawab ayahnya.
“Entahlah, bang. Tapi saya rasa Lara
ada masalah,” kata ibunya pula.
“Hmm...nanti awak cuba-cubalah tanya
pada dia apa masalahnya,” suruh ayahnya.
“Baiklah, bang. Nanti bila ada masa
sesuai saya tanya kepada Lara,” sambut ibunya.
Lara masih termenung di buaian.
BAB
11
Keputusan UPSR yang cemerlang
menggembirakan hati Lara. Ternyata telahan ibu saudaranya tersasar jauh. Dia
berjaya mendapat 5A. Lara berharap agar dia dapat melanjutkan pelajarannya di
Sekolah Berasrama Penuh. Itu akan memberi kepadanya peluang untuk keluar
daripada rumah datuknya. Dia akan tinggal jauh daripada Mak Udanya. Bagi Lara
itu adalah alasan terbaik untuknya keluar dari situ.
“Tahniah Lara!” ucap Naemah.
Lara tersentak sebaik sahaja bahunya
ditepuk Naemah.
“Eh! Naemah. Tahniah untuk kau
juga,” ucap Lara pula.
Naemah mengangguk. Dia tersenyum
memandang sahabat baiknya itu.
“Jom kita duduk di kantin,” ajak
Lara.
“Marilah,” ajak Naemah pula.
Mereka berdua duduk di bangku yang
terdapat di kantin sekola. Kelihatan beberapa orang pelajar sekolah mereka yang
baharu sahaja mengambil keputusan peperiksaan mereka. Ada yang datang bersama
kawan-kawan, ada juga yang datang bersama ibu bapa masing-masing.
“Apa perancangan kau selepas ini?”
tanya Naemah.
“Hmm...aku nak mohon memasuki
Sekolah Berasrama Penuh,” jawab Lara.
“Hmm...satu idea yang bagus. Tapi
keluarga aku tak mampu nak hantar aku sekolah jauh-jauh,” kata Naemah pula.
“Bukankah kau boleh mohon untuk
mendapatkan biasiswa. Keputusan UPSR kau cemerlang. Aku yakin tentu kau akan
dapat biasiswa,” ujar Lara pula.
“Memanglah. Tapi bukan aku seorang
sahaja yang mendapat keputusan cemerlang. Ramai lagi pelajar lain yang hidup
susah seperti aku,” kata Naemah.
“Kau ni, belum cuba sudah nak
mengaku kalah,” kata Lara kepada sahabatnya.
“Aku bukan mengaku kalah. Tapi
memang apa yang aku cakapkan itu betulkan? Aku sebenarnya tak kisah kalau
bersekolah di mana-mana pun. Apa yang penting, aku dapat belajar dan
mendapatkan keputusan yang cemerlang,” kata Naemah.
“Memanglah bersekolah di mana-mana
pun sama. Tapi, peluang untuk ke sekolah berasrama penuh tak semua orang
dapat,” Lara menerangkan kepada Naemah.
Naemah sekadar tersenyum memandang
sahabatnya.
“Aku harap kau berjaya masuk ke
sekolah berasrama penuh,” ucap Naemah.
“Aku sebenarnya nak keluar dari
rumah datuk aku. Aku tak nak terus tinggal bersama Mak Uda aku. Aku dah minta
mak ayah aku untuk bersekolah di Kuala Lumpur. Tapi mereka tak sampai hati nak
lukakan hati datuk dan nenek aku. Jadi, aku rasa alasan untuk bersekolah asrama
akan dapat meyakinkan mereka untuk melepaskan aku,” ujar Lara.
“Lara, kalau aku tanya kau satu
perkara kau marah tak?” tanya Naemah.
“Kau tak tanya lagi macam mana aku
nak marah,” jawab Lara.
Naemah senyum.
“Tanyalah apa yang kau nak tanya,”
kata Lara lagi.
“Kau janji dulu dengan aku yang kau
tak akan marah,” ucap Naemah.
Lara ketawa.
“Kau ni kenapa? Apa sajalah yang kau
nak tanya sampai nak aku berjanji ni?” tanya Lara.
“Kau janjilah dengan aku dulu,” kata
Naemah.
“Yalah! Aku janji aku tak akan
marah. Tanyalah!” ucap Lara.
Naemah tersenyum memandang rakannya
itu.
“Aku sebenarnya dah lama nak tanya
dengan kau tentang perkara ni,” kata Naemah lagi.
“Hmm...apa dia? Kau ni buat aku
suspen tau,” kata Lara tidak sabar menunggu apa yang hendak ditanyakan Naemah.
“Aku sebenarnya nak tahu, kau ada
tak rasa dendam dengan Mak Uda kau?” tanya Naemah.
Lara diam tidak menjawab.
Pandangannya di halakan jauh dari kantin.
“Lara...aku minta maaf kalau
pertanyaan aku buat kau tersinggung,” ucap Naemah.
Lara masih diam.
“Lara...aku...”
“Ikutkan hati memang aku berdendam.
Tapi seburuk manapun Mak Uda aku tu melayan aku, dia tetap ibu saudara aku,”
Lara bersuara tiba-tiba.
Naemah memandang wajah Lara lama.
Air muka Lara menggambarkan kesedihan. Mungkin dia lihat Lara bertuah kerana
hidupnya tidak semiskin dirinya. Tapi jauh di sudut hatinya dia tau Lara miskin
dengan kasih sayang. Lara sepi.
Sepi seorang gadis sunti yang sedang meningkat remaja.
Hidup tanpa kasih sayang sepenuhnya daripada ibu dan ayah. Hanya kasih daripada
datuk dan neneknya. Hidup Lara yang sering terasa tersisih oleh ibu saudaranya
sendiri.
“Aku nak keluar dari rumah datuk aku,”
kata Lara.
“Kau sabarlah, ya,” ucap Naemah.
Lara tersenyum tawar memandang
Naemah.
BAB
12
“Semua orang tak adil dengan Lara!
Apa salah Lara?” tanya Lara kepada ibu dan ayahnya.
“Lara...” panggil ibunya.
“Lara nak mati! Semua orang tak suka
Lara!” jerit Lara.
“Lara! Apa cakap macam tu?” tanya
ayahnya pula.
“Lara cuma nak masuk sekolah
berasrama. Lara nak berdikari. Kenapa mesti Lara duduk di rumah Tok Ayah lagi?”
tanya Lara.
“Lara...sekolah di mana-mana pun
sama saja. Lara tetap boleh dapat keputusan cemerlang. Ayah yakin Lara seorang
pelajar yang bijak,” pujuk ayahnya.
Lara memandang ayahnya.
“Kenapa Lara benci sangat dengan Tok
Ayah ni?” tanya ibunya.
“Lara bukan benci Tok Ayah. Lara tak
suka...” Lara tidak menghabiskan kata-katanya.
“Apa yang Lara tak suka?” tanya
ayahnya.
Lara tidak menjawab. Wajah ibu dan
ayahnya silih berganti dipandangnya. Lara kemudian keluar dari rumahnya.
Meninggalkan kedua-dua orang tuanya yang terpinga-pinga memandangnya.
“Lara!” panggil ibunya.
Lara tidak mempedulikan panggilan
ibunya. Jiwa terasa ingin memberontak. Dia sudah tidak tahan hendak memendam
perasaan. Dia perlu mencari Faril. Lara menuju ke pagar rumah jirannya.
“Abang Faril! Abang Faril!” jerit
Lara.
Faril muncul di hadapan pintu rumah.
Dia terlihat Lara di luar pagar rumahnya. Faril menuju ke pagar.
“Lara? Kenapa ni?” tanya Faril
sebaik terlihat wajah Lara yang sedang menangis.
Faril membuka pagar pintu rumahnya.
Lara menarik tangan Faril. Faril hanya mengikut langkah Lara yang tidak tahu ke
mana tujuannya. Agak jauh juga Lara menarik tangan Faril sambil berjalan kaki
tidak tahu ke mana hala tujuannya.
Lara juga sebenarnya tidak tahu ke
mana hendak dia bawa kakinya melangkah. Perasaannya yang bercelaru, sedih dan kecewa
membuatkan dia hanya terfikirkan Faril tempat untuk dia mengadu. Faril pula
hanya mengikut ke mana sahaja Lara membawanya.
Tiba-tiba Lara berhenti melangkah.
Pegangan tangannya dengan Faril dilepaskan. Lara menangis. Dia berlutut di atas
rumput di tepi jalan. Beberapa pasang mata yang melalui jalan tersebut
memandang Lara dan Faril.
“Lara...” panggil Faril.
Bahu Lara dipegang dengan kedua-dua
tangan Faril.
“Lara benci ibu! Lara benci ayah!
Mereka memang tak sayangkan Lara!” raung Lara dalam tangisan.
“Lara...kenapa cakap macam tu? Tak
elok cakap macam tu kepada ibu dan ayah,” pujuk Faril.
“Lara nak cakap apa lagi? Hakikatnya
memang macam tu, bang. Ibu dan ayah memang sengaja nak menyeksa Lara!” tingkah
Lara lagi.
Faril hanya cuba sedaya-upaya
menenangkan Lara.
“Kenapa ibu dan ayah lahirkan Lara
jika nak menyeksa Lara? Kenapa tak bunuh saja Lara sejak kecil?” Lara terus
bertanya sambil menangis.
“Lara...bangun Lara,” pujuk Faril
sambil cuba mengangkat bahu Lara.
Lara mengangkat wajahnya memandang
Faril.
“Bangun Lara, kita duduk berbual di
taman. Jom,” ajak Faril lembut.
Perlahan Lara bangun. Faril memimpin
tangan Lara. Mereka berdua berjalan menuju ke taman bunga yang terletak tidak
jauh dari rumah mereka. Mereka berdua kemudian duduk di bangku yang tersedia di
taman tersebut.
Lara diam memandang kehijauan padang
luas yang dihiasi pokok-pokok bunga berwarna-warni. Faril menoleh memandang
Lara yang duduk di sebelahnya. Wajah Lara masih dibasahi air mata.
“Lara...setiap apa yang berlaku dalam
dunia ni, mesti ada sebabnya,” ucap Faril.
“Lara tak tahu apa sebabnya Mak Uda
bencikan Lara. Lara tak tahu kenapa ibu dan ayah Lara tak nak pelihara Lara,”
Lara bersuara.
Faril menggeleng kepala memandang
Lara.
“Tak semua yang kita impikan akan
tertunai. Tak semua yang kita hajati akan terlaksana. Ibu dan ayah Lara tak
tahu masalah Lara dengan Mak Uda. Mungkin mereka hanya nak menjaga hati datuk
dan nenek Lara. Sebab itu mereka hantar Lara tinggal dengan datuk dan nenek
Lara. Kenapa datuk dan nenek Lara pilih Lara antara ramai cucu-cucunya? Sebab
Lara adalah antara yang teristimewa di pandangan mata mereka,” panjang lebar
Faril menasihati Lara.
Lara masih diam.
“Lara adalah cucu kesayangan mereka.
Cucu paling comel,” Faril cuba menarik perhatian Lara.
Lara tersenyum mendengar kata-kata
Faril.
“Haa...kan comel bila senyum,” puji
Faril.
“Abang ni perli Larakah?” tanya
Lara.
“Perli apa pula? Abang cakap yang
betullah,” ujar Faril.
Lara ketawa. Dia menggeleng beberapa
kali. Faril memandang Lara.
“Lara nak sekolah di sini, ibu dan
ayah tak benarkan. Sekarang, Lara dapat peluang nak belajar di sekolah
berasrama. Tapi nenek pula menghalang,” luah Lara.
“Lara dapat masuk sekolah asrama
penuh?” tanya Faril.
Lara mengangguk.
“Eh! Peluang bagus tu,” ujar Faril.
“Masalahnya nenek tak benarkan,”
beritahu Lara.
“Kenapa?” tanya Faril.
Lara mengangkat bahu.
“Mungkin nenek Lara tak mahu
berpisah dengan Lara,” Faril membuat andaian.
Lara menggigit bibir. Pandangannya
tertancap ke arah kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan yang
terdapat di situ. Kanak-kanak tersebut ditemani ibu dan ayah mereka. Tersentuh
hati Lara saat itu. Dia merasakan betapa bertuahnya kanak-kanak yang ditemani
ibu dan ayah mereka. Ketika dia seusia mereka, Lara hanya bermain sendirian di
hadapan rumah Tok Ayah dan nenek.
“Lara!” panggil Faril sekaligus
mematikan lamunan Lara.
Lara menoleh memandang Faril.
“Jom kita balik,” ajak Faril.
Lara menggeleng.
“Nanti risau pula ibu dan ayah Lara.
Abang pun tak beritahu mak abang ke mana kita pergi,” jelas Faril.
“Kalau abang nak balik, abang
baliklah dulu,” ucap Lara.
“Lara?” tanya Faril.
“Lara tak nak balik,” jawab Lara.
Faril mengeluh.
“Kalau abang nak balik, abang
baliklah dulu. Lara pandai balik sendiri,” suruh Lara.
“Lara nak tunggu sini sampai bila?”
tanya Faril.
Lara mengangkat bahu.
“Jomlah kita balik,” ajak Faril
lagi.
Lara menggeleng.
“Jomlah!” ajak Faril sambil menarik
tangan Lara.
“Tak nak!” tingkah Lara tetap tidak
mau berganjak.
Faril menarik tangan Lara agar
bangun daripada duduknya. Lara akhirnya mengalah dan menuruti langkah Faril.
BAB
13
Lara menyudahkan latihan matematik
yang diberikan oleh gurunya tadi. Pada waktu petang tidak ramai pelajar yang
ada di perpustakaan sekolah. Di sebelah Lara kelihatan seorang pelajar lelaki
yang sebaya dengannya juga sedang menyiapkan kerja sekolah.
Lara meletakkan pen birunya di atas
meja. Buku latihannya ditutup dan di susun bersama-sama beberapa buah buku
lain. Dia memandang pelajar di sebelahnya. Pelajar itu sedang asyik dengan
kerja sekolahnya. Lama Lara merenung orang di sebelahnya. Pelajar lelaki itu
menyedari dirinya diperhati. Jarinya yang sedang menarikan pena di atas buku
latihannya dihentikan.
“Apa yang kau pandang tu?” tanya Syazwan.
Lara tersentak.
“Eh! Tak ada apa-apa,” jawab Lara
sedikit gugup.
Syazwan senyum sambil menggelengkan
kepala. Lara memandangnya sambil mengerutkan keningnya.
“Kenapa kau ketawa?” tanya Lara.
“Mana ada aku ketawa. Aku senyum
saja,” jawab Syazwan.
Lara menjeling Syazwan. Dia mengemas
alat tulis miliknya yang bersepah. Lara berdiri. Syazwan memandangnya
kehairanan.
“Kau nak ke mana?” tanya Syazwan.
“Baliklah, nak ke mana lagi,” jawab
Lara.
“Eh! Nantilah dulu! Aku belum siap
lagi ni,” ujar Syazwan.
Lara duduk kembali di sebelah
Syazwan.
“Kau nak balik cepat pun nak buat
apa?” tanya Syazwan.
“Banyak benda aku nak kena buat di
rumah,” jawab Lara.
Syazwan ketawa.
“Yalah! Kau kena cuci pingan, cuci
baju, kemas rumah dan macam-macam lagikan?” Syazwan memerli.
Lara menjeling tajam Syazwan.
“Janganlah marah Lara. Aku gurau
saja,” Syazwan memujuk.
“Memang apa kau cakap tu betul,”
ujar Lara perlahan.
Syazwan memandang Lara.
“Kenapa? Kau tak percaya aku kena
buat semua benda tu?” tanya Lara.
“Takkan kau yang buat semua tu? Dah
macam Cinderella pula,” seloroh Syazwan.
“Tak percaya sudahlah! Cepatlah
siapkan kerja kau tu! Aku nak balik! Dah lewat ni,” tingkah Lara sedikit
tersinggung dengan sikap Syazwan yang tidak mempercayainya.
Wajah Lara mencuka. Syazwan memandang
Lara. Perasaan bersalah terbit dalam dirinya kerana buat sahabatnya itu
tersinggung.
“Lara...aku minta maaf,” ucap
Syazwan.
Lara diam.
“Lara...aku...” Syazwan tidak
menghabiskan kata-katanya.
“Dahlah! Lupakan saja. Cepatlah kau
siapkan kerja kau tu,” Lara memintas.
Syazwan kembali menumpukan perhatian
terhadap kerja sekolahnya. Sementara Lara termenung. Adakalanya dia berasa
lebih seronok berada di sekolah berbanding di rumah.
“Malasnya rasa nak balik ke rumah,”
ucap Lara perlahan.
Syazwan yang sedang kusyuk
menyiapkan tugasannya menoleh.
“Apa kau cakap?” tanya Syazwan.
Lara tersentak.
“Eh! Tak ada apa-apa,” jawab Lara.
Syazwan memandang Lara kehairanan.
“Aku dengar kau cakap sesuatu tadi,”
kata Syazwan.
“Eh! Tak adalah. Kau salah dengar
agaknya,” tingkah Lara.
“Oh! Yakah?” tanya Syazwan.
Lara mengangguk.
“Okey! Kejap ya. Sikit saja lagi nak
siap ni,” Syazwan berkata sebelum menyambung kembali tugasnya.
“Okey!” balas Lara.
Hampir setengah jam Syazwan selesai
membuat kerja sekolahnya. Mereka berdua keluar dari perpustakaan bersama-sama
untuk pulang ke rumah masing-masing.
BAB
14
Lara membuka kasut sekolahnya.
Kasutnya disimpan rapi di rak kasut yang terletak di tepi tangga rumah
datuknya. Lara melangkah perlahan masuk ke dalam rumah.
“Haa...dah sampai pun! Aku ingat dah
tak pandai nak cari jalan balik ke rumah!” jerkah Mak Udanya tiba-tiba.
Lara terkejut. Terasa bagaikan
hendak terjatuh jantungnya dijerkah sedemikian rupa. Lara mengurut dadanya
perlahan.
“Jangan nak mengurut dada. Cepat
salin baju. Tolong aku cuci pinggan di dapur tu!” arah Mak Uda.
Lara segera meminta diri untuk masuk
ke dalam bilik. Dia menyalin pakaiannya sebelum menuju ke dapur. Di dalam
fikirannya, perut yang lapar perlu diisi terlebih dahulu. Lara menghampiri meja
makan. Terlihat tudung saji di atas meja menandakan ada makanan terhidang di
sebaliknya. Lara mengangkat tudung saji. Terhidang lauk singgang ikan tongkol
dan sayur kobis goreng.
“Cuci pinggan-pinggan tu dulu
sebelum makan!” jerit Mak Uda yang tiba-tiba muncul di dapur.
Sekali lagi Lara terkejut dek
herdikan Mak Udanya. Pantas Lara menutup kembali tudung saji dan menuju ke
sinki untuk mencuci pinggan mangkuk yang penuh di dalamnya.
“Entah siapa saja yang makan di
rumah ni sampai begini banyak pinggan mangkuknya,” rungut Lara sendirian.
Lara mengeluh. Memang dia hairan
bagaimana boleh pinggan mangkuk terkumpul begitu banyak tanpa di cuci. Setiap
hari dia pulang dari sekolah pasti pinggan mangkuk penuh di sinki. Jika hendak
dikira hanya berapa orang sahaja yang tinggal di dalam rumah datuknya itu.
Tetapi pinggan mangkuk yang terkumpul bagaikan ada berpuluh orang di dalam
rumah itu. Periuk belanga kotor yang entah berapa lama tidak dicuci juga ada.
“Ish...dahlah aku penat-penat balik
dari sekolah. Perut pula lapar. Entah dari mana pinggan mangkuk, periuk belanga
ni datang. Huh!” Lara mengeluh.
“Jangan nak membebel di situ! Cepat
cuci pinggan tu!” suara Mak Uda kedengaran.
Lara
mengerutkan dahinya. Terasa seolah-olah Mak Udanya sentiasa memerhatikannya.
Lara mencuci pinggan mangkuk di hadapannya. Dia mahu cepat selesai melakukan
tugas itu. Perutnya semakin lapar. Menyesal pula dirinya kerana tidak makan
terlebih dahulu di kantin sekolah sebelum pulang.
Selesai
sahaja mencuci pinggan, Lara menuju ke meja makan. Tudung saji dibuka. Dia
mencapai pinggan dan mencedok nasi sebelum duduk menikmati hidangan di
hadapannya. Walaupun lauknya tidak seberapa rasanya, perutnya yang lapar diisi
juga.
“Lara!”
jerit Mak Udanya tiba-tiba.
Lara
yang sedang mengunyah nasi hampir tersedak.
‘Ish!
Apa lagi orang tua ni nak?’ hati Lara bertanya.
Lara
menoleh memandang Mak Udanya.
“Ya, Mak
Uda,” Lara menyahut panggilan ibu saudaranya.
“Lepas
makan, kau kemas meja tu semua. Lauk tu simpan. Pinggan dan periuk nasi tu
cuci!” arah Mak Uda.
Lara
sekadar mengangguk.
“Kau
jangan nak mengangguk saja! Buat!” sekali lagi Mak Uda menjerkahnya.
“Ya, Mak
Uda!” balas Lara.
Lara
merungut di dalam hati. Bosan dia dengan sikap Mak Udanya. Semakin dia
meningkat remaja semakin hatinya meronta ingin memberontak. Rasa dendam
terhadap semua perbuatan Mak Uda terhadapnya dipendam dalam-dalam di lubuk
hatinya.
BAB 15
“Panasnya
cuaca hari ni!” rungut Syazwan.
“Okeylah
tu. Kalau hujan pun susah juga kita nak berlatih,” balas Lara.
Syazwan
memandang Lara sambil tersenyum.
Petang
itu Lara, Syazwan dan beberapa orang pelajar yang lain sedang menjalani latihan
olahraga untuk mewakili sekolah mereka. Cuaca agak panas pada petang itu
walaupun jam sudahpun menginjak ke pukul empat petang. Lara sendiri sudah
menogak berbotol-botol air mineral sejak dari pukul tiga petang tadi.
“Lara!”
panggil seorang gadis.
Lara
yang sedang menogak air mineral buat kesekian kalinya menoleh.
“Ada apa
Tini?” tanya Lara.
“Cikgu Dali
panggil,” jawab Tini.
“Cikgu
Dali panggil? Kenapa?” tanya Lara.
Tini
mengangkat bahu. Dahi Lara berkerut. Dia hairan mengapa tiba-tiba Cikgu Dali
memanggilnya.
“Cepatlah!
Cikgu Dali tunggu kau tu!” ujar Tini.
“Yalah!
Yalah!” kata Lara.
Lara
bingkas bangun.
“Cikgu
Dali nak jumpa aku di mana?” tanya Lara.
“Di
bilik gurulah!” jawab Tini.
Lara
segera berlalu dari padang sekolah menuju ke bilik guru. Dia tercari-cari
kelibat Cikgu Dali, namun gagal ditemui.
“Ish...tak
nampak pun batang hidung Cikgu Dali. Betulkah apa yang si Tini cakap ni?”
bicara Lara sendirian.
“Awak
cari siapa, Lara?” pertanyaan Cikgu Jannah membuatkan Lara hampir terlompat
kerana terkejut.
“Eh!
Cikgu Jannah...saya cari Cikgu Dali. Tini beritahu saya Cikgu Dali nak jumpa
saya,” jawab Lara.
“Bila
Tini beritahu awak?” tanya Cikgu Jannah.
“Baru
sekejap tadi,” jawab Lara lagi.
Wajah
Cikgu Jannah kehairanan.
“Setahu
cikgu, Cikgu Dali dah balik sejam yang lalu. Awak salah dengar agaknya,” ujar
Cikgu Jannah.
“Ish...mana
ada saya salah dengar. Memang Tini beritahu saya Cikgu Dali nak jumpa saya di
bilik guru. Saya di padang tadi ada latihan olahraga,” jelas Lara.
“Hmm...tak
pasti pula cikgu. Tapi yang cikgu tahu, memang Cikgu Dali dah lama balik,” ujar
Cikgu Jannah lagi.
Lara
menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Cikgu Jannah memandang Lara. Tidak
lama kemudian Cikgu Arshad pula muncul di bilik guru.
“Kenapa
ni cikgu?” tanya Cikgu Arshad kepada Cikgu Jannah.
“Hmm...Lara
ni, dia kata Cikgu Dali nak jumpa dia. Tapi Cikgu Dali dah balik dari tadi,”
terang Cikgu Jannah.
“Haah,
memang Cikgu Dali dah balik. Ada apa-apa masalahkah Lara?” tanya Cikgu Arshad.
“Saya
pun tak tahu, cikgu. Tini yang beritahu saya Cikgu Dali nak jumpa saya di sini
tadi. Itu yang saya ke sini nak tahu sebab apa Cikgu Dali nak jumpa saya,”
panjang lebar Lara menjelaskan kepada dua orang guru di hadapannya itu.
“Hmm...mungkin
Tini saja nak kenakan awak agaknya. Cuba awak tanya dia semula. Mungkin juga
Cikgu Dali sudah pesan dengan dia dari awal tadi. Tapi baru sekarang dia
sampaikan kepada awak,” kata Cikgu Arshad membuat andaian.
“Kalau
begitu, saya minta diri dululah cikgu. Terima kasih, ya,” Lara meminta diri
untuk kembali ke padang.
Setibanya
di padang, Lara mencari Tini. Kelihatan beberapa orang pelajar sibuk menjalani
latihan olahraga. Ada yang sedang berlatih lontar peluru, lontar lembing, acara
balapan dan sebagainya. Ketika melalui kawasan latihan lompat jauh, Lara
terpandang Tini sedang duduk bersebelahan dengan Syazwan. Dia lantas berjalan
pantas menuju ke arah di mana Tini dan Syazwan berada.
“Tini!”
panggil Lara.
Tini
terkejut melihat Lara yang tiba-tiba muncul di hadapan dia dan Syazwan. Dia
kemudian menjeling Lara. Panggilan Lara tidak dipedulikannya. Lara menjadi
sakit hati dengan perangai Tini. Tahulah dia kini bahawa Tini memang sengaja
mahu mengenakannya.
“Hei,
Tini!” Lara menarik bahu Tini supaya bangun dari duduknya.
“Ish!
Apa ni? Sakitlah!” rungut Tini.
“Kenapa
ni?” tanya Syazwan pula.
Syazwan
hairan melihat Lara yang tiba-tiba bersikap demikian.
“Kau
cakap betul-betul dengan aku. Sebenarnya Cikgu Dali tak cari akukan?” tanya
Lara.
Wajah
Lara benar-benar kelihatan berang. Hatinya sakit kerana dipermainkan oleh Tini.
Dia memegang kuat bahu Lara.
“Ish...sakitlah!”
Tini hanya mengaduh tanpa menjawab pertanyaan Lara.
“Lara!
Kenapa buat Tini macam ni?” Syazwan bertanya sambil cuba melepaskan genggaman
tangan Lara di bahu Tini.
“Kau
tanyalah dia!” Lara menjerit marah lantas berlalu dari situ.
Syazwan
memandang Lara yang berlalu meninggalkan mereka. Tini pula menggosok-gosok
lengannya yang sakit dicengkam jemari Lara.
“Sakit
lengan saya ni,” Tini merengek manja dengan Syazwan.
“Apa
yang awak dah buat dengan Lara?” tanya Syazwan.
“Buat
apa?” tanya Tini kembali berpura-pura tidak mengerti.
“Saya
kenal sangat Lara. Dia tak akan naik angin begitu tanpa sebarang sebab,” ucap
Syazwan.
Tini
hanya diam. Syazwan menggeleng kepala sebelum berlalu meninggalkan Tini yang
masih melayan kesakitan di lengannya.
“Wan!”
panggil Tini mengada.
Syazwan
tidak mengendahkan panggilan Tini. Dia berlari mengejar Lara yang semakin laju
melangkah.
“Lara!
Lara!” panggil Syazwan.
Lara
melangkah semakin laju. Hatinya benar-benar terasa sakit dengan perbuatan Tini.
“Lara!”
Syazwan terus memanggil.
Syazwan
mempercepatkan langkahnya. Dia akhirnya berjaya memintas Lara.
“Lara!
Nanti dulu!” Syazwan menahannya.
“Buat
apa kau kejar aku? Pergilah layan minah gedik tu!” tingkah Lara.
“Kau
kenapa nak marah-marah ni? Kau cemburu, ya?” tanya Syazwan.
“Apa?
Cemburu? Hahaha...tak ada masalah aku nak cemburu. Banyak lagi kerja lain,”
balas Lara.
“Habis
tu?” Syazwan terus bertanya.
“Malaslah
aku nak cakap lagi! Aku nak balik!” tegas Lara.
Lara
berlalu meninggalkan Syazwan yang masih terpinga-pinga dengan sikap sahabatnya
itu. Tiba-tiba dia tersenyum sendirian.
“Mungkin
dia camburu aku dengan Tini agaknya,” kata Syazwan sendirian.
Syazwan
ketawa sambil menggelengkan kepala. Dia faham benar dengan perangai Lara. Jika
sedang marah usah haraplah hendak dipujuk hari itu juga. Lara akan kembali
seperti biasa setelah marahnya reda. Syazwan pasti esok kemarahan Lara akan
reda.
BAB 16
Suasana
perkarangan rumah datuk Lara kelihatan sunyi sepi. Syazwan memanjangkan leher
menjengah mencari kelibat Lara.
“Assalamualaikum!”
Syazwan memberi salam.
Tiada
jawapan dari dalam rumah. Hatinya tertanya-tanya di mana pergi semua orang di
rumah datuk Lara itu. Pintu rumah terbuka, tapi tiada sebarang kelibat manusia
yang kelihatan.
“Assalamualaikum!
Lara!” sekali lagi Syazwan memberi salam dan memanggil nama Lara.
Syazwan
mula berputus asa. Dia mengandaikan tiada orang di rumah datuk Lara. Mungkin
juga hanya neneknya yang lumpuh ada di dalam rumah. Malas pula dia hendak
menjengah ke dalam rumah. Syazwan mula mengatur langkah untuk pulang. Dia
membuat keputusan untuk berjumpa dengan Lara di sekolah sahaja esok.
“Waalaikumsalam!”
kedengaran satu suara menjawab salam yang sekian lama diberikan Syazwan tadi.
Syazwan
menoleh. Kelihatan Lara menjengah melalui tingkap.
“Eh!
Syazwan! Apa kau buat di sini?” tanya Lara.
Syazwan
tersenyum memandang Lara. Nampaknya kemarahan Lara telah reda.
“Aku
datang cari kaulah!” jawab Syazwan dari luar.
Lara
segera keluar mendapatkan Syazwan.
“Apa hal
kau cari aku ni?” tanya Lara.
“Tak ada
apa. Saja datang melawat kau,” jawab Syazwan.
Lara
ketawa.
“Kau
ketawa kenapa?” tanya Syazwan.
“Tak
adalah. Aku kelakar dengar kau cakap datang melawat aku. Macamlah aku ni
sakit,” ujar Lara.
“Apa
yang kelakarnya pula? Nak melawat orang tak semestinya kena tunggu orang tu
sakit,” balas Syazwan pula.
“Yalah!
Kau menang!” kata Lara pula.
Syazwan
tersenyum puas.
“Eh!
Jomlah kita lepak di bawah pokok tu,” ajak Lara sambil menunjukkan jarinya ke
arah pangkin yang dibuat datuknya di bawah sepohon pokok jambu air.
Mereka
berdua melangkah seiringan lantas duduk di atas pangkin.
“Kau
okey?” tanya Syazwan kepada Lara.
Lara
memandang Syazwan. Dia hampir tergelak.
“Kenapa
kau tanya aku macam tu?” tanya Lara kehairanan.
“Tak
adalah. Semalamkan kau marahkan aku,”
ujar Syazwan.
Lara
tersenyum.
“Aku bukan
marah kaulah,” kata Lara.
“Habis
tu? Kenapa tiba-tiba kau mengamuk semalam?” tanya Syazwan inginkan kepastian.
Lara
ketawa.
“Lah!
Dia ketawa pula,” ucap Syazwan.
“Buruk
tak aku mengamuk semalam? Burukkan?” tanya Lara.
Kali ini
Syazwan turut ketawa.
“Boleh
tahanlah. Macam singa!” seloroh Syazwan.
Mereka
berdua ketawa.
“Amboi!
Suka panggil orang singa, ya!” kata Lara setelah ketawanya reda.
“Hmm...tapi
singa yang comellah!” ujar Syazwan memuji pula.
“Oh!
Comellah pula. Ada-ada saja kau ni,” kata Lara.
“Betullah!
Aku tak tipu,” kata Syazwan.
“Yalah
tu,” kata Lara.
Mereka
berdua diam seketika. Suasana sunyi menyelubungi. Hanya terdengar kicauan
burung-burung yang berterbangan dari satu pohon ke pohon yang lain. Lara
menggoyangkan kakinya.
“Lara!”
panggil Syazwan memecah kesunyian.
“Hmm!”
jawab Lara.
Mata
Lara memandang kakinya yang sedang dihayun ke depan dan ke belakang.
“Kau tak
cakap lagi kenapa kau marah semalam,” ucap Syazwan.
Lara
menarik nafasnya dalam sebelum dilepaskan perlahan.
“Kenapa?”
Syazwan bertanya lagi ingin tahu.
“Tini!”
Lara mula bersuara.
“Kenapa
dengan Tini? Apa yang dia dah buat dengan kau?” Syazwan bertanya bertalu-talu.
“Amboi
kau ni. Bila aku sebut nama Tini saja, bertubi-tubi soalan kau ya,” sindir
Lara.
“Eh! Tak
adalah. Aku risaukan kau. Apa yang Tini dah buat pada kau sampai kau marah
bukan main lagi semalam?” tanya Syazwan lagi.
“Tini
kenakan aku semalam. Aku rasa dia sengaja nak berdua dengan kau,” ujar Lara.
“Aku pun
terbabit?” tanya Syazwan.
“Yalah!
Semalam dia tipu aku. Dia cakap Cikgu Dali nak jumpa aku. Tapi dia bohong.
Cikgu Dali dah lama balik. Malu aku dengan Cikgu Arshad dan Cikgu Jannah,”
jelas Lara.
“Yakah?
Tapi kenapa dia nak buat macam tu, ya?” tanya Syazwan.
“Hmm...kau
ni masih tak faham lagikah?” tanya Lara pula.
Syazwan
menggaru-garu kepalanya.
“Tak
faham sudahlah! Aku nak naiklah. Aku lupa ada kerja tak diselesaikan lagi di
atas. Nanti Mak Uda aku balik, mati aku dikerjakannya,” kata Lara.
Lara
bangun dari duduknya. Pantas Syazwan menarik tangan Lara.
“Nanti
dulu Lara! Kejaplah,” ucap Syazwan.
Lara
memandang tangannya yang dipegang Syazwan. Perlahan anak mata Syazwan beralih
dari memandang wajah Lara ke tangan Lara yang dipegangnya. Serta-merta dia
melepaskan pegangan tangannya. Wajah Lara mula terasa disimbah darah. Entah
mengapa dia terasa malu yang teramat. Seperti ada aliran arus elektrik tatkala
Syazwan memegang tangannya tadi. Walhal selama ini dia sudah biasa bertepuk
tampar dengan Syazwan.
“Maaf!”
ucap Syazwan.
“Eh! Tak
ada apalah. Perkara kecil saja,” ucap Lara menyembunyikan perasaannya.
“Okey,”
ucap Syazwan.
“Eh! Aku
naik dululah. Kita jumpa di sekolah esok, ya!” kata Lara.
“Okey!
Aku...balik dulu, ya!” Syazwan meminta diri.
“Okey!”
Syazwan
menghantar Lara sehingga ke depan halaman rumah sebelum berlalu. Baru sahaja
Lara menaiki anak tangga, kelihatan Mak Udanya juga tiba. Wajahnya kelihatan
mencuka tapa seraut senyum pun menghiasi. Dia sempat mejeling Syazwan sebelum
menaiki anak tangga rumah.
Syazwan
yang baru hendak melangkah pulang berubah riak wajahnya apabila senyuman yang
dilemparkan kepada ibu saudara Lara tidak mendapat balasan yang sepatutnya.
Syazwan sempat melambaikan tangannya kepada Lara sebelum berlalu. Lara hanya
berani menganggukkan kepala. Dia melirik wajah Mak Udanya. Pasti dia akan
menerima padah kerana kain yang Mak Udanya pinta untuk dia cuci masih belum
habis dicuci.
Lara
pantas melangkah ke dapur. Dia ingin menyambung kembali kerjanya yang
terbengkalai tadi. Sorotan mata Mak Udanya menemaninya sehingga ke dapur.
“Dari
pagi tadi aku tinggal tak siap-siap lagi?” tanya Mak Uda dengan nada yang
tinggi.
Lara
hanya membisu. Tidak berani dia hendak bersuara. Tangannya pantas mengeluarkan
pakaian dari mesin basuh. Dia kemudian memasukkan pula pakaian kotor yang lain
ke dalam mesin basuh. Lara mengerjakan tugasnya sementara matanya tidal berani
langsung menatap wajah ibu saudaranya.
“Hei!
Kau pandai pula buat bisu, ya! Aku tanya tak pandai nak jawab ke?” tanya Mak
Uda.
Kepala
Lara ditunjal dengan tangannya. Lara hanya diam tidak melawan.
“Kau ni
pekak ke? Aku tanya ni! Kenapa baju-baju ni tak siap lagi dibasuh?” tanya Mak
Uda berang.
“Lara
tengah basuh tadi. Lepas tu, Wan datang. Lara layan dia kejap,” jawab Lara
perlahan.
Air
matanya mula bergenang. Tiba-tiba dia merasakan dirinya umpama gadis dalam
cereka Cinderella yang didera ibu tiri.
“Kau tak
siap kerja sebab melayan jantan, ya?” tanya Mak Udanya.
Telinga
Lara ditarik. Lara mengaduh menahan sakit.
“Sakit
Mak Uda,” ucap Lara sambil tangannya memegang tangan Mak Uda.
“Kau tau
sakit! Kerja tak siap! Pergi melayan lelaki, ya!” marah Mak Uda lagi.
Mak Uda
melepaskan telinga Lara sebelum menampar belakang Lara berulang kali. Lara
hanya menahan tanpa melawan.
“Uda!
Kenapa kau pukul si Lara tu?” datuk Lara tiba-tiba muncul.
Mak Uda
terkejut. Lara segera menyambung kembali tugasnya.
“Bila
ayah balik?” tanya Mak Uda terkejut.
Wajah
Mak Uda pucat. Dia tidak menyangka datuk Lara akan pulang awal dari kebun.
Selalunya dia akan muncul di rumah lewat petang apabila melawat kebun.
“Patutlah
budak ni tak rapat dengan kau! Kenapa kau pukul dia? Lara! Selalu ke Mak Uda
pukul Lara?” tanya datuknya.
Lara
berhenti melakukan kerjanya. Dia berdiri tegak sambil menunduk. Dia cuba
mengerling wajah Mak Udanya. Soalan datuknya tadi tidak dijawab. Mak Uda hanya
diam. Wajahnya kelihatan tidak tenteram.
“Lara!
Tok Ayah tanya ni,” kata datuknya.
Lara
masih lagi membisu. Wajah Lara dan Mak Uda dipandang datuknya bersilih ganti.
“Uda!
Lain kali, ayah tak nak kau pukul Lara lagi!” tegas datuknya berkata kepada ibu
saudaranya itu.
Mak Uda
memandang datuk.
“Takkanlah
sekali-sekala nak minta tolong buat kerja rumah sedikit tak boleh, Ayah. Lara
ni bukan budak kecil lagi! Ayah terlalu manjakan dia!” Mak Uda tiba-tiba bersuara.
Lara
langsung tidak berani mengangkat muka tatkala suara Mak Uda mula terdengar.
“Bukan
aku nak manjakan dia sangat. Tapi aku tengok kau ni macam dah melampau! Lara ni
sekolah lagi. Lagi satu, kalau nak mengajar atau mendidik tu, biar dengan cara
yang betul. Bukan memukul atau mendera,” tingkah datuknya.
“Ayah
tuduh saya mendera dia?” tanya Mak Uda.
“Ayah
tak tuduh! Ayah sebenarnya dah lama dengar daripada mak kau. Memang dia lumpuh,
tapi telinga dia tak pekak. Adakalanya dia dengar kau jerit-jerit marah budak
ni! Dia dapat rasa kau pukul Lara. Hari ni, ayah sendiri dah nampak. Alasan apa
lagi kau nak beri, Uda?” panjang bicara datuk.
“Ayah
memang anggap saya macam anak tirikan? Saya ni dah macam orang gaji dalam rumah
ni! Semua kerja saya kena buat! Mentang-mentanglah saya ni janda. Tak
berpelajaran tinggi!” Mak Uda bersuara lantang.
“Apa
yang kau mengarut ni? Ayah tak pernah terfikir pun nak jadikan kau orang gaji.
Ayah tak pernah nak membeza-bezakan anak-anak ayah,” ujar datuk.
“Dahlah
ayah! Saya dah penat!” kata Mak Uda.
`` “Kau tak
ikhlas rupanya menjaga kami di rumah ni\. Ayah tak sangka kau boleh berfikiran
seperti itu,” kata datuk lagi.
Datuk
mula berpusing untuk mengatur langkah. Lara memandang datuknya. Lara tahu Tok
Ayahnya terasa dengan kata-kata Mak Uda. Lara memandang wajah Mak Uda yang
seperti hendak menangis. Mengertilah Lara kini mengapa ibu saudaranya bersikap
demikian selama ini terhadap dirinya. Mak Uda cemburukan adik ayahnya.
“Lara!”
datuk tiba-tiba memanggilnya.
“Ya, Tok
Ayah!” Lara menjawab.
“Tolong
tengok-tengokkan nenek kau di atas tu,” suruh datuknya sebelum berlalu.
“Baik
Tok Ayah! Tapi Lara nak siapkan basuh baju dulu,” ucap Lara sambil mengerling
ibu saudaranya.
Sebaik sahaja
Lara memegang kain di dalam baldi. Tangannya ditepis Mak Udanya.
“Tak
payah! Biar aku yang buat! Kau tu tuan puteri! Pergi naik atas!” Mak Uda
bersuara marah.
“Tak apa
Mak Uda! Biar Lara...” Lara tidak sempat menghabiskan ayatnya.
“Pergi!
Aku menyampah tengok muka kau! Pergi!” suruh Mak Udanya.
Tangan
Lara ditepis berulang kali daripada memegang kain yang hendak dicuci. Lara rasa
bersalah kerana tidak menyudahkan kerja. Dalam hatinya terdetik, andainya
Syazwan tidak datang tadi dan kerjanya siap tentu perkara sebegini tidak
berlaku. Tentu datuknya tidak nampak Mak Uda memukulnya.
BAB 17
Sejak
kejadian hari itu, Mak Uda langsung tidak menyuruh Lara buat apa-apa lagi.
Malah dia langsung tidak menegur mahupun bercakap dengan Lara. Datuknya pula
sudah mengambil seorang pembantu rumah untuk membantu menguruskan rumah dan
menjaga neneknya.
Tiba-tiba
Lara terasa janggal apabila tidak mendengar herdikan daripada Mak Udanya. Sejak
kecil lagi dia sudah biasa mendengar kata-kata kesat daripada ibu saudaranya
itu. Kini semakin dia menginjak remaja, dia merasakan kekurangan itu. Walaupun
dia merasa senang kerana Mak Udanya tidak lagi memarahi dan memukulnya, namun
jauh di sudut hati Lara berharap ibu saudaranya itu akan berbaik dengannya.
“Jauh
menung!” teguran Syazwan mematikan lamunannya.
“Eh! Bila
kau sampai?” tanya Lara.
“Baru
saja,” jawab Syazwan.
“Apa
yang kau menungkan?” tanya Syazwan.
“Tak ada
apa-apalah. Aku teringatkan Mak Uda aku,” jawab Lara.
“Kenapa
dengan Mak Uda kau?” tanya Syazwan lagi.
“Tak ada
apa-apa. Cuma, sejak ada pembantu rumah ni, dia langsung tak bercakap dengan
aku. Aku rasa macam tak sedap pula. Tiba-tiba aku rasa, lebih baik dia marah
aku hari-hari daripada dia buat silent
mode macam sekarang,” jawab Lara panjang lebar.
“Kau ni
peliklah! Kalau aku lebih baik tak payah bercakap daripada menyakitkan hati!”
kata Syazwan.
“Tak
baiklah macam tu.Buruk atau baik, dia tetap ibu saudara aku. Darah daging aku.
Air kalau dicincang macam manapun tak akan putus, Wan,” kata Lara.
“Kau ni
memang baiklah. Kalau aku, mesti aku dah balas dendam,” kata Syazwan pula.
“Aku pun
pernah fikir macam kau juga dulu. Masa aku kecil dulu. Tapi semakin kita besar
dan matang ni, aku dah tak kisah apa-apa perkara lepas yang berlaku. Apa yang
aku kejarkan ialah cita-cita aku. Aku nak jejakkan kaki ke menara gading,” ujar
Lara penuh semangat.
“Oh!
Yakah? Tapi di mana letaknya menara gading tu? Negeri mana ya?” tanya Syazwan
bergurau.
Lara
menoleh memandang Syazwan yang sedang ketawa.
“Ha...ha...ha...kelakarnya
lawak kau!” kata Lara menyindir.
“Relaklah!
Aku gurau saja,” ujar Syazwan.
“Tak
kelakar pun!” kata Lara lantas mencebikkan bibirnya.
“Siapa
kata kelakar?” tanya Syazwan sengaja ingin memanjangkan gurauannya.
Lara
menjeling Syazwan.
“Okey!
Okey! Minta maaf ya penunggu gua! Jangan jadi singa, ya!” Syazwan terus
berseloroh.
“Ish...kau
ni perli aku, ya!” kata Lara lantas menampar bahu Syazwan.
Syazwan
bangun lantas melarikan diri sambil dikejar oleh Lara. Sedang mereka
berkejaran, tiba-tiba Syazwan terlanggar Tini. Mereka berdua terjatuh bersama.
Lara mematikan langkahnya.
“Ish!
Apa ni? Kotorlah baju saya ni!” Tini merungut.
Lara memandang
Tini yang masih duduk di sebelah Syazwan sambil mengesat-ngesat pakaiannya
dengan pandangan jengkel. Meluat dia melihat perangai Tini yang mengada-ngada
itu.
“Sorry! Saya tak sengaja. Awak okeykah?”
tanya Syazwan.
“Saya
okey! Awak?” tanya Tini.
“Saya
okey saja!” jawab Syazwan.
Syazwan
bangun lantas berdiri. Tini masih duduk menyapu kasut dan pakaiannya.
“Awak,
tolong saya bangun,” Tini menghulurkan tangannya memandang Syazwan.
Syazwan
menghulurkan tangannya untuk membantu Tini bangun. Namun pantas Lara menepis
tangan Syazwan.
“Alah!
Jatuh sikit pun mengada-ngada. Bangunlah sendiri!” kata Lara.
“Hei!
Kau tak nampakkah kawan kau tu dah langgar aku sampai aku terjatuh?” marah
Tini.
“Kau
bukan luka pun. Kaki kau pun tak patah! Bangunlah sendiri!” kata Lara.
Syazwan
memandang Lara. Hatinya bertanya, cemburukah gadis itu?
“Dahlah!
Janganlah bergaduh! Tak malukah orang tengok?” Syazwan bertanya.
Lara
memandang Syazwan. Dia kemudian mengalihkan pandangannya kepada Tini.
“Kau
bangun sendiri, ya!” ucap Lara lantas menarik tangan Syazwan berlalu dari situ.
Tini
menghentakkan kakinya. Geram dan malu dengan tindakan Lara. Beberapa orang
pelajar lain ketawa memerhatikannya.
“Eiii!!!
Kurang ajar! Nanti kau Lara!” jerit Tini.
Setelah
berlalu agak jauh dari situ, Lara tiba-tiba ketawa. Syazwan memandangnya
kehairanan.
“Hai...tadi
marah! Sekarang ketawa pula?” tanya Syazwan kehairanan.
“Padan
muka si Tini tu! Saja saya nak buat dia malu tadi!” kata Lara lantas tersenyum
puas.
“Tak
baiklah awak buat dia macam tu. Saya yang bersalah langgar dia tadi,” kata
Syazwan.
“Hai...awak
nak membela dia pula? Dah jatuh cintakah pada Tini?” tanya Lara bergurau.
“Awak cemburukah
kalau saya jatuh cinta dengan dia?” tanya Syazwan menguji.
“Huh!
Tak ada maknanya!” ucap Lara selamba.
Syazwan
memandang Lara. Memang susah untuk menafsir perasaan gadis remaja di hadapannya
itu.
“Tini tu
dah malukan aku depan cikgu tau! Untunglah aku Cuma bengangkan dia depan students saja,” ucap Lara.
“Tak
baik berdendam,” ujar Syazwan.
“Hai...membela
lagi nampaknya,” kata Lara.
“Bukan
membela. Aku pun bukan suka sangat dengan Tini tu. Tapi tadi tu memang salah
aku sebab langgar dia,” kata Syazwan.
“Ish!
Sudahlah! Boringlah cerita fasal si Tini tu!” ucap Lara lantas berlalu
meninggalkan Syazwan.
Pantas
Syazwan menuruti langkah Lara.
BAB 18
Hubungan
Lara dengan Mak Uda masih tidak berubah. Setelah bertahun lamanya, hubungan mereka
semakin dingin. Datuk dan neneknya juga semakin berusia. Datuknya tidak lagi
sekuat dahulu. Kebun-kebun milik datuknya kini di bawah jagaan bapa saudaranya.
Tahun
ini juga Lara bakal menduduki peperiksaan SPM. Sejak dia dan Mak Uda tidak
bertegur sapa, Lara jarang membuat kerja-kerja rumah seperti mencuci baju,
memasak dan sebagainya. Apatah lagi datuknya telah menggaji seorang pembantu.
Masanya banyak dihabiskan untuk mengulang kaji pelajaran.
“Macam
mana persediaan SPM? Okey?” tanya Faril.
Lara tersenyum
memandang Faril yang duduk di hadapannya di sebuah restoran makanan segera di
Ampang Park.
“Okey!
Harap-harap semuanya berjalan dengan baik. Macam mana dengan pengajian abang di
universiti?” tanya Lara.
“So far so good. Okey saja,” jawab Faril.
“Hmm...mesti
abang ramai girlfriend di sanakan?”
tanya Lara bergurau.
Faril
ketawa.
“Abang
masuk universiti untuk belajar, bukan nak cari jodoh,” jawab Faril.
Kali ini
giliran Lara pula ketawa.
“Bila
Lara balik kampung?” tanya Faril.
“Habis
cuti sekolah ni, Lara baliklah,” jawab Lara.
“Minggu
depan?” tanya Faril.
Lara
mengangguk sambil menyedut minuman di hadapannya.
“Kalau
abang nak ikut Lara balik kampung boleh? Boringlah nak habiskan cuti semester
di KL saja,” tanya Faril.
Terbeliak
mata Lara memandang Faril.
“Kenapa?
Tak boleh?” tanya Faril lagi.
“Bukan
tak boleh. Tapi abang ni bersungguh atau main-main?” tanya Lara kembali.
“Sungguh-sungguhlah.
Takkan nak main-main pula,” jawab Faril.
“Boleh!
Jomlah!” ajak Lara.
“Apa
yang istimewa di kampung Lara tu?” tanya Faril.
“Hmm...entah!
Biasa saja, tak ada apa yang istimewa pun,” jawab Lara.
Faril
ketawa.
“Kenapa
abang ketawa?”
“Lara
sejak kecil duduk di kampung tu. Tapi tak perasan apa yang istimewa di kampung
Lara tu,” jawab Faril.
“Yalah! Dah
jemu kot. Rasanya Kl ni lagi ada macam-macam kalau nak dibandingkan dengan di
Mersing tu!” ucap Lara.
Sekali
lagi Faril ketawa.
“Lara,
cuba Lara tengok. Di KL ni dengan bingit, sibuk dan jalan jem. Kampung Lara
mesti tenangkan?” kata Faril.
“Mungkinlah
lebih tenang daripada KL. Tapi di sana panggung wayang pun tak ada tau!” jelas
Lara.
“Panggung
wayang tu bukan penting pun,” kata Faril.
“Yalah!
Abang yang membesar di KL tentulah rasa perkara tu tak penting. Di KL ni,
berlambak panggung wayang. Memanglah tak hairan,” kata Lara pula.
Faril
ketawa memandang Lara yang bersemangat ketika berkata-kata.
“Nanti
Lara balik kampung ayah Lara hantarkah?” tanya Faril.
“Yalah!”
jawab Lara.
“Apa
kata kalau kali ni ayah Lara tak payah hantar. Kita balik berdua,” kata Faril.
Lara
mengerutkan dahinya. Dia kurang faham maksud Faril.
“Kita
balik kampung naik kereta abanglah,” jelas Faril.
“Kereta
yang kita naik tadi kereta abangkah?” tanya Lara.
“Habis
tu, kereta siapa lagi,” jawab Faril.
“Wah...untungnya
abang. Belum habis belajar dah ada kereta,” kata Lara.
“Alah!
Itu kereta ayah abang dulu. Ayah dah beli kereta baru, jadi dia bagi abang
pakai kereta lama,” jelas Faril.
Lara
tersenyum. Dia memandang jejaka yang kelihatan semakin dewasa di hadapannya
itu. Wajah redup Faril mendamaikan hati orang yang memandangnya. Dia yakin,
pasti ramai gadis di universiti yang terpikat dengan Faril. Sudahlah orangnya
bijak, kacak, baik hati dan macam-macam lagi sifat positif yang ada dalam
dirinya. Sayangnya hatinya telah terpikat dengan Syazwan.
“Lara!”
panggil Faril.
Lara
terkejut. Lama benar dia menikmati pemandangan indah di hadapannya itu.
Memandang seorang lelaki yang mempunyai senyuman manis itu.
“Lara!”
sekali lagi Faril memanggil Lara.
Kali ini
tangannya dilayangkan di hadapan wajah Lara.
“Berangan
ya?” tanya Faril.
“Eh!
Mana ada. Lara tengah kira berapa tahi lalat yang abang ada,” kata Lara
berseloroh.
“Banyaklah
dia punya tahi lalat. Abang tahulah Lara tengah tengok muka abang yang Lara
rindu selama nikan?” tanya Faril dengan nada gurau.
“Tolong
sikit,” jawab Lara.
Faril
ketawa.
“Lara
dah ada boyfriend ke?” tanya Faril.
Pertanyaan
Faril itu membuatkan Lara tersedak ketika menyedut minumannya. Hampir saja dia
tersembur ke muka Faril. Mujur dia cepat menundukkan mukanya. Tekak dan
hidungnya terasa sakit kerana tersedak. Matanya berair.
“Ya
Allah...siapalah yang sebut nama Lara ni. Sampaikan tersedak dibuatnya. Soalan
abang tu terlalu sensitif ke?” tanya Faril.
Lara
masih lagi terbatuk-batuk. Faril bangun dari duduknya. Dia menepuk-nepuk
belakang Lara perlahan. Lara masih terbatuk. Sakit dadanya menahan sedak. Faril
mencapai tisu lantas membantu Lara mengelap mulut. Beberapa pasang mata
memandang Faril dan Lara.
Lara
mengangkat tangan kepada Faril memberi isyarat yang dia semakin pulih. Faril
duduk semula. Hatinya dihambat kerisauan melihat keadaan Lara. Lara menyandar.
Sisa batuk masih ada. Lara kemudian ketawa.
“Ish...budak
ni. Dah tersedak macam tu masih nak ketawa lagi,” kata Faril.
Lara
tersenyum. Dia memandang Faril lama. Faril membalas pandangan mata Lara yang
merah berair kesan daripada tersedak tadi.
“Ketawalah!”
kata Faril.
“Sayang
juga abang pada Lara, ya. Apa kata abang saja yang jadi boyfriend Lara,” ucap Lara berseloroh.
“Kalau
orang tu nak apa salahnya,” ucap Faril lantas mengenyitkan mata kepada Lara.
Lara
tersenyum. Namun ada debar di dadanya tatkala Faril mengenyitkan mata kepadanya
tadi. Terasa seperti ada maksud yang menusuk ke hatinya.
“Eh!
Sudahlah. Jomlah kita balik. Hari dah petang ni. Nanti risau pula ibu dan ayah
Lara,” ajak Faril.
“Jomlah!”
BAB 19
Faril
memandu tenang menyusuri Lebuh Raya Utara Selatan. Sesekali kelihatan dia
menguap. Mungkin keletihan kerana memandu jauh. Lara memandang ke luar cermin
kereta. Papan tanda menunjukkan mereka telah tiba di negeri Melaka.
“Kalau
abang letih, kita singgah dulu di perhentian. Bahayalah memandu dalam keadaan
mengantuk,” cadang Lara.
Faril
memandang Lara. Dia tersenyum lantas mengangguk. Lebih kurang lima kilometer
lagi ada perhentian di Restoran Jejantas Ayer Keroh, Melaka. Faril bercadang
hendak berhenti rehat sebentar di situ. Sudah lama dia tidak memandu jauh.
Terasa letih setelah berjam-jam memandu.
Faril
menyusuri susur keluar ke Restoran Jejantas Ayer Keroh. Dia memakir keretanya
di kawasan pakir yang disediakan. Sebaik sahaja brek tangan ditarik Faril
menggeliat. Membetulkan urat-urat yang sekian lama menegang sepanjang
pemanduannya.
“Lara
nak ke tandas sekejap. Abang nak keluar?” tanya Lara.
“Lara
pergilah dulu. Abang nak rehat sekejap,” jawab Faril.
“Okey!”
Lara
keluar dari kereta menuju ke tandas. Sementara Faril menurunkan tempat duduk
pemandu. Dia memejamkan matanya yang terasa mengantuk. Tanpa disedarinya dia
terlelap.
Lara
muncul tidak lama selepas itu. Dia terlihat Faril sedang tidur di dalam kereta.
Lara tersenyum. Dia menghampiri kereta lantas cuba membuka pintu kereta.
Malangnya pintu terkunci dari dalam. Melihat Faril yang tidur nyenyak, dia
tidak sampai hati hendak mengejut. Lantas Lara mengambil keputusan duduk di
pondok yang terletak di hadapan kereta.
Lama
juga Faril terlelap. Faril tersedar tidak lama selepas itu. Dia melihat jam
tangannya. Hampir sejam dia terlelap. Faril memandang tempat duduk di
sebelahnya. Dia tercari-cari di mana Lara. Faril terpandang seorang gadis
sedang tidur sambil duduk di pondok di hadapan tempat dia memakir kereta.
Pantas Faril mematikan enjin kereta dan keluar menghampiri Lara.
“Lara!”
kejut Faril.
Lara
terjaga dari tidur. Terkejut dia sebaik sahaja Faril mencuit bahunya.
“Kenapa
Lara tidur sini? Kenapa tak ketuk cermin kereta abang tadi? Kalau Lara telefon
pun abang boleh sedar,” tanya Faril.
Lara
menekup wajahnya dengan tapak tangan. Dia menyisir rambutnya yang hampir kusut
kerana ditiup angin ketika dia terlelap tadi.
“Lara
tengok abang tidur nyenyak tadi. Mesti abang letih. Tak sampai hati nak kejut,”
jawab Lara.
“Lepas
tu, Lara tidur di sini?” tanya Faril.
Lara
tersenyum.
“Jomlah
kita minum dulu. Lara lapar tak?” tanya Faril.
“Lapar!”
jawab Lara.
“Alahai...kesiannya
dia. Jomlah! Kita makan dulu,” ajak Faril.
Mereka
berdua berjalan beriringan menuju ke salah sebuah kafe yang tersedia di situ.
Lara memesan mi goreng dan teh o suam. Sementara Faril hanya memesan secawan
nescafe panas.
“Abang
tak makan?” tanya Lara.
“Tak
naklah! Perut tak adalah rasa lapar sangat. Takut dah kenyang nanti ngantuk
pula nak memandu,” jawab Faril.
“Lah...macam
tu pula. Hmm...tak apalah, kita kongsi makan sama-sama, ya. Banyak mi goreng
ni. Tak habis Lara makan seorang,” kata Lara.
“Tak
apalah! Lara makanlah. Abang tak lapar,” kata Faril pula.
“Tak
apa. Kita share okey!” kata Lara
lantas bangun menuju ke dalam kafe.
Tidak
lama selepas itu, Lara muncul membawa sebuah pinggan bersama sudu dan garfu.
“Ish...Lara
ni. Kalau kata dia mesti tak nak kalah tau! Yalah! Abang makan!” ucap Faril.
Lara
tersengih memandang Faril. Setelah agak lama berada di Restoran Jejantas Ayer
Keroh, mereka mula meneruskan kembali perjalanan.
“Dah
sampai Melaka ni, tak jauh lagilah kita sampai,” beritahu Lara.
“Kita
keluar tol mana ni?” tanya Faril.
“Tol
Ayer Hitam. Kita akan lalu Kluang dan kemudian ke Mersing,” jawab Lara.
Faril
mengangguk tanda faham dengan penerangan Lara.
“Abang
pernah sampai ke Johorkah sebelum ini?” tanya Lara.
“Pernah!”
jawab Faril.
“Yakah?
Di mana?” tanya Lara lagi ingin tahu.
“Skudai,”
jawab Faril.
“Ooo...Skudai.
Rumah siapa?” tanya Lara ingin tahu.
“Bukan
rumah. Tapi UTM Skudai. Ada kursus di sana,” jawab Faril.
“Ooo...”
ucap Lara sambil mengangguk-angguk.
Tidak
lama kemudian, suasana kembali sunyi. Faril menumpukan sepenuh perhatian kepada
pemanduannya. Mata Lara pula terasa semakin berat. Beberapa kali dia tersengguk
menahan ngantuk.
“Kalau
Lara mengantuk, tidur sajalah,” Faril bersuara.
Pantas
Lara membesarkan matanya yang mula kemerahan.
“Eh! Tak
adalah! Lara, okey!” ucap Lara lantas memandang Faril.
“Yalah
tu! Dah tersengguk dah abang tengok,” kata Faril lagi.
Lara
membetulkan duduknya. Matanya tegak memandang jalan raya. Sesekali Faril
menjeling Lara.
“Tidur
sajalah,” kata Faril lagi apabila ternampak Lara menguap beberapa kali.
“Kalau
Lara tidur siapa nak tunjuk jalan,” Lara bersuara.
“Abang
boleh tengok papan tanda. Lagipun tadikan Lara dah bagi abang direction,” kata Faril.
Lara
diam tidak menjawab. Suasana sunyi muncul semula. Kali ini Lara sudah terlelap
tatkala Faril menjeling ke tempat duduk di sebelahnya. Faril tersenyum. Lebih
kurang tiga jam perjalanan dari Ayer Keroh tadi, kereta yang dipandu Faril
telah masuk ke daerah Mersing. Lara masih tidur ketika itu.
Faril
tidak tahu mana hendak dituju kerana dia tidak tahu di manakah letaknya rumah
datuk Lara. Dia kemudian mengambil keputusan menuju ke kawasan pantai yang
terletak tidak jauh dari pusat bandar Mersing.
Faril
memasuki kawasan pantai dan memakir keretanya. Enjin kereta dimatikan. Lara
tersedar sebaik saja enjim dimatikan.
“Kita di
mana ni?” tanya Lara kehairanan.
“Di
Mersing!” jawab Faril ringkas.
“Kita
dah sampai ke?” tanya Lara.
“Ya!”
jawab Faril.
Faril
keluar dari kereta. Dia berdiri menghadap pantai. Bayu laut menampar wajahnya.
“Argghhh....segarnya
udara di kampung!” jerit Faril.
Lara
turut keluar. Dia berdiri di sebelah Faril.
“Pandai
abang cari jalan, ya,” ucap Lara.
“Alahai...kerajaan
dah sediakan panduan perjalanan untuk kita. Kalau kita ikut panduan yang betul.
Maka jumpalah jalan yang kita cari. Macam hidup juga. Kalau betul jalan yang
kita ikut, maka betullah tujuan hidup kita,” panjang lebar Faril berkata-kata.
“Amboi...dah
terkena angin laut, serta merta pandai bermadah ya,” kata Lara.
Faril
ketawa. Tiba-tiba telefon Lara berbunyi. Lara memandang skrin telefon
bimbitnya.
“Ayah!”
beritahu Lara memandang Faril.
Lara
meletakkan telefonnya di telinga.
“Ya,
ayah. Kami dah sampai Mersing. Belum sampai rumah Tok Ayah lagi. Abang Faril
singgah pantai sekejap,” Lara memberitahu ayahnya melalui telefon.
“Okeylah!
Nanti sampaikan salam kepada Tok Ayah, nenek dan keluarga yang lain di
kampung,” pesan ayahnya.
“Insya-Allah,”
jawab Lara.
Selepas
memberi salam, talian telefon dimatikan.
“Abang,
jomlah kita balik ke rumah. Takut Tok Ayah risau pula kita tak sampai-sampai
lagi,” ujar Lara.
“Okey!
Jomlah!” ajak Faril pula.
BAB 20
Kereta
Faril memasuki perkarangan rumah datuk Lara. Lara dan Faril turun dari kereta.
Faril menuju ke bonet kereta mengeluarkan beg mereka berdua.
“Assalamualaikum!”
Lara memberi salam.
“Waalaikumsalam!”
salam Lara disambut oleh pembantu rumah datuknya yang digelar Kak Tim.
Lara
tersenyum memandang Kak Tim sebaik pintu dibuka. Faril yang sedang menjimbit beg
kepunyaan Lara sementara bahunya menyandang sebuah lagi beg galas kepunyaannya.
“Eh!
Lara! Kapan tibanya?” tanya Kak Tim
dalam loghat Indonesia.
“Baru
saja sampai. Tok Ayah mana?” tanya Lara.
Wajah
Kak Tim berubah.
“Kak
Tim...kenapa ni? Tok Ayah mana?” tanya Lara lagi.
Tiba-tiba
sahaja hati Lara tidak sedap. Telefon Lara tiba-tiba berbunyi lagi. Ada
panggilan daripada ayahnya.
“Assalamualaikum!
Ya, ayah,” ucap Lara.
“Waalaikumsalam...Lara
di mana?” tanya ayahnya.
“Lara
dan abang Faril baru saja sampai di rumah Tok Ayah,” jawab Lara.
“Oh...yakah?
Ayah nak beritahu ni. Ayah baru saja dapat panggilan daripada datuk. Nenek
sakit, baru saja dibawa ke hospital sebelum Lara tiba. Mungkin ayah, ibu dan
adik-adik akan menyusul ke sana malam ni,” ujar ayahnya.
Jantung
Lara berdegup kencang mendengar berita yang baru disampaikan ayahnya.
“Lara!”
panggil ayahnya.
“Ya...ya...ayah,”
sahut Lara.
“Lara
telefon Tok Ayah dan terus ke hospital ya. Apa-apa perkembangan nanti telefon
ayah atau ibu,” suruh ayahnya.
“Ba...baik,
ayah,” kata Lara sebelum mematikan talian.
Faril
memandang Lara kehairanan. Telefon Lara sekali lagi berbunyi. Kali ini
panggilan itu adalah daripada datuknya.
“Assalamualaikum,”
ucap datuknya.
“Waalaikumsalam,”
jawab Lara.
“Lara
dah sampai mana?” tanya datuknya.
“Lara
dah sampai rumah, Tok Ayah. Ayah dah telefon Lara tadi. Nenek macam mana?”
tanya Lara risau.
“Nenek
masih di wad ICU. Belum sedar,” jawab datuknya dalam nada sedih.
“Tok
Ayah tunggu ya. Kejap lagi Lara dan
abang Faril sampai,” beritahu Lara sambil memandang Faril yang masih kurang
mengerti.
Faril
seperti dapat mengagak apa yang sedang berlaku. Dia memandang Lara.
“Kak
Tim! Bilik untuk abang Faril dah siap?” tanya Lara.
Kak Tim
sekadar mengangguk.
“Kak Tim
tolong simpankan beg kami dalam bilik, ya. Kami nak ke hospital jenguk nenek,”
suruh Lara.
“Baiklah!
Lara pergilah. Nenek tadi kelihatan tenat,” ujar Kak Tim.
Lara
mengangguk. Matanya mula berair.
“Abang,
boleh tak bawa Lara ke hospital sekarang?” tanya Lara.
“Boleh!
Boleh! Jom!” ajak Faril.
Mereka
berdua tergesa-gesa menuju semula ke kereta. Faril memandu menuju ke hospital
sambil Lara menunjukkan jalan.
BAB 21
Suasana
hening menyelubungi perkarangan rumah datuk Lara. Pemergian neneknya
benar-benar memberi kesan kepada Lara. Lara membaca surah Yassin di sebelah
jenazah neneknya. Ayah, ibu dan adik-adiknya sempat tiba sebelum neneknya
menghembuskan nafas yang terakhir.
Faril
memandang Lara dari jauh. Dia turut membacakan surah Yassin kepada arwah. Tidak
jauh dari tempat faril duduk kelihatan Syazwan turut sama-sama menyedekahkan
bacaan surah Yassin kepada arwah nenek Lara.
Tidak
jauh dari kedudukan Lara pula Mak Udanya turut membaca Yassin. Matanya bengkak
kerana menangis sejak semalam. Setiap kali wajah mulus jenazah nenek dibuka
untuk keluarga melihat buat kali terakhir, tiap kali itulah Mak Uda akan
meraung dalam tangisan. Ibu dan Mak Su memujuk Mak Uda yang kesedihan.
Selepas
solat Zohor, jenazah nenek selamat dikebumikan. Lara berjalan beriringan dengan
ibunya. Di belakang mereka, Faril setia menemani Lara ke mana sahaja. Syazwan
menunggu Lara di pintu masuk tanah perkuburan.
“Takziah,
Lara. Kau sabar, ya,” ucap Syazwan.
Lara
hanya mengangguk. Dia mengesat air matanya yang mula jatuh. Ibu Lara melangkah
menuju ke kereta meninggalkan Lara bersama Syazwan. Namun, Faril setia berdiri
di belakang Lara. Syazwan memandang Faril. Mereka bersalaman. Lara memandang
wajah dua orang lelaki yang sememangnya rapat dengannya.
“Oh!
Lupa nak kenalkan. Wan, ni abang angkat aku dari Kuala Lumpur,” beritahu Lara
memperkenalkan Faril.
Faril
dan Syazwan agak terkejut dengan pengakuan Lara. Bagi Faril sebelum ini istilah
abang angkat itu tidak pernah wujud sebenarnya antara mereka. Mereka rapat dan
saling berhubung walaupun jauh. Keakraban mereka tiada status sebenarnya.
“Abang
angkat? Kau tak pernah cerita pun selama ni,” tanya Syazwan.
“Aku tak
pernah ceritakah? Maaflah aku tak perasan,” jawab Lara tersenyum tawar.
Faril
hanya mengangkat bahu.
“Abang,
ini kawan baik Lara. Kami satu sekolah,” giliran untuk Lara memperkenalkan
Syazwan kepada Faril pula.
“Kawan
baik ke boyfriend?” tanya Faril
mengusik.
“Kawanlah!”
jawab Lara tersipu malu.
Syazwan
menunjukkan wajah mendengar kata-kata Faril.
“Abang
tunggu Lara di keretalah,” kata Faril.
Lara
mengangguk. Faril berlalu menuju ke keretanya. Faril sengaja meninggalkan Lara
dan Syazwan berdua. Di saat-saat Lara kesedihan, mungkin Syazwan boleh
meredakannya.
“Kau
datang dengan siapa?” tanya Lara.
“Aku
datang dengan family aku,” jawab
Syazwan.
“Ooo...”
jawab Lara.
Sebenarnya
Lara tidak tahu apa hendak dibualkan dengan Syazwan. Sejak di Kuala Lumpur
hatinya sudah mula merindui sahabatnya itu. Namun di saat kesedihan
menyelubungi dirinya terasa kepalanya kosong dan bercelaru.
“Kau
jangan sedih sangat, ya. Yang pergi tetap akan pergi. Kita yang hidup ni, kena
teruskan perjuangan. Tak lama lagi, kita nak menghadapi SPM. Tentu arwah nenek
kau nak tengok kau lulus dengan cemerlangkan,” kata Syazwan memberi semangat.
Lara
mengangguk. Air matanya gugur lagi.
“Kau
sabar ya Lara,” pujuk Syazwan sambil menepuk perlahan bahu Lara yang terhinggut
menahan tangis.
“Aku
balik dululah. Nanti kita jumpa dan belajar sama-sama, ya!” kata Lara sebelum
beredar menuju ke kereta di mana Faril menunggunya.
BAB 22
Lara
sudah berjaya melepasi cabaran SPM. Dia telah mendapat keputusan yang
cemerlang. Sejak neneknya meninggal, Mak Uda sudah mula menegurnya. Apatah lagi
dia sekarang menjadi kebanggaan keluarga setelah mencapai keputusan yang
cemerlang dalam SPM. Lara kini
melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya di mana Faril kini berada di tahun
akhir. Setahun lagi, Faril akan menamatkan pelajaran sementara Lara baharu
sahaja memulakan pengajian dalam bidang Perakaunan di tahun pertama.
Syazwan
menjadi pelajar terbaik di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mersing. Dia telah
mendapat tajaan MARA untuk melanjutkan pelajaran di England. Lara sempat menghantarnya
di KLIA. Apa yang tidak disangka, Syazwan meluahkan perasaannya kepada Lara.
Mereka telah mengikat janji untuk bersama setelah masing-masing menamatkan
pengajian.
“Lara
janji, ya. Janji akan tunggu sampai Wan balik,” ucap Syazwan sebelum berlepas
ke England.
“Insya-Allah.
Kalau jodoh kita, Lara akan setia,” ucap Lara pula.
Sebentuk
cincin yang dihadiahkan Syazwan ibarat telah mengikat Lara untuk menjadi
miliknya walaupun tidak secara rasmi.
Faril
pula sekadar reda dan gembira apabila Lara memberitahunya tentang hubungan
mereka. Apa lagi yang boleh dilakukan jika itu pilihan Lara. Mungkin Lara lebih
selesa dengan Syazwan kerana mereka rapat sejak di sekolah. Perasaannya
terhadap Lara terus dipendam. Lara pula tidak pernah menyedari perasaan Faril
terhadapnya selama ini. Perasaan yang dipendam sejak Lara masih di sekolah
rendah.
“Abang
buat apa tu?” tanya Lara.
Faril
tersentak. Dompetnya yang mengandungi gambar dia bersama Lara ketika bercuti
bersama keluarga mereka berdua di Langkawi disimpan.
“Ooo...tengok
gambar makwe, ya?” tanya Lara.
Faril
hanya tersenyum.
“Lara
nak tengok, boleh?” pinta Lara.
Faril
hanya menggeleng.
“Eii...kedekutnya.
Ooo...dengan kita nak berahsia, ya. Kita sikit pun tak berahsia dengan dia,”
ucap Lara sambil jari kanannya membelek-belek cincin di jari manis di tangan
kirinya.
Faril
sekadar menjeling melihat perbuatan Lara.
“Abang! Girlfriend abang tu orang mana?” tanya
Lara cuba mengorek rahsia.
“Mana
ada!” jawab Faril.
“Yalah!
Tak nak beritahu kita, tak apalah!”
“Jangan
merepeklah Lara. Abang tak ada masa untuk benda-benda macam tu!”
“Laa...marah
pula?”
“Mana
ada abang marah,”
“Habis
tu?”
“Awak
yang angau. Jangan nak babitkan orang pula,” ucap Faril sambil mencuit hidup
Lara.
Lara
tersengih.
“Lara
rindulah dengan Wan. Dah lama dia tak email Lara. Mesti dia tengah sibukkan?”
kata Lara kepada Faril.
“Yalah!
Dia bakal jurutera. Tentulah sibuk dengan tugasan dan peperiksaannya. Bukannya
senang belajar di tempat orang,” ujar Faril.
“Hmm...abang
agak-agaklah, Wan rindu tak dengan Lara?” tanya Lara lagi.
“Mestilah
rindu,” jawab Faril malas.
“Abang
ni macam tak suka saja tiap kali Lara cerita tentang Wan. Kenapa? Abang
cemburu, ya?”
“Ish...mana
ada. Siapalah abang ni nak cemburukan dia.”
“Itulah!
Lara suruh abang cari awek, abang tak nak.”
“Jangan
merepeklah Lara. Jomlah kita pergi makan.”
“Okey!”
BAB 23
Setelah
bertungkus lumus, Lara akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya. Sementara
Faril telah pun bertugas sebagai arkitek di syarikat milik ayahnya sejak
beberapa tahun yang lalu. Dia kini sedang mengikuti kursus sarjana di
Universiti Malaya.
Syazwan
juga akan pulang ke tanah air tidak lama lagi. Menurut keluarganya, Syazwan
akan pulang sebentar ke tanah air sebelum kembali semula ke London. Ini kerana,
dia telah mendapat peluang pekerjaan di sana. Menurut ayahnya, dia akan menimba
pengalaman beberapa tahun di sana sebelum berkhidmat di negara sendiri.
“Wah!
Untunglah siapa yang jadi isteri Syazwan, ya. Mesti gaji dia besar kerja di
sana,” kata Faril.
Lara
hanya tersenyum tawar. Entah mengapa perasaannya kepada Syazwan dirasakan
semakin pudar. Walaupun jarinya masih tersarung cincin pemberian Syazwan, namun
jurang antara dia dan Syazwan dirasakan semakin besar. Sama ada dia yang
tersalah tafsir atau hakikatnya Syazwan memang telah berubah hati.
Lara
tidak pasti perasaan tidak sabar menanti Syazwan kembali kerana rindu kepadanya
atau ingin mendapatkan kepastian terhadap hubungan mereka. Benarlah kata orang,
hubungan cinta jarak jauh memang sukar untuk menjadi.
“Ooo...cik
Lara!” panggil Faril.
Lara
tersentak.
“Ya! Ya,
bang!” sahut Lara.
“Ni
berangan apa ni? Tak sabar, ya nak tunggu Wan sampai esok,” kata Faril.
“Entahlah,
bang.”
“Hai...entah
pula?”
Lara
mengangkat bahu.
“Mesti
Lara rindukan diakan?”
Lara
sekali lagi mengangkat bahu.
“Laa...dah
kenapa pula ni? Main angkat-angkat bahu pula.”
“Abang
rasa, hati Wan pada Lara berubah atau tak?”
Faril
memandang gadis kesayangannya lama. Bagai ada kesedihan terlindung dalam seraut
wajah yang comel itu.
“Lara
tanya abang soalan apa ni? Kenapa dengan Lara ni? Tak yakin dengan cinta Wan?”
“Entahlah,
bang. Mungkin Lara sendiri yang dah tawar hati,” ucap Lara.
“Tak
baik melukakan perasaan orang,” Faril bersuara.
Lara
mengeluh.
“Esok
abang temankan Lara, boleh?”
“Teman
Lara ke mana?”
“Ke
KLIAlah! Wankan sampai esok,” jawab Lara.
Faril diam
seketika. Sebenarnya agak berat untuknya menemani Lara. Apatah lagi bakal
menyaksikan gadis pujaannya itu melepaskan rindu dengan orang tersayang.
“Boleh
tak?” tanya Lara mendesak.
“Tengoklah
dulu macam mana!”
“Abang
ni! Please!!!”
Faril
memandang wajah Lara lama. Lara sedang tersenyum memandangnya. Sesekali dia
membuat memek muka merayu. Faril ketawa. Lucu melihat gadis comel di hadapannya
itu.
“Pukul
berapa flight dia sampai?”
“Pukul
lima petang.”
“Okeylah!
Abang teman!”
“Yeah!
Sayang, abang!” jerit Lara.
Lara
bangun lantas meletakkan kedua tapak tangannya di wajah Faril.
“Ish!
Apa ni? Macam mana nak kahwin macam ni? Perangai macam budak-budak!”
Lara
melepaskan wajah Faril.
“Siapa
yang nak kahwin?” tanya Lara lantas mencebikkan bibirnya.
“Laralah!”
jawab Faril.
Lara
diam tidak menjawab. Dia duduk kembali di kerusi yang terletak di hadapan
Faril.
“Abanglah
kahwin dulu!” ujar Lara.
“Abang
pula yang kena?”
“Yalah!
Abangkan tua dari Lara.”
Faril
ketawa.
“Abang
tak ada makwe ke? Takkanlah dari di universiti sampai dah kerja ni tak sangkut
dengan mana-mana perempuan?” tanya Lara.
Faril
ketawa.
“Orang
tanya dia ketawa pula.”
“Macam
mana abang tak ketawa. Lara tanya abang soalan macam tu.”
“Yalah!
Hairan juga Lara. Abang ni memilih perempuan macam mana yang cerewet sangat
ni?”
“Mana
ada abang cerewet.”
“Yalah
tu. Macam ni abang kata bukan cerewet?”
Faril
ketawa lagi.
“Bila
orang cakap, dia ketawa. Itu sajalah kerja dia,” bebel Lara.
Faril
masih lagi ketawa. Kertas-kertas yang bertaburan di atas mejanya di susun rapi.
“Abang
sebenarnya nak cari perempuan macam mana? Cuba abang beritahu Lara. Manalah
tahu Lara boleh tolong carikan.”
Ketawa
Faril semakin menjadi-jadi.
“Dahlah
bang! Malaslah cakap dengan abang lagi. Orang cakap dia ketawa!”
Faril
berhenti ketawa. Dia memandang Lara yang sedang menarik muka masam.
“Abang
cari yang macam muka Lara sekarang nilah! Yang kuat merajuk macam Lara. Yang
garang macam Lara. Yang comel macam Lara. Ada?” pertanyaan Faril membuatkan
degupan jantung Lara terasa terhenti seketika.
Lara
memandang Faril tidak berkelip. Faril bangun lantas memetik jari di hadapan
wajah Lara. Mata Lara berkelip. Dia terkejut.
“Ada
tak? Kalau ada, bawa dia jumpa abang. Abang akan terus ajak dia kahwin masa tu
jugak.”
Lara
menelan air liur. Faril ketawa melihat wajah Lara.
“Dahlah
Lara. Jangan nak merepek lagi, ya. Jom kita balik! Awak tu dah menganggur,
menganggu kerja orang di pejabat. Nasib baik syarikat sendiri. Kalau tak, dah
lama kena halau. Tau tak?”
Lara
tersengih memandang Faril. Faril mengemas mejanya lantas mencapai begnya. Faril
dan Lara berjalan seiringan keluar dari pejabat.
BAB 24
Penerbangan
Syazwan akan tiba tidak lama lagi. Keluarga Syazwan telah lama menunggu di
KLIA. Lara dan Faril tiba di KLIA tidak lama selepas itu. Pengumuman ketibaan
penerbangan yang membawa Syazwan kembali ke tanah air bergema diumumkan.
Jantung
Lara semakin berdebar-debar. Sejak semalam mata kanannya berkedip-kedip. Dia
sendiri tidak faham yang mana satu perumpamaan orang tua-tua yang betul. Sama
ada dia akan menangis atau dia bakal bertemu orang yang sudah lama tidak
ditemuinya. Apa yang dia pasti kedua-duanya akan berlaku Cuma tidak pasti
situasinya.
Setelah
lama menunggu, Syazwan akhirnya muncul. Ternyata dia semakin kacak daripada
sebelum dia terbang ke luar negara. Syazwan menyorong troli bagasinya. Sebelah
tangannya melambai-lambai ke arah mereka yang menunggunya.
Di
samping jantung Lara yang semakin kencang berdegup tidak keruan, matanya
semakin galak berkedip sehinggalah tiba-tiba ia berhenti sendiri. Lara
terpandang sesusuk tubuh yang seolah-olah dikenalinya. Dari jauh Lara mengamati
wajah gadis di belakang Syazwan yang tersenyum.
Syazwan
dan gadis itu semakin menghampiri mereka. Syazwan berpelukan dengan ahli
keluarganya sebelum menghampiri Lara dan Faril yang berdiri dibelakang. Lara
masih mengamati wajah gadis yang turut bersalaman dengan keluarga Syazwan.
Hatinya tertanya-tanya siapa gadis itu dengan keluarga Syazwan. Mereka
kelihatan mesra.
Gadis
itu tiba-tiba tertancap pandangan terhadap Lara. Dia menghampiri Lara.
“Lara?”
tanya gadis itu.
Lara
memandang gadis itu lama. Dia lupa niat sebenar dia datang ke KLIA. Faril
menepuk bahu Lara membuatkan Lara terkejut.
“Lara!!!
Akulah! Naemah!”
“Ya-Allah!
Naemah! Kau apa khabar? Lamanya tak jumpa!”
Mereka
berdua berpelukan. Air mata keduanya gugur kegembiraan.
“Patutlah,
mata aku berkedip-kedip dari semalam,” ujar Lara.
“Yakah?
Kau datang sini jemput siapa?” tanya Naemah.
“Aku
jemput....”
“Hai
Lara!” sapa Syazwan.
Lara
tersenyum memandang orang yang ditunggu selama ini.
“Apa
khabar?” tanya Syazwan.
“Alhamdulillah,
sihat.”
Mata
Lara tertancap pada tiga jari Syazwan yang berwarna kemerahan. Merah inai. Kali
ini dadanya pula terasa sebak. Dipandang pula jemari Naemah yang penuh disaluti
inai dikesemua jarinya. Naemah tersenyum memandang Lara. Jemari Lara yang
semakin sejuk digenggam.
“Kami
baru bernikah di London. Balik ni baru nak buat kenduri di Malaysia.”
Pengakuan
Naemah membuatkan pandangan mata Lara semakin kabur. Air jernih mula bertakung.
Faril turut terkejut dengan berita itu. Mengertilah Lara mengapa emailnya tidak
berbalas sekian lama. Mengapa Syazwan menyepi. Benarlah telahannya. Hati
Syazwan telah beralih arah.
Dalam
kekaburan Lara memandang Syazwan yang tertunduk. Air mata Lara gugur juga
akhirnya. Jemari Naemah terlepas dari pegangan. Kakinya melangkah mengundur.
Hatinya hancur. Apa yang terlintas difikirannya benar-benar menjadi kenyataan
walaupun hakikatnya dia berdoa semoga itu tidak terjadi.
“Lara!
Kenapa ni? Abang, kenapa ni?” tanya Naemah kehairanan.
“Kenapa
kau buat aku macam ni?” Lara menujukan pertanyaan itu kepada Syazwan.
Cincin
di jarinya dipegang. Lara memusingkan cincin tersebut sehingga tertanggal dari
jari manisnya. Naemah semakin tidak mengerti.
“Apa
dosa aku pada kau, Wan?” Lara terus bertanya.
Sementara
Syazwan tetap menunduk. Faril memegang bahu Lara yang semakin terkulai. Lara
mencampakkan cincin pemberian Syazwan ke arahnya. Syazwan mengangkat wajahnya
perlahan memandang Lara.
“Wan
minta maaf,” Syazwan mula bersuara.
“Kenapa?
Kenapa? Kenapa?”
Hanya
pertanyaan itu yang diulang Lara berulang kali. Faril jadi hilang sabar. Dia
benar-benar terkejut dengan perbuatan Syazwan. Tanpa disedarinya satu penumbuk
singgah di wajah Syazwan.
Syazwan
langsung tidak melawan. Keluarga Syazwan mula panik dengan tindakan Faril.
Kolar baju Syazwan ditarik Faril.
“Kenapa
kau buat Lara macam ni? Kau tau dia setia pegang janji kau! Dia setia tunggu
kau!”
Lara
sudah terduduk menangis di lantai. Otak fikirannya berserabut. Terasa betapa
bodohnya dia selama ini. Bodoh kerana tidak mempercayai kata hatinya. Bodoh
kerana setia kepada orang yang tidak jujur.
“Lara,
aku minta maaf,” ucap Syazwan dengan nada kesal.
Darah
pekat mula mengalir di bibir Syazwan. Dia melutut di hadapan Lara meminta maaf.
Lara memandangnya sekilas. Benci kerana meletakkan hatinya untuk Syazwan selama
ini. Lara bangun dari duduknya. Dia berlari keluar dari terminal menuju ke
pintu keluar. Ketika di jalan raya sebuah kereta limo tidak sempat
memberhentikan kenderaannya lantas merempuh Lara yang juga tidak perasan
kehadiran kereta tersebut.
“Lara!!!”
jeril Faril yang sedang mengejarnya.
Tubuh
Lara terpelanting lebih kurang lima meter dari tempat dia dilanggar. Faril
menghampiri Lara lantas memangkunya.
“Lara!
Lara! Bangun Lara! Tolong!!! Tolong!!!” Faril menjerit seperti orang gila.
Lara
sudah tidak sedarkan diri. Kepalanya berlumuran darah. Begitu juga kaki dan
tangannya. Syazwan dan keluarganya menghampiri kawasan kejadian. Faril
menepuk-nepuk pipi Lara yang berlumuran darah.
“Lara!
Bangun Lara! Tolong!!! Panggilkan ambulan!!!” tidak keruan Faril dibuatnya.
Sepuluh
minit kemudian Lara dibawa ke Hospital Putrajaya. Keadaannya agak kritikal.
Keluarganya telah diberitahu. Faril seperti orang gila. Beberapa kali dia cuba
hendak memukul Syazwan. Namun, ayah Lara menghalangnya.
“Bawa
mengucap Faril. Allah sahaja yang dapat membantu kita sekarang. Kita sama-sama
doakan Lara, ya,” pujuk ayah Lara.
Faril
duduk sambil menekup wajahnya. Kesal dia kerana tidak memberitahu perasaannya
kepada Lara. Jika dia tahu Syazwan akan berpaling tadah. Sudah lama dia melamar
Lara.
BAB 25
Dua
minggu setelah kejadian itu, Lara semakin pulih. Faril sangat bersyukur kepada
Allah kerana memakbulkan doanya. Memang benar setiap kejadian ada hikmahnya.
Lara telah reda perkahwinan dua sahabat baiknya itu.
Sepanjang
dia di hospital, tidak dia menyangka Mak Udanya yang menjaganya. Mereka sudah
semakin mesra. Tiada perasaan dendam. Tiada perasaan sakit hati. Naemah dan
Syazwan turut datang ke hospital melawat Lara ketika dia masih di wad. Mereka
kini menetap di London kerana Syazwan bekerja di sana. Naemah pula menyambung
pengajiannya di peringkat sarjana.
Lara
telah mendapat tawaran kerja di syarikat Faril. Dia kini menjadi akauntan untuk
syarikat Faril. Namun, hubungan mereka masih lagi berlangsung seperti biasa.
Rahsia hati faril tetap menjadi rahsia.
“Abang!
Jomlah kita pergi makan!” ajak Lara.
“Kejaplah!
Abang nak siapkan kerja abang sikit saja lagi ni. Lara duduk dulu,” pinta Faril.
“Lara
laparlah!” rengek Lara.
“Kejaplah
sayang,” pujuk Faril.
“Apa?
Abang panggil Lara apa?” tanya Lara inginkan kepastian.
“Sayang...Larakan
adik kesayangan abang. Kejap, ya!”
“Okey!”
Lara
duduk di sofa yang terdapat dalam pejabat Faril. Dia memandang Faril yang
sedang tekun menyiapkan kerjanya.
“Okey!
Dah siap. Kejap ya. Abang kemas meja,” kata Faril.
Lara
setia menunggu.
“Okey!
Jom!” ajak Faril.
Mereka
berdua berjalan seiringan.
“Nak
makan mana ni?” tanya Faril.
Lara
mengangkat bahu.
“Ewah!
Main angkat bahu pula!”
Lara
ketawa.
“Cepatlah!
Nak makan apa ni?”
“Hmm...abang
nak makan apa?”
“Eh!
Orang tanya dia, dia tanya kita pula.”
“Cepatlah
cakap!”
“Entahlah!
Tekak terasa macam nak makan Mc Donalds!”
Lara
tersenyum memandang Faril. Selera mereka memang serupa hari ini.
“Okey!”
“Lara
tak kisahkah? Lara cakap jelah nak makan apa?”
“Tak
kisah! Asalkan abang belanja!”
“Ooo...tak
aci ni! Asyik abang saja belanja dia,” kata Faril.
Lara
ketawa. Mereka berdua menaiki kereta menuju ke Mc Donalds berhampiran. Sebaik
sahaja tiba, Faril memakir keretanya. Mereka berdua melangkah masuk ke restoran
makanan segera itu.
“Siapa
nak beratur ni?”
“Abanglah!
Biar Lara cari tempat duduk, okey!”
“Pandailah
tu!”
Lara
ketawa.
“Nak
makan apa?” tanya Faril.
“Chicken
McDeluxe saiz sederhana,” jawab Lara.
“Okey!
Pergi cari tempat duduk,” suruh Faril.
Lara
telah menemui tempat duduk untuk mereka berdua. Dia lantas duduk menunggu
Faril. Lara memandang Faril yang sesekali menoleh kepadanya ketika sedang
beratur.
Sementara
itu, Faril terasa perutnya memulas. Barisan yang dia sedang beratur masih
panjang menunggu giliran. Dia memandang Lara. Berharap Lara akan memandangnya.
Dia sudah tidak tahan hendak ke tandas.
Lara
memandang ke luar. Sesekali dia akan memandang ke arah Faril yang sedang
beratur. Faril sedang memandangnya. Lara tersenyum lantas mengalih pandangan ke
tempat lain.
“Ish
budak ni! Aku lambai dia boleh tersenyum pula,” rungut Faril menahan sakit
perut.
Faril
melambai Lara sekali lagi.
“Lara!!!”
Faril menjerit.
Lara
menoleh dan melihat semua orang turut memandang Faril. Faril tersengih-sengih.
Lara segera menghampiri Faril.
“Kenapa
abang menjerit?”
“Abang
tak tahan dah! Abang sakit perut sangat-sangat. Abang nak pergi tandas. Lara
beratur, ya,” suruh Faril lantas hendak berlalu dari situ.
“Eh!
Duit!” pinta Lara sambil menunjukkan isyarat duit dengan jari.
“Ish...berkira!
Nah! Ambik duit dalam wallet ni!”
suruh Faril lantas berlalu dari situ.
Lara
ketawa memerhatikan Faril yang tergesa-gesa ke tandas. Lara melihat senarai
menu. Tiba-tiba dia teringat bahawa dia terlupa untuk bertanya apa yang hendak
dipesan oleh Faril.
“Ish...abang
ni nak makan apa? Hmm...order sajalah apa yang dia selalu order,” kata Lara
sendirian.
Lara
membuka dompet Faril. Dia tersenyum tatkala melihat susunan duit Faril di dalam
dompet tersebut.
“Banyak
juga duit orang tua ni,” kata Lara sendirian .
Tiba-tiba
Lara terpandang gambar yang disimpan Faril di dalam dompetnya itu. Lara
teringat sesuatu. Kenangan ketika dia ternampak Faril melihat gambar di
dompetnya.
“Abang
buat apa tu?” tanya Lara.
Faril
tersentak. Dompetnya yang mengandungi gambar disimpan.
“Ooo...tengok
gambar makwe, ya?” tanya Lara.
Faril
hanya tersenyum.
“Lara
nak tengok, boleh?” pinta Lara.
Faril
hanya menggeleng.
“Eii...kedekutnya.
Ooo...dengan kita nak berahsia, ya. Kita sikit pun tak berahsia dengan dia.”
Lara
kemudian terimbas pula kata-kata Faril sebelum ini.
“Abang
cari yang macam muka Lara sekarang nilah! Yang kuat merajuk macam Lara. Yang
garang macam Lara. Yang comel macam Lara. Ada?”
Lara
tersenyum sendirian. Dia mengerti kini siapa yang ada di hati Faril. Gadis itu
adalah dia. Bagaimana dia boleh tidak perasan selama ini.
“Cik!
Boleh saya ambil order?”
Suara
juruwang Mc Donalds mematikan lamunan Lara.
“Er...ya..ya...Satu
set Chicken McDeluxe medium dan satu set Big Mac besar,” pesan Lara.
Lara
membayar harga pesanan dan membawa hidangan ke meja. Tidak lama kemudian Faril
muncul. Dia tercari-cari kelibat Lara. Lara melambai Faril. Faril menghampiri
Lara lantas duduk.
“Fuh!!!
Nasib baik ada tandas yang bersih di sini,” kata Faril.
“Terima
kasih abang,” ucap Lara.
“Terima
kasih? Untuk apa?” tanya Faril.
“Sebab belanja
Lara,” ucap Lara.
Lara
menghulurkan dompet Faril sambil membukanya. Terpampang gambar mereka berdua.
Faril menepuk dahi. Macam mana dia boleh lupa tentang gambar itu tadi.
“Lara
dah jumpa gadis yang abang cari ni!” ucap Lara berseloroh.
Faril
ketawa. Dia memegang tangan Lara.
“Would you marry me?” Faril melamar Lara.
Lara
tersenyum lantas mengangguk.
“Mana
cincinnya?” tanya Lara.
“Ish...mana
abang tahu Lara boleh bocorkan rahsia abang di sini,” kata Faril.
Mereka
berdua ketawa. Hubungan yang akrab kini menjadi semakin rapat.
BAB 26
Sudah
sejam Lara menunggu Faril di hadapan bangunan pejabat mereka. Namun bayangnya
masih tidak kelihatan. Ada keluhan kecil terbit dari bibir munggil gadis itu.
“Mana
abang ni?” mata Lara liar mencari kelibat Faril.
Mereka
berdua telah berjanji untuk bersama-sama mencari barang sempena melangsungkan
pertunangan mereka yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Lara memandang jam
tangannya. Sekali lagi dia mengeluh.\
“Tak
baik mengeluh Cik Lara,” terkejut Lara tatkala terdengar suara yang
dikenalinya.
“Eh!
Iskandar. Terkejut Lara,” ucap Lara sambil mengurut dada.
“Maafkan
Is. Tak sangka Lara terkejut sampai macam tu sekali. Is tak ada niat nak buat
Lara terkejut,” Iskandar berkata dengan sedikit rasa kesal dengan perbuatannya
tadi.
Lara
tersenyum memandang Iskandar.
“Haa...Is
ada nampak abang Faril tak?” tanya Lara.
“Ada.
Memang Is baru lepas jumpa dia tadi. Dia minta tolong Is temankan Lara pergi
barang-barang pertunangan Lara dan abang Faril,” jelas Iskandar.
Lara
memandang iskandar sambil mengerutkan dahi.
“Dia ke
mana?” tanya Lara.
“Entah.
Katanya ada urusan penting yang perlu diselesaikan segera. Dia tak dapat nak
temankan Lara. Jadi, dia minta Is temankan Lara” jawab Iskandar.
“Hmm...tak
apalah kalau macam tu. Nampaknya kita sajalah yang pergi hari ni. Tapi Lara tak
mengganggukah? Kalau Is ada hal, tak apa. Lara boleh pergi sendiri,” kata Lara.
“Eh! Tak
apa. Is pun bukan ada kerja pun,” pantas Iskandar memintas.
“Betul
ni?” Lara inginkan kepastian.
Iskandar
mengangguk bersungguh-sungguh. Lara tersenyum manis memandang Iskandar.
“Okey!
Kalau macam tu, mari kita pergi sekarang,” ajak Lara.
“Silakan,”
ucap Iskandar penuh sopan santun.
Lara
memandang Iskandar lantas tersenyum.
“Naik
kereta Is sajalah,” ujar Iskandar apabila melihat Lara menuju ke arah
keretanya.
“Tak
apalah. Naik kereta Lara,” ajak Lara pula.
“Sebenarnya
Is tak selesa kalau naik kereta perempuan yang pandu,” kata Iskandar pula.
“Macam
tu pula?” tanya Lara memandang Iskandar lantas tersenyum.
Iskandar
memandang Lara minta agar memahaminya.\
“Okeylah.
Kita naik kereta Is,” kata Lara.
Iskandar
mengangguk lantas tersenyum. Mereka berdua menuju ke arah di mana kereta
Iskandar di pakir. Mereka berdua kemudian menaiki kereta. Tidak berapa lama
selepas itu kereta Iskandar bergerak meninggalkan kawasan pakir.
Dari
jauh sepasang mata sedang memerhatikan kereta Iskandar bergerak semakin jauh
dari kawasan pejabat. Satu keluhan penuh kekesalan terbit dari bibir Faril.
“Maafkan
abang Lara,” ucap Faril perlahan.
Serta-merta
ingatan Faril teringat akan temujanjinya dengan doktor Asrul semalam. Doktor
yang merangkap rakannya itu telah mengkhabarkan satu berita yang serta-merta
merubah hidupnya. Juga bakal merubah hidup Lara, gadis yang sangat dicintainya.
“Berapa
lama dah kau dapat simptom-simptom ni?” tanya doktor Asrul.
“Sebenarnya
dah lama. Aku rasa adalah hampir tiga tahun simptom ni berulang-ulang.
Adakalanya ia hilang. Tapi sejak akhir-akhir ni semakin kerap. Apa yang
membimbangkan aku tiap kali aku muntah darah turut keluar sekali,” jawab Faril.
“Minggu
lepas aku dah buat pemeriksaan. Hari ini pun aku dah buat pemeriksaan.
Keputusannya sama. Tapi kalau aku beritahu kau bersabar ya,” penuh berhati-hati
doktor Asrul mengeluarkan kata-kata.
Jantung
Faril mula berdebar-debar. Hatinya tertanya-tanya apakah penyakit yang
dihidapinya.
“Maafkan
aku Faril. Kau sepatutnya mula mendapatkan rawatan sejak mula-mula kau dapat
tanda-tanda awal,” ucap doktor Asrul lagi.
Sebenarnya
dia serba salah untuk memberitahu perkara sebenar kepada sahabatnya itu. Dia
sendiri tidak menyangka rakan baiknya itu menghidapi penyakit kronik.
“Apa
sebenarnya penyakit aku Asrul?” tanya Faril inginkan kepastian.
“Maafkan
aku Faril,” sekali lagi doktor Asrul meminta maaf.
“Kau
beritahu saja. Aku sedia mendengarnya.”
Doktor
Asrul mengeluh. Dia menundukkan wajahnya seketika sebelum kembali memandang
wajah teman di hadapannya.
“Faril,
kau menghidapi kanser hati. Tahap empat,” beritahu doktor Asrul.
Kaki
Faril bagaikan tidak bermaya mendengar setiap butir kata yang diucapkan doktor
Asrul.
“A..aku
ada kanser?” tanya Faril inginkan kepastian.
Doktor
Asrul sekadar mengangguk.
“Kau
tipu akukan?” tanya Faril inginkan kepastian.
“Maafkan
aku Faril,” sekali lagi doktor Asrul melahirkan rasa kesalnya.
“Aku ada
kanser tahap empat, Asrul? Kau tahu tak aku dah nak kahwin? Minggu depan aku
dah nak bertunang. Tiga bulan lagi aku dan Lara nak kahwin. Apa aku nak
beritahu Lara?” Faril terus bertanya Asrul bertubi-tubi.
“Kau
perlu berubat Faril. Masih sempat lagi. Insya-Allah,” doktor Asrul masih
memberi harapan.
Air mata
Faril jatuh. Faril menangis. Asrul tidak sampai hati memandang sahabatnya itu.
“Aku tak
sepatutnya melamar Lara. Aku hanya akan buat dia bersedih, Asrul! Apa aku nak
beritahu dia? Tolong aku Asrul!”
“Sabar
Faril. Aku janji akan bantu kau sampai kau sembuh.”
“Kau
yakin aku boleh sembuh? Berapa peratus?”
Asrul
diam seketika. Soalan Faril bagaikan memerangkapnya.
“Ajal
dan maut bukan di tangan kita Faril,” ucap doktor Asrul.
“Kau dah
mula sebut tentang ajal Asrul,” sinis suara Faril kedengaran.
Asrul
menunduk. Hakikatnya dia tahu penyakit sahabatnya itu berada di ambang maut.
Namun, dia yakin Allah mengetahui segalanya. Tidak mustahil jika itu yang Dia
mahukan Faril masih punya harapan.
Faril
tersedar dari lamunannya tatkala ada orang melintas di hadapan matanya. Air
matanya dikesat. Dia tidak mahu Lara kecewa sekali lagi. Sudah cukup selama ini
gadis itu berendam air mata. Namun, dia buntu. Tidak tahu apa yang perlu dia
lakukan sekarang. Berterus-terang pasti akan meluluhkan hati Lara.
Pasti
gadis itu akan mendampinginya terus kerana simpati kepadanya. Dia tidak mahu
Lara merana apabila menyedari dia bakal meninggalkan Lara buat selama-lamanya.
“Maafkan
abang, Lara.”
BAB 27
Tangan
Iskandar penuh dengan barang-barang yang dibelinya bersama Lara tadi. Barang
yang bakal dibuat hantaran pertunangan Lara dan Faril. Lara tertawa memandang
Iskandar.
“Wah!
Sukanya ketawakan orang,” ucap Iskandar.
“Siapa
yang menawarkan diri tadi?” tanya Lara.
“Yalah!
Tapi kenapa tak letakkan di kereta Lara saja. Kenapa mesti nak bawa naik ke
pejabat?” tanya Iskandar kembali.
“Lara
nak tunjuk pada abang Faril!”
“Ooo...okey!”
Mereka
berdua menuju ke arah bilik Faril. Lara mengetuk pintu. Tiada sebarang suara
yang mengarahkan mereka masuk.
“Encik
Faril di surau. Solat,” beritahu setiausaha Faril.
“Ooo...ok.
Tak apalah. Saya tunggu dia di dalam ya?”
Setiausaha
Faril sekadar mengangguk.
“Jom
Is!”
Iskandar
menuruti langkah Lara. Setibanya di dalam bilik Faril, Iskandar meletakkan
barangan tersebut di atas sofa yang terdapat di dalam bilik pejabat Faril.
“Okeylah
Lara. Is keluar dulu.”
“Okey!
Terima kasih!”
“Sama-sama!”
Iskandar
meninggalkan Lara yang sedang membelek-belek barangan yang dibeli tadi di dalam
bilik Faril. Ketika dia membuka pintu bilik, Faril berada di pintu. Mereka
berdua sama-sama terkejut.
“Eh!
Abang Faril! Lara ada di dalam,” beritahu Iskandar.
Wajah
Faril berubah. Dia mengangguk sebelum masuk ke dalam biliknya. Iskandar berlalu
dari situ. Sebelum beredar ke biliknya, sempat dia menoleh ke arah pintu Faril.
Lara
yang terdengar suara Faril segera menoleh mendapatkan Faril. Plastik
barang-barang yang dibeli tadi dibimbit bersama. Faril melangkah ke meja kerjanya.
Lara menuruti langkah Faril.
“Abang!
Cuba abang tengok baju ni. Abang suka tak? Is yang pilih tadi!” tanya Lara.
“Kenapa
tak tinggal semua barang ni di kereta saja?” tanya Faril tanpa menjawab soalan
Lara.
“Lara
nak tunjukkan abang,” jawab Lara.
“Nanti-nantikan
boleh. Sekarang ni waktu pejabat. Abang banyak kerja ni!” suara Faril sedikit
meninggi.
Lara
memandang Faril dengan pandangan yang tajam.
“Okey!
Lara minta maaf,” rajuk Lara.
Lara
mengemas barang-barang lantas membimbitnya. Dia mahu keluar segera dari bilik
Faril. Hatinya tersentuh dengan sikap Faril. Sudahlah dia pergi bersama orang
lain membeli kelengkapan pertunangan mereka. Kini, Faril seolah-olah tidak sudi
melihat barangan yang telah dibelinya tadi.
Oleh
kerana barangan yang dibeli terlalu banyak, ada beg plastik yang terlepas dari
tangan Lara. Terkocoh-kocoh Lara mengutipnya semula. Air matanya seakan mahu
tumpah. Dia benar-benar terasa dengan sikap Faril.
Faril
menyedari Lara merajuk. Dia bingkas bangun membantu Lara mengutip barangan yang
terkeluar dari beg plastik. Lara pantas merampas barang tersebut daripada
Faril. Air matanya jatuh akhirnya. Dia sudah tidak mampu membendung lagi.
Esakannya mula kedengaran. Faril rasa bersalah melihat gadis kesayangannya
menangis. Sedangkan dia pernah bertekad tidak akan membiarkan Lara menangis
lagi. Kini, buat pertama kali sepanjang hubungan mereka, Lara menangis.
“Lara,
abang minta maaf.”
Lara
hanya diam. Dia memungut barangan yang jatuh sambil diperhatikan Faril. Air
matanya semakin laju. Lara kemudian bangun lantas mengatur langkah untuk keluar
dari bilik itu. Faril pantas memegang tangan Lara. Beg plastik di tangan Lara
sekali lagi terlepas dari tangannya.
“Lara,
abang minta maaf,” ucap Faril sekali lagi.
Lara
terus menangis.
“Lara
jangan nangis. Hati abang sakit kalau Lara nangis. Abang minta maaf,” ucap
Faril lantas mengesat air mata di wajah Faril.
Semua
plastik beg di tangan Lara terlepas. Lara terduduk di lantai. Dia menangis
tersedu-sedu. Faril tidak pernah buat dia menangis. Dia tidak pasti apa yang
membuatkan hatinya benar-benar terguris. Walhal jika hendak difikirkan
kesalahan Faril bukannya besar sangat.
“Abang
minta maaf,” Faril terus merayu.
Lara
bangun lantas keluar dari bilik Faril. Dia meninggalkan barang-barang yang
jatuh di dalam bilik. Faril meraup wajahnya dengan tangannya.
BAB 28
Sudah
seminggu Faril demam. Doktor Asrul datang ke rumah Faril atas permintaan Faril
sendiri.
“Kau
kena ke hospital,” saran doktor Asrul.
“Tak ada
maknanya aku duduk di hospital tu. Penyakit aku bukannya boleh sembuh,” jawab
Faril.
“Habis
tu kau ingat, kau duduk di rumah boleh sembuh?” tanya doktor Asrul sedikit
sinis.
Faril
terbatuk-batuk. Jururawat yang datang bersama doktor Asrul segera mendapatkan
bekas untuk Faril muntah.
“Penyakit
kau semakin parah, Faril. Kita ke hospital,” kali ini Asrul benar-benar risau.
Faril
menggeleng. Tubuhnya terasa sungguh lemah. Dia berbaring setelah memuntahkan
isi perutnya entah ke berapa kali. Asrul hanya memandang Faril yang memejamkan
mata.
Sementara
itu di halaman rumah Faril, kereta Lara meluncur laju. Sejak dia merajuk, Faril
langsung tidak menghubunginya. Hampir seminggu dia tidak terlihat Faril di
pejabat. Sebaik sahaja diberitahu setiausaha Faril bahawa bakal tunangannya itu
tidak sihat, segera dia memandu ke rumah Faril.
Pintu
bilik Faril terkuak. Asrul menoleh. Muncul Lara di depan pintu. Faril terbaring
lesu. Tubuhnya benar-benar lemah tidak berdaya. Lara memandang Faril yang
terbaring sambil memejamkan mata. Lara menghampiri Faril. Ternyata Faril sedang
tidur dan tidak menyedari kehadirannya di situ.
“Abang
Faril kenapa?” tanya Lara kepada Asrul.
Asrul
hanya menunduk. Tiadak lama kemudian, terlihat kelibat Iskandar di pintu bilik
Faril. Rupa-rupanya Iskandar segera menuruti Lara setelah diberitahu setiausaha
Faril bahawa Lara ke rumah Faril.
Lara
menyentuh pipi Faril. Panas.
“Abang
Faril kenapa?” Lara bertanya pula kepada Iskandar.
Wajah
Iskandar seolah-olah menyimpan sesuatu.
“Apa Is
buat di sini? Is tahu apa-apa fasal abang Faril?” Lara terus bertanya.
Lara
memegang wajah Faril. Suhu badan Faril ternyata terlalu panas.
“Abang!”
panggil Lara.
Iskandar
dan Asrul saling berpandangan. Lara terus memangil Faril. Faril tidak bergerak.
Asrul memandang ke arah Faril. Hatinya cemas. Asrul menghampiri Lara dan Faril.
Iskandar turut menghampiri mereka.
“Faril!”
panggil Asrul.
Asrul
menepuk pipi Faril berulang kali. Suhu badan Faril diambil. Jururawat turut
membantu sambil diperhatikan Lara dan Iskandar. Hati Lara berdebar-debar. Dia
memandang Asrul minta kepastian.
“Panggilkan
ambulan!” arah Asrul kepada jururawat.
Pantas
jururawat membuat panggilan.
“Abang!
Abang kenapa? Is! Abang Asrul! Abang Faril kenapa?” Lara mula menangis.
“Sabar
Lara. Faril tak apa-apa. Dia demam panas saja,” bohong Asrul.
Iskandar
mengeluh. Hatinya ingin saja menjerit memberitahu Lara. Tapi dia sudah berjanji
dengan Faril. Tidak lama kemudian, ambulans tiba. Faril dibawa ke hospital.
Lara dan Iskandar turut ke hospital.
Setibanya
di hospital, Faril di bawa ke bilik kecemasan. Lara dan Iskandar menunggu di
luar dengan sabar. Tidak lama selepas itu, keluarga Lara dan Faril tiba.
“Macam
mana, Faril?” tanya ayah Lara.
“Masih
di dalam,” jawab Lara.
“Faril
sakit apa?” tanya ibu Faril.
Lara
menggeleng. Dia memandang Iskandar.
“Doktor
cakap abang Faril demam panas,” Iskandar memberi jawapan selamat.
Jelas
terpancar kebimbangan di wajah ahli keluarga Faril. Beberapa jam kemudian
doktor Asrul keluar. Segera mereka semua mendapatkannya.
“Bagaimana
keadaan abang Faril?” tanya Lara.
“Alhamdulillah.
Keadaan Faril stabil. Cuma, dia perlu ditahan beberapa hari untuk rawatan,”
jawab Asrul.
“Boleh
kami melawatnya sekarang?” tanya Lara lagi.
Asrul
mengangguk.
“Tapi,
tunggu hingga dia dipindahkan ke wad dulu,” kata Asrul lagi.
Setelah
Faril dipindahkan ke wad, Lara, Iskandar dan semua ahli keluarga yang hadir
melawat Faril. Ketika mereka masuk Faril sudah sedarkan diri. Dia tersenyum
memandang mereka. Lara lihat wajah Faril pucat. Lara duduk paling hampir dengan
Faril. Wajah Faril dipegang.
“Kenapa
abang tak beritahu Lara abang demam?” tanya Lara.
Faril
tersenyum memandang Lara.
“Ish
abang ni. Kami semua tengah risaukan abang, dia boleh senyum pula,” rungut
Lara.
Mereka
yang lain hampir tertawa memandang Lara yang membuat memek muka merajuk.
“Abang
tak nak menyusahkan sesiapa. Lagipun abang demam biasa sajakan,” ucap Faril
sambil menjeling sekilas memandang Iskandar.
Iskandar
tunduk. Dalam hatinya rasa bersalah kerana terpaksa merahsiakan penyakit Faril
daripada pengetahuan orang lain.
“Abang
nak makan apa-apa tak? Lara boleh masakkan untuk abang,” tanya Lara.
“Betulkah
Lara nak masakkan untuk abang ni?” tanya Faril kembali.
“Abang
cakap sajalah. Apa saja yang abang nak, Lara akan masakkan,” jawab Lara.
“Hmm...abang
teringin nak makan sup ayam,” Faril berkata sambil memandang Lara.
“Okey!
Kejap lagi Lara pergi beli barang-barang. Hmm...Is kena temankan,” kata Lara
sambil menjeling Iskandar.
Faril
tersenyum memandang Iskandar yang sedikit terkejut mendengar namanya disebut
Lara.
“Is tak
ada masalahkan nak temankan Lara?” tanya Faril.
“Aa?
Tak...tak ada masalah! Boleh!” jawab Iskandar sedikit gugup.
Ayah
Faril menepuk-nepuk bahu Iskandar sambil tersenyum memandang Faril. Lara turut
tersenyum memandang Iskandar sebelum memandang Faril semula.
“Is,
abang serahkan tanggungjawab kepada Is untuk layan si Lara ni bila abang tak
ada tau,” ucap Faril.
Iskandar
memandang Faril. Faril senyum. Sebak hati Iskandar mendengar kata-kata Faril.
BAB 29
Iskandar
teringat kejadian beberapa hari yang lalu. Ketika itu, Iskandar tertinggal
diarinya di dalam kereta Faril setelah pulang bertemu pelanggan. Secara tidak
sengaja, Faril terbaca luahan hati Iskandar di dalam diari yang meluahkan
perasaannya yang terpendam terhadap Lara. Faril terpanggil untuk membaca diari
Iskandar ketika terpandang nama Lara tercatat di dalam diari yang terjatuh di
bawah tempat duduk hadapan keretanya.
“Abang
jumpa diari ni tercicir dalam kereta,” beritahu Faril.
Iskandar
memandang diari tersebut lama. Jantungnya berdebar. Dia amat berharap agar isi
kandungan diari tersebut tidak dibaca Faril.
“Diari
ni Is punyakan?” tanya Faril.
“Ya...ya
bang,” jawab Iskandar.
Faril
menghulurkan diari tersebut kepada Iskandar. Iskandar menyambutnya teragak-agak.
“Terima
kasih,” ucap Iskandar.
“Sama-sama,”
balas Faril.
Iskandar
mula mengatur langkah hendak keluar dari pejabat Faril.
“Is!”
panggil Faril.
Iskandar
menoleh.
“Kalau
abang tanya, boleh tak Is jawab dengan jujur?” tanya Faril.
Iskandar
memandang Faril dengan debaran yang semakin kencang. Dia yakin bahawa Faril
telah membaca diarinya. Wajahnya terasa tebal.
“Boleh
tak?” tanya Faril lagi.
Iskandar
tersentak.
“Abang
nak tanya apa?” tanya Iskandar sedikit gugup.
“Is
duduklah dulu,” suruh Faril.
Iskandar
menurut. Faril memandang Iskandar lama. Dia tersenyum.
“Aku
yakin aku boleh harapkan kau Is.” Faril berkata di dalam hati.
Iskandar
menunduk. Tidak berani dia menatap majikan yang amat dihormatinya itu.
Sememangnya memang sejak di universiti lagi dia sudah mula menyukai Lara. Namun
tidak disangka ketika itu Lara telah mempunyai teman istimewa.
Setelah
dia mendapat tahu teman istimewa Lara berkahwin dengan rakan baiknya sendiri,
Iskandar menjejaki Lara dengan memohon pekerjaan di tempat di mana Lara
bekerja. Nasibnya baik kerana ketika itu ada kekosongan yang perlu diisi segera
di syarikat milik Faril.
Iskandar
kecewa kerana Lara akhirnya memilih Faril yang selama ini merupakan abang
angkatnya. Iskandar hanya memendam perasaannya kepada Lara di dalam diam.
Setelah pengumuman mengenai majlis pertunangan Lara dan Faril, Iskandar telah
menerima kenyataan dan bersedia melepaskan Lara dari hatinya.
“Is
masih sukakan Lara?” pertanyaan Faril membuatkan dia tersentak.
Iskandar
memandang wajah Faril. Tiada riak marah terpamer di wajah Faril. Malah dia
tersenyum.
“Dia ni
perli akukah?” tanya Iskandar sendirian di dalam hati.
Iskandar
mengalihkan pandangannya dari Faril. Tidak sanggup dia hendak menatap wajah
Faril lagi. Rahsia hatinya telah terbongkar.
“Abang
jangan salah anggap dulu. Saya tak ada niat nak...”
“Abang
tak salah anggap pun. Itukan hak Is,” Faril memotong kata-kata Iskandar.
Iskandar
terdiam. Dia tidak tahu apa lagi yang perlu dikatakan. Faril adalah majikannya.
Walaupun dia tahu itu adalah perkara peribadi yang tiada langsung kena mengena
dengan hal pejabat, namun dia tetap rasa bersalah kerana mencintai bakal
tunangan majikannya.
“Is
masih sayangkan Lara tak?” tanya Iskandar.
Iskandar
memandang tepat ke mata Faril.
“Abang
nak Is pikat Lara,” ucap Faril.
Semakin
besar mata Iskandar memandang Faril.
“Kenapa
dengan abang Faril ni? Buang tabiatkah?” Iskandar bertanya di dalam hati.
“Boleh
tak?” tanya Faril.
“Abang,
saya minta maaf tentang diari ni. Sebenarnya saya dah lama terima kenyataan
yang saya tak akan memiliki Lara. Dia cintakan abang. Saya cuma sukakan dia
dalam diam saja. Lara sendiri pun tak pernah tahu. Saya minta tolong pada
abang, kalau boleh jangan beritahu Lara. Malu saya nanti bang,” rayu Iskandar.
Faril
melepaskan keluhan yang panjang. Dia memejamkan matanya lama. Iskandar
memandang Faril kehairanan. Tiba-tiba Faril memegang dadanya. Dia kelihatan
seperti sesak nafas. Faril terbatuk. Iskandar panik melihat keadaan Faril. Ada
darah keluar dari mulutnya. Faril memberi isyarat agar Iskandar mengambil
sesuatu dari lacinya.
“Abang
kenapa ni?” tanya Iskandar cemas.
Pantas
Iskandar mencapai tisu. Dia menghulurkan kepada Faril. Faril menekup mulutnya
dengan tisu. Basah tisu tersebut dengan darah. Iskandar segera membuka laci
yang dimaksudkan Faril. Ada beberapa botol ubat terdapat di dalam laci
tersebut.
“Yang
mana satu bang?” tanya Iskandar cemas melihat keadaan Faril.
Satu
persatu botol ubat ditunjukkan kepada Faril. Setelah Faril mengangguk kepada
botol ubat yang betul, pantas Iskandar menghulurkan air dan pil kepada Faril.
Tidak lama kemudian Faril kelihatan semakin tenang. Iskandar mengurut dada
Faril. Faril memegang tangan Iskandar.
“Tolong
jaga Lara untuk abang,” pinta Faril perlahan setelah keadaannya tenang.
“Abang...”
“Janji
dengan abang Is. Abang dah tak ada masa. Jangan biarkan Lara menangis,” Faril
bersuara.
Iskandar
serba salah. Faril menerangkan penyakit yang dihidapinya kepada Iskandar.
Terlopong mulutnya mendengar kata-kata Faril. Tidak disangka semuda itu Faril
terpaksa menanggung penyakit yang merbahaya.
“Is!
Is!” panggil Lara.
Iskandar
tersentak.
“Berangan
ya?” tanya Lara.
Iskandar
tersenyum tawar memandang Lara.
“Hmm...teringatkan
siapalah tu agaknya,” usik Lara.
Iskandar
menggeleng. Lara tersenyum memandang Iskandar. Dia kembali memilih
barang-barang ramuan untuk memasak sup ayam kegemaran Faril.
“Bertuah
abang Faril dapat Lara. Pandai memasak,” puji Iskandar.
Lara
tersenyum. Sedikit bangga dipuji oleh seseorang yang bergelar lelaki.
“Tak
adalah pandai sangat, Is. Setakat masak yang senang-senang tu bolehlah,” Lara
merendah diri.
“Merendah
dirilah pula. Apa kata Lara masak untuk Is. Biar Is nilai masakan Lara. Boleh
buka kedai atau tak?”
Lara
ketawa.
“Ini nak
mencabar kredibiliti Lara dalam memasakkah?” tanya Lara.
“Mestilah.
Kalau Lara nak tahu, Is pandai memasak tau. Mak Is dulu ada warung. Jadi, Is
selalu tolong mak memasak,” jelas Iskandar.
“Sungguh?”
tanya Lara.
Iskandar
mengangguk.
“Hmm...kalau
macam tu, satu hari nanti Is mesti masak untuk Lara,” kata Lara.\
“Laa...orang
nak rasa masakan dia. Kita pula yang disuruh masak,” rungut Iskandar.
Lara
ketawa.
“Boleh
tak?” pinta Lara.
Iskandar
mengukir senyum memandang Lara.
“Boleh,
Lara punya fasal apa pun boleh,” ucap Iskandar.
Lara
tersentuh dengan kata-kata Iskandar. Entah mengapa dia merasakan begitu.
“Lara,
lepas ni Is hantar Lara balik rumah. Is nak ke hospital semula,” beritahu
Iskandar.
“Oh...okey.
Tapi Is hantar Lara di rumah abang Faril ya,” pinta Lara.
“Kenapa
tak balik rumah Lara saja?” tanya Iskandar kehairanan.
“Kereta
Larakan ada di rumah abang Faril,” jelas Lara.
“Oh...ya.
Lupa pula Is,” ucap Faril sambil menepuk dahinya.
Lara
ketawa.
BAB 30
Lara
mundar mandir di depan bilik kecemasan. Hatinya keresahan yang teramat sangat.
Baru sebentar tadi Iskandar menghubungi supaya segera ke hospital.
“Is! Apa
semua ni?” tanya Lara kepada Iskandar.
Iskandar
diam. Dia menundukkan wajahnya.
“Is!”
panggil Lara.
“Lara,
Is minta maaf,” perlahan Iskandar bersuara.
“Maaf
untuk apa? Boleh tak Is beritahu Lara perkara yang sebenar? Apa sebenarnya
penyakit abang Faril?” tanya Lara.
Iskandar
masih terus diam membatu. Dia serba salah. Serba salah terhadap Lara yang
sedang keresahan dan kesedihan. Serba salah dengan janjinya kepada Faril. Di
saat ini Faril sedang bertarung nyawa melawan penyakitnya. Iskandar memandang
Lara yang sejak tadi tidak berhenti air matanya mengalir. Hatinya sedih melihat
gadis yang disayanginya terus terluka.
Perlahan
Iskandar mengatur langkah menghampiri Lara. Iskandar duduk di sebelah Lara.
Bahu Lara terhinggut-hinggut menahan esak. Dia bingung. Dia pasti sesuatu yang
serius telah menimpa Faril di luar pengetahuannya. Iskandar menepuk bahu Lara
untuk menenangkannya. Tangisan Lara semakin menjadi.
“Kenapa
dengan abang Faril, Is?” tanya Lara dalam sendu.
“Lara.
Is minta maaf. Is dah janji dengan abang Faril. Is tak boleh beritahu Lara,”
jawab Iskandar.
Lara
memandang wajah Iskandar kesal.
“Lara ni
siapa dengan abang Faril, Is? Lara bakal tunang abang Faril. Dia orang yang
Lara cinta. Orang yang Lara sayang. Kenapa mesti Is nak rahsiakan semua ini?”
Lara terus mendesak Iskandar.
Iskandar
memandang wajah Lara lama. Rasa simpati yang menggunung terbit dalam hatinya.
Sememangnya gadis ini berhak mengetahui semuanya.
“Lara
sebenarnya...” Iskandar tidak sempat menghabiskan kata-katanya.
Doktor
Asrul keluar dari bilik kecemasan. Lara segera menghampiri Asrul.
“Mari!”
ajak Asrul.
Mereka
bertiga menuju ke bilik Asrul yang terletak tidak jauh dari unit kecemasan.
“Lara,
apa yang bakal abang beritahu Lara ini mungkin akan mengejutkan Lara. Is, dah
tahu sendiri daripada mulut Faril. Keadaan Faril semakin kritikal. Kita dah tak
ada masa nak menangguhkannya,” jelas Asrul.
“Apa
sebenarnya penyakit abang Faril?” tanya Lara.
“Lara,
Faril menghidap barah hati di tahap yang kritikal,” jawab Asrul.
Lara
menutup mulutnya dengan kedua tangannya. Bergetar tubuhnya mendengar kata-kata
Asrul.
“Abang
tipu!” ucap Lara.
Air mata
Lara semakin laju mengalir.
“Lara,
sebenarnya Faril sendiri pun tak pernah perasan dia menghidapi penyakit yang
merbahaya. Selama ini dia selalu mengabaikan semua simptom-simptom yang pernah
dialaminya. Penyakitnya dapat dikesan di saat ia telah merebak,” panjang lebar
bicara Asrul.
Esakan
Lara semakin kuat. Dia hampir meraung, namun raungan itu hanya terzahir di
dalam hatinya sahaja. Iskandar menggenggam tangan Lara kuat.
“Lara,
Is...sebenarnya setelah membuat rawatan dan pemeriksaan ke atas Faril, abang
rasa Faril masih ada peluang,” beritahu Asrul.
Lara dan
Iskandar memandang Asrul penuh harapan.
“Betulkah
apa yang abang cakap ni?” tanya Lara ingin kepastian.
Asrul
mengangguk. Ada sinar di mata Lara. Dia berharap akan ada harapan untuk Faril
hidup bersamanya.
“Bagaimana?”
tanya Iskandar pula.
“Pembedahan
membuang sel barah dan menggantikan dengan hati yang baru,” jawab Asrul.
Iskandar
dan Lara saling berpandangan.
“Tapi
kalau kita dapat penderma yang sesuai dalam waktu yang terdekat,” jelas Asrul
lagi.
“Ambil
hati saya bang! Lara sanggup dermakan sebahagian hati Lara untuk abang Faril,”
ucap Lara.
Asrul
dan Iskandar memandang Lara.
“Lara
sangup lakukan apa sahaja untuk abang Faril. Lara tak mahu kehilangan dia,”
ucap Lara lagi.
“Lara...”
panggil Iskandar.
“Is,
Lara sanggup lakukan apa saja untuk abang Faril. Lara sayang dia lebih daripada
diri Lara sendiri,” Lara memegang tangan Iskandar.
Iskandar
mengangguk sambil menepuk bahu Lara.
‘Nampaknya
kau memang benar-benar mencintai abang Faril, Lara. Aku berjanji tak akan biarkan
kau menangis lagi selepas ini’ Faril berkata di dalam hati.
BAB 31
Lara
tertidur di sebelah Faril yang masih tidak sedarkan diri. Wayar berselirat di
tubuhnya. Iskandar berdiri mengadap Faril dihujung kakinya. Iskandar
menghampiri Faril. Dia memegang tangan Faril.
“Abang
akan selamat,” ucap Iskandar.
Iskandar
menghampiri Lara yang sedang lena. Rambut Lara dibelai. Letak kepala Lara
dibetulkan.
“Is mahu
Lara bahagia,” ucap Iskandar kepada Lara.
Iskandar
tersenyum memandang Lara yang masih lena.
“Sayangnya
kau tak dengar kata-kata aku,” kata Iskandar lantas ketawa kecil.
Iskandar
memandang Faril yang masih kaku. Air mata lelakinya jatuh.
“Siapa
aku nak merampas kebahagiaan ini daripada kamu berdua?” tanya Faril sendirian.
Faril
masih kaku. Iskandar duduk mengadap Faril. Iskandar tiba-tiba teringat sesuatu.
“Is
masih sayangkan Lara tak?” tanya Iskandar.
Iskandar
memandang tepat ke mata Faril.
“Abang
nak Is pikat Lara,” ucap Faril.
Semakin
besar mata Iskandar memandang Faril.
“Kenapa
dengan abang Faril ni? Buang tabiatkah?” Iskandar bertanya di dalam hati.
“Boleh
tak?” tanya Faril.
Iskandar
masih memandang Faril yang kaku. Dia tersenyum lagi lantas menggeleng kepala.
Ingatannya kembali semula dengan kata-kata Faril kepadanya suatu ketika dahulu.
“Tolong
jaga Lara untuk abang,” pinta Faril perlahan.
“Abang...”
“Janji
dengan abang Is. Abang dah tak ada masa. Jangan biarkan Lara menangis,” Faril
bersuara.
Iskandar
bangun menghampiri Faril. Dia memegang wajah Faril yang masih lena. Iskandar
memandang Lara.
“Abang,
Lara tak akan menangis. Abang akan buat Lara bahagia,” ucap Iskandar kepada
Faril.
Walaupun
Faril masih tidak sedarkan diri, jauh di sudut hati Iskandar mengharapkan Faril
mendengar kata-katanya. Dia pernah mendengar orang berkata bahawa ada
sesetengah pesakit yang koma sebenarnya dapat mendengar apa yang dikatakan oleh
orang sekeliling mereka. Walaupun dia tidak pasti, namun dia berdoa semoga
Faril akan cepat bangun dari lenanya.
Tiba-tiba
Lara terjaga dari lenanya. Dengan terpisat-pisat dia menggosok matanya. Dia
memandang Iskandar yang duduk di sebelah Faril. Menyedari Lara sedar dari
tidurnya, pantas Iskandar mengesat air matanya.
“Is?
Buat apa di sini? Tak balik lagi?” tanya Lara.
Iskandar
menggeleng.
“Abang
Asrul ada cakap apa-apa tak?” tanya Lara.
“Tak
ada. Kenapa?” tanya Iskandar semula.
“Hmm...dia
belum dapat keputusan tentang ujian Lara tadi?” tanya Lara lagi.
“Ohh...belum,”
jawab Iskandar.
Lara
mengeluh. Dia memandang wajah Faril. Perlahan dia mengusap rambut Faril.
“Abang,
bangunlah. Lara rindukan abang. Kami semua rindukan abang,” ucap Lara.
Iskandar
terharu melihat perilaku Lara.
“Lara,
Is keluar sekejap. Lara nak kirim apa-apa tak?”
Lara
sekadar menggeleng.
“Okey.
Is keluar sekejap okey!”
“Is,
kalau Is nak balik dulu, baliklah. Maaf dah menyusahkan Is dua tiga hari ni,”
kata Lara.
“Lara,
boleh tak jangan cakap macam tu? Abang Faril dah macam abang Is sendiri,”
beritahu Iskandar.
Lara
tersenyum memandang Iskandar.
“Jadi,
Lara ni bakal kakak ipar Is lah?” tanya Lara dalam nada gurauan.
Lara
mengusap wajah Faril sambil tersenyum. Iskandar sekadar tersenyum tawar. Dia
kemudian mengatur langkah keluar dari bilik tersebut. Ada sesuatu yang perlu
diselesaikan.
BAB 32
“Maaf
Lara, abang dah buat pemeriksaan ke atas Lara, hati Lara tak sesuai untuk
didermakan kepada Faril,” jelas suara Asrul.
“Apa?
Kenapa?” tanya Lara.
“Lara
pernah mengalami kemalangan. Jadi badan Lara tak cukup kuat untuk menjalani
pemindahan hati,” beritahu Asrul.
“Abang,
ambillah hati Lara. Apa juga risikonya Lara terima. Tapi tolong selamatkan
abang Faril,” desak Lara.
“Lara,
perkara ini bukan main-main. Risikonya bukan saja akan terjadi pada Lara tapi
juga pada Faril,” jelas Asrul.
Kali ini
Lara terdiam.
“Apa
lagi yang patut Lara buat untuk selamatkan abang Faril,” perlahan Lara
bersuara.
Lara
menekup wajahnya dengan kedua tangannya. Dia menangis.
“Lara,
sudahlah. Jangan menangis lagi,” ucap Iskandar yang tiba-tiba muncul dalam
bilik Asrul.
Lara
menoleh memandang Iskandar. Matanya merah.
“Is tak
tahu apa yang Lara rasa. Abang Faril terkaku di atas katil dan Lara tak mampu
buat apa-apa!” marah Lara kepada Iskandar.
Iskandar
tunduk.
“Is
ingat kalau duduk, menangis dan bersabar saja boleh selamatkan abang Faril yang
semakin kritikal tu? Is buat apa? Hari-hari cuma datang untuk jenguk orang
sakit. Itu saja!” marah Lara semakin membuak.
Air mata
Lara tidak dapat dibendung lagi. Hatinya hancur. Dia benar-benar berharap
hatinya sesuai untuk didermakan kepada Faril. Namun, keputusan yang diterima
daripada Asrul benar-benar mengecewakannya.
“Lara
sabar. Kita semua masih berusaha,” pujuk Asrul.
“Lara
tak boleh sabar lagi. Lara dah tak sanggup tengok abang Faril terlantar macam
tu. Lara rindukan ketawa dia. Lara rindukan dia!” ucap Lara.
Iskandar
dan Asrul berpandangan.
“Lara.
Abang Faril akan selamat,” ucap Iskandar.
Lara
memandang Iskandar lama.
“Is...tolong
Lara. Lara nak abang Faril,” ucap Lara perlahan.
“Is
janji, akan carikan penderma secepat mungkin,” janji Iskandar.
Lara
mula tersenyum hambar memandang Iskandar.
“Lara,
ada baiknya Lara pergi temankan Faril. Sebentar lagi keluarga dia akan tiba.
Biar abang dan Is selesaikan urusan penderma,” Asrul mengarahkan Lara.
Lara
mengangguk. Dia mula hendak melangkah keluar.
“Kejap
lagi Is datang sana,” sempat Iskandar berpesan sebelum Lara berlalu.
Lara
mengangguk.
BAB 33
Lara
termenung memandang luar tingkap. Baru sebentar tadi keluarga Faril dan
keluarganya pulang. Wajah ibu Faril ternyata semakin cengkung. Lusa Fariz yang
bekerja di luar negara akan pulang melawat abangnya.
Sudah
hampir sebulan Faril dalam keadaan koma. Matanya tidak langsung dibuka. Lara
merindui renungan mata Faril kepadanya. Gurauan nakal Faril terbayang di
matanya.
“Kak Long!” tegur Faril di celah
pagar antara rumahnya dan rumah Lara.
Lara tersentak dari lamunan.
“Kak Long berangan, ya,” usik Faril.
“Eh! Tak adalah!” ucap Lara.
“Kak Long rindu pakwe di kampung,
ya?” tanyanya lagi terus mengusik.
“Ish! Mana orang ada pakwe. Sekolah
lagi,” jawab Lara.
“Habis tu, kenapa Kak Long
termenung?” tanya Faril.
Lara menoleh memandang Faril.
“Boleh tak jangan panggil Kak Long?
Naim dengan Zaim saja yang panggil macam tu,” beritahu Lara.
“Habis
tu tak tahu nama. Panggil Kak Long sajalah,” jawab Faril.
Lara
tersenyum sendirian. Dia menoleh memandang Faril. Dia menghampiri Faril. Jemari
Faril digenggamnya. Kenangan lalunya bersama Faril terus bermain dimindanya di
saat dia memandang wajah Faril yang lena.
“Ish!
Apa ni? Macam mana nak kahwin macam ni? Perangai macam budak-budak!”
Lara
melepaskan wajah Faril.
“Siapa
yang nak kahwin?” tanya Lara lantas mencebikkan bibirnya.
“Laralah!”
jawab Faril.
Lara
diam tidak menjawab. Dia duduk kembali di kerusi yang terletak di hadapan
Faril.
“Abanglah
kahwin dulu!” ujar Lara.
“Abang
pula yang kena?”
“Yalah!
Abangkan tua dari Lara.”
Faril
ketawa.
“Abang
tak ada makwe ke? Takkanlah dari di universiti sampai dah kerja ni tak sangkut
dengan mana-mana perempuan?” tanya Lara.
Faril
ketawa.
“Orang
tanya dia ketawa pula.”
“Macam
mana abang tak ketawa. Lara tanya abang soalan macam tu.”
“Yalah!
Hairan juga Lara. Abang ni memilih perempuan macam mana yang cerewet sangat
ni?”
“Mana
ada abang cerewet.”
“Yalah
tu. Macam ni abang kata bukan cerewet?”
Faril
ketawa lagi.
“Bila
orang cakap, dia ketawa. Itu sajalah kerja dia,” bebel Lara.
Faril
masih lagi ketawa. Kertas-kertas yang bertaburan di atas mejanya di susun rapi.
“Abang
sebenarnya nak cari perempuan macam mana? Cuba abang beritahu Lara. Manalah
tahu Lara boleh tolong carikan.”
Ketawa
Faril semakin menjadi-jadi.
“Dahlah
bang! Malaslah cakap dengan abang lagi. Orang cakap dia ketawa!”
Faril
berhenti ketawa. Dia memandang Lara yang sedang menarik muka masam.
“Abang
cari yang macam muka Lara sekarang nilah! Yang kuat merajuk macam Lara. Yang
garang macam Lara. Yang comel macam Lara. Ada?” pertanyaan Faril membuatkan
degupan jantung Lara terasa terhenti seketika.
Lara
memandang Faril tidak berkelip. Faril bangun lantas memetik jari di hadapan
wajah Lara. Mata Lara berkelip. Dia terkejut.
“Ada
tak? Kalau ada, bawa dia jumpa abang. Abang akan terus ajak dia kahwin masa tu
jugak.”
Lara
sebak mengenangkan itu semua. Lara menangis teresak-esak.
“Abang
bangunlah. Lara rindu abang,” Lara bersuara.
Suara
Lara serak menahan tangis. Air matanya jatuh mengenai tangan Faril. Tiba-tiba
Lara terasa jemari Faril bergerak.
“Abang!”
panggil Lara.
Lara
memegang jemari Faril. Dia terasa jarinya digenggam.
“Abang...”
Lara terus memanggil nama Faril.
Perlahan
mata Faril terbuka. Dia memandang Lara.
“Abang...Syukurlah.
Abang dah sedar,” ucap Lara sambil air matanya mengalir pantas.
Lara
menekan butang kecemasan yang terdapat di situ. Tidak lama kemudian Asrul dan
seorang jururawat muncul. Di belakang Asrul ada Iskandar. Asrul memeriksa
keadaan Faril. Faril kelihatan sangat lemah. Sempat dia menoleh memandang
Iskandar yang berdiri di belakang Asrul.
BAB 34
Penderma
hati yang sesuai untuk Faril telah ditemui. Lara sangat bersyukur. Doanya
selama ini akhirnya dimakbulkan Allah.
“Abang.
Jangan risau. Abang akan selamat,” ucap Lara.
Keadaan
Faril sangat kritikal. Dia sangat lemah. Pembedahan yang bakal dijalankan hanya
memberi harapan sebanyak 50 peratus sahaja. Segalanya bergantung kepada
penerimaan tubuhnya dengan hati yang baru.
Faril
tidak mampu bersuara. Apabila hendak berkata sesuatu, Lara terpaksa merapatkan
telinganya ke mulut Faril. Selera makannya juga sudah semakin berkurangan.
Wajah Faril benar-benar kelihatan pucat.
“Abang...naakk
jumpa Is,” ucap Faril suatu hari kepada Lara.
Lara
mengangguk laju.
“Lara
telefon Is sekarang,ya” kata Lara.
Faril
mengangguk lemah. Pantas Lara menekan butang telefon bimbitnya.
“Is!
Boleh datang hospital sekarang?” tanya Lara sebaik telefon Iskandar dijawab.
“Ada apa
Lara?” tanya Iskandar.
“Abang
Faril nak jumpa Is. Is di mana sekarang?” tanya Lara.
“Emm...Is
di pasar raya. Beli barang sikit,” Iskandar berbohong.
“Ohh...okey!
Boleh Is datang hospital sekarang?” tanya Lara.
“Okey!
Is sampai kejap lagi,” beritahu Iskandar.
“Okey!”
Talian
dimatikan. Iskandar melepaskan nafas lega.
“Siapa?”
tanya Asrul.
Iskandar
sedikit terkejut.
“Oh...Lara.
Dia cakap abang Faril nak jumpa Is,” beritahu Iskandar.
“Ooo..jadi,
macam mana dengan...”
“Boleh
tak kita buat sekejap lagi? Is pergi jumpa abang Faril dan Lara dulu. Nanti Is
datang sini semula,” tanya Iskandar.
“Okey!
Tapi nanti telefon abang dulu. Sebab abang nak ke wad sekejap lagi,” jawab
Asrul.
Iskandar
mengangguk.
“Okey!
Jumpa nanti!”
Asrul
menepuk bahu Iskandar beberapa kali sebelum berlalu.
“Apa hal
agaknya abang Faril nak jumpa aku ni?” tanya Iskandar sendirian setelah Asrul
berlalu.
Iskandar
mengeluh. Dia kemudian berjalan menuju ke wad di mana Faril ditempatkan.
Faril
memandang Iskandar sambil tersenyum sebaik terlihat kelibat Iskandar. Iskandar
membalas senyuman Faril. Dia menghampiri Faril yang terbaring lesu. Lara seakan
mengerti dapat merasakan Faril ingin berdua dengan Iskandar.
“Emm...Lara
pergi solat dulu ya. Is tolong tengok-tengokkan abang Faril,” pesan Lara
sebelum berlalu.
Iskandar
mengekori langkah Lara dengan ekor matanya. Sebaik sahaja Lara hilang dari
pandangan, dia memandang ke arah Faril. Faril kelihatan seperti ingin
mengatakan sesuatu. Faril merapatkan telinganya ke bibir Faril.
“Betulkah
dah dapat penderma?” tanya Faril perlahan.
“Betul
bang?” jawab Iskandar.
“Si...siapa?”
tanya Faril lagi.
Iskandar
diam tidak menjawab. Dia duduk memandang wajah Faril lama. Faril seperti ingin
berkata sesuatu. Iskandar dapat mengagak apa yang ingin diketahui Faril.
“Abang
Asrul cakap, penderma tak benarkan beritahu siapa,” jelas Faril.
Faril
memejamkan matanya. Sesekali kelihatan dia menelan liurnya. Amat sukar dia
melalui keadaan ini. Wajahnya yang cengkung menenggelamkan ketampanannya.
Iskandar amar bersimpati.
Tiba-tiba
Faril memegang dadanya. Tubuhnya sedikit terangkat. Dia bagaikan sesak nafas.
Iskandar panik.
“Abang
Faril! Abang! Kenapa ni?” tanya Iskandar.
Pantas
jarinya menekan butang kecemasan.
“Doktor!!!”
jerit Iskandar.
Tidak lama kemudian, doktor dan
jururawat tiba. Diikuti Lara yang baru tiba. Lara turut cemas melihat keadaan
Faril.
“Abang!
Abang!” Lara menjerit cemas.
Lara
berdiri di sisi jururawat yang sedang membantu doktor menenangkan Faril. Doktor
dan jururawat memberikan bantuan kepada Faril yang kelihatan terseksa menahan
kesakitan.
Asrul
muncul tidak lama selepas itu. Dia berkata sesuatu dengan doktor yang bertugas
di situ. Lara menangis melihat keadaan Faril. Iskandar menarik tangan Asrul
keluar dari bilik tersebut.
“Abang, macam
mana?” tanya Iskandar.
“Faril
semakin kritikal. Abang bimbang sel kansernya merebak. Dia perlu dibedah
segera,” beritahu Asrul.
“Kalau
macam tu kita lakukan pembedahan itu sekarang,” ucap Iskandar.
“Tapi...”
“Abang
dah pun buat pemeriksaan. Abang juga cakap tak ada masalah. Sekarang ni dah ada
penderma, abang nak tunggu apa lagi?” tanya Iskandar.
“Abang
kena buat ujian sekali lagi untuk pastikan semuanya,okey!”
“Abang
Asrul! Nyawa abang Faril dalam bahaya, kita tak boleh tunggu lagi!” jerit Iskandar.
Asrul
tergamam apabila kolar bajunya dicekak Iskandar. Ketika itu Lara keluar
daripada bilik bersama doktor dan jururawat.
Mereka
semua memandang Asrul dan Iskandar. Perlahan Iskandar melepaskan genggaman
tangannya daripada kolar baju Asrul. Mereka semua memandang mereka berdua
kehairanan.
“Macam
mana Faril?” tanya Asrul.
“Keadaannya
dah stabil. Tapi saya risau dia tak dapat bertahan lebih lama lagi,” ucap
doktor yang baru saja merawat Faril.
Asrul
dan Iskandar saling berpandangan. Kemudian Asrul memandang Lara yang merah
matanya.
“Kita
siapkan pembedahan untuk Faril esok. Kita dah ada penderma. Lara, tolong
beritahu keluarga Faril,” ucap Asrul sebelum berlalu bersama doktor tersebut.
Iskandar
melepaskan keluhan yang panjang. Air matanya gugur. Dia memandang Lara.
BAB 35
Pembedahan
pemindahan hati Faril berlangsung. Lara bersama keluarga Faril dan keluarganya
menanti dengan penuh kesabaran. Hati Lara tidak putus-putus berdoa agar
pembedahan tersebut berjaya dengan jayanya.
“Mana
Iskandar?” tanya ayah Faril.
Lara
baru tersedar mengenai Iskandar. Dia tercari-cari kelbat Iskandar. Sejak
semalam Iskandar tidak kelihatan di hospital. Lara mendail nombor Iskandar di
telefon bimbitnya.
“Tak
angkat,” beritahu Lara.
Setelah
hampir lapan jam, pembedahan berlangsung Asrul akhirnya muncul di muka pintu
bilik pembedahan. Pantas Lara mendapatkannya.
“Alhamdulillah.
Pembedahan berjaya. Perkembangan selanjutnya, kita tunggu Faril sedar, okey!”
“Alhamdulillah...”ucap
Lara bersyukur dalam hati.
Faril
telah dipindahkan ke wad. Setelah sedarkan diri, dia ditempatkan di wad biasa.
“Abang
macam mana sekarang? Makin sihat?” tanya Lara.
Faril
mengangguk.
“Okeylah.
Abang rasa semakin pulih dengan hati yang baru,” jawab Faril.
“Tapi
hati tu masih untuk Larakan?” tanya Lara manja.
Faril
ketawa.
“Abang
jawablah!”
Faril
mengangguk. Lara tersenyum. Dia mencium jemari Faril.
“Lara
rindu abang tak?”
“Rindu
sangat!”
Faril
tersenyum.
“Abang?”
tanya Lara pula.
“Mestilah
abang rindu. Abang ingatkan takkan dapat jumpa Lara lagi. Abang minta maaf
susahkan Lara,” ucap Faril.
Air mata
Lara jatuh lagi.
“Ish...kenapa
nangis pula ni?” tanya Faril.
Lara
menggeleng.
“Kenapa?”
tanya Faril lagi.
“Lain
kali tolong jangan rahsiakan apa-apa daripada Lara,” pinta Lara.
Faril
tersenyum memandang Lara.
“Abang
minta maaf.”
“Lara
maafkan.”
“Lara!”
“Ya!”
“Sejak
abang dibedah, abang tak nampak pun bayang Iskandar. Mana dia?” tanya Faril.
“Itulah
bang. Lara pun tercari-cari mana Is. Di pejabat pun tak ada. Abang tau tak?
Masa sebelum abang dibedah, dia sampai bergaduh dengan abang Asrul sebab
tangguhkan pembedahan abang,” cerita Lara.
“Ya?”
Lara
mengangguk. Faril mengeluh. Hatinya tertanya-tanya ke mana hilangnya Iskandar.
BAB 36
Kesihatan
Faril sudah semakin pulih. Namun, kehilangan Iskandar dan siapakah sebenarnya
yang menjadi penderma kepadanya. Jauh disudut hatinya Faril seperti dapat
mengagak kehilangan Iskandar mempunyai kaitan.
“Asrul!
Kau di mana?” tanya Faril.
“Hospital.
Kenapa? Kau sakitkah?” tanya Asrul.
“Tak
adalah. Aku sihat. Aku nak jumpa kau hari ni boleh tak?” tanya Faril.
“Hari ni
tak sempatlah. Aku sibuk sikit. Esok aku cuti,” jawab Asrul.
“Okey!
Kalau begitu kita jumpa esok,” kata Faril.
Seperti
yang dijanjikan Faril datang bertemu Asrul di hospital di mana dia bertugas.
“Ada hal
apa kau nak jumpa aku ni? Macam penting saja,” tanya Asrul.
“Hmm...agak
penting juga,” jawab Faril.
Asrul
memandang Faril.
“Apa
agaknya yang penting sangat tu?” tanya Asrul lagi.
Faril
melepaskan keluhan.
“Hai...panjang
nampak mengeluh,” usik Asrul.
Faril
tersenyum memandang sahabatnya.
“Macam
berat saja masalah kau ni. Cuba kau cerita sikit pada aku,” kata Asrul.
“Kau tau
Asrul. Aku rasa seperti mati hidup semula. Ketika kau beritahu aku tentang
penyakit aku, aku rasa penamat hidup aku dah sampai. Tapi kerana seseorang yang
budiman mendermakan sebahagian hatinya kepada aku, aku dapat hidup normal
semula,” panjang lebar luahan Faril.
Asrul
masih kusyuk mendengar setiap bicara sahabatnya itu.
“Aku
tahu kau merahsiakan sesuatu daripada aku,” ucap Faril lagi.
“Rahsia
apa?” tanya Asrul kehairanan.
“Tentang
Iskandar,” jawab Faril.
Asrul
diam.
“Aku
yakin kau tahu tentang kehilangan Is,” kata Faril.
“Faril...aku...”
Asrul tidak meneruskan kata-katanya.
Faril memandang
Asrul lama.
“Mana Is
pergi?” tanya Faril.
Asrul
tunduk. Serba salah perasaannya.
“Is yang
dermakan hatinya pada akukan?” tanya Faril.
Asrul
memandang Faril.
“Jawab
Asrul. Betul tak?” tanya Faril lagi.
“Macam
mana kau tahu?” tanya Asrul.
“Sebahagian
hati Is dah jadi hati aku sekarang. Kau fikir aku tak dapat rasakannya?
Lebih-lebih lagi Iskandar hilang sebaik sahaja aku selamat dibedah,” jelas
Faril.
“Maafkan
aku Faril. Iskandar yang minta aku rahsiakan perkara ini,” kata Asrul.
“Lara
tahu?” tanya Faril.
Asrul
menggeleng.
“Di mana
Is sekarang?” tanya Faril.
Asrul
memandang Faril.
BAB 37
Lara
termenung sendirian di pejabatnya. Saat ini dia teringatkan Faril. Lara
terkenang saat dia pertama kali dapat membongkar perasaan Faril kepadanya.
‘Macam
manalah aku boleh tak perasan’ Lara bermonolog di dalam hati.
Lara
tersenyum sendiri tatkala teringat peristiwa di Mc Donalds.
“Terima
kasih abang,” ucap Lara.
“Terima
kasih? Untuk apa?” tanya Faril.
“Sebab
belanja Lara,” ucap Lara.
Lara menghulurkan
dompet Faril sambil membukanya. Terpampang gambar mereka berdua. Faril menepuk
dahi. Macam mana dia boleh lupa tentang gambar itu tadi.
“Lara
dah jumpa gadis yang abang cari ni!” ucap Lara berseloroh.
Faril
ketawa. Dia memegang tangan Lara.
“Would you marry me?” Faril melamar Lara.
Lara
tersenyum lantas mengangguk.
“Mana
cincinnya?” tanya Lara.
“Ish...mana
abang tahu Lara boleh bocorkan rahsia abang di sini,” kata Faril.
Lara
ketawa sendirian. Faril kini merupakan lelaki yang bertakhta di hatinya. Lara
tidak sedar dirinya telah lama diperhatikan seseorang yang menyelinap masuk ke
dalam bilik pejabatnya di luar kesedarannya.
“Ehem!”
Lara
menoleh. Terlihat Faril yang sedang tersengih memandangnya.
“Eh!
Abang! Bila abang masuk? Lara tak perasan pun,” tanya Lara.
“Jauh
sangat termenung. Mana nak perasan abang masuk,” jawab Faril.
Lara
ketawa.
“Apa
yang Lara fikirkan tadi?” tanya Faril.
Lara
tersenyum.
“Ish...orang
tanya dia senyum pula,” kata Faril.
“Tak ada
apa. Teringat kisah lama saja,” kata Lara.
“Teringat
kisah lama atau kekasih lama?” tanya Faril.
“Ish
abang ni....” Lara merengek manja.
Faril
ketawa.
“Jom
kita pergi makan,” ajak Faril.
“Makan?”
Lara
memandang jam tangannya.
“Ya
Allah...dah pukul satu rupanya. Lara tak perasanlah bang,” ucap Lara memandang
Faril.
“Hmm...itulah
abang cakap. Lara ni berangan saja. Berangan nak kahwinkah?” usik Faril.
“Abang
ni! Tak habis-habis mengusik Lara,” kata Lara sambil mencebikkan bibirnya.
Faril
ketawa.
“Jomlah!
Lara pun dah lapar ni,” ajak Lara.
“Lara
nak makan apa?’ tanya Faril.
“Hmm...ikut
abanglah,” jawab Lara manja.
“Kita
pergi Kampung Baru nak?” ajak Faril.
“Tak
jamkah?” tanya Lara.
“Kita
naik lrt nak?” ajak Faril.
Lara
mengangguk laju.
“Nak!
Dah lama tak naik lrt,” kata Lara.
“Jomlah
kita pergi sekarang!” ajak Faril.
“Jom!”
Lara
mencapai beg tangannya yang terletak di atas meja. Mereka kemudian keluar
beriringan daripada pejabat menuju ke stesen lrt yang berhampiran.
Keadaan
agak sesak pada waktu tengahari. Maklumlah waktu makan tengah hari. Pelbagai
gelagat manusia dapat dilihat di dalam kenderaan awam seperti lrt. Ada yang
lucu dan ada yang menjengkelkan. Sesekali Lara akan memandang Faril lantas
ketawa melihat gelagat orang-orang di sekeliling mereka.
“Mana
agaknya Is sekarangkan bang?” tanya Lara.
Faril
diam. Dia sendiri masih tertanya-tanya di mana Iskandar. Sejak mengetahui
Iskandar yang telah menyelamatkan nyawanya dia benar-benar ingin berjumpa
pemuda itu.
“Abang
menungkan apa tu?” tanya Lara.
“Hah?”
Faril tersentak.
“Berangan
apa ni?” tanya Lara lagi.
“Tak ada
apa-apa.”
“Betulkah
tak ada apa-apa? Jauh benar menungnya sampai Lara tanya pun tak jawab.”
“Oh!
Maafkan abang. Lara tanya apa tadi?” tanya Faril.
“Hmm...eh!
kita dah sampai pun. Jom!” ajak Lara.
Mereka
tiba di stesen lrt Kampung Baru. Lara dan Faril singgah di sebuah kedai makan
yang menghidangkan pelbagai pilihan lauk-pauk yang menyelerakan. Setelah
mengambil makanan dan membuat pesanan minuman, Lara dan faril mencari tempat
duduk. Mereka berdua menikmati hidangan masing-masing dengan penuh berselera.
“Kalau
hari-hari dapat makan macam ni, cepatlah Lara gemuk,” kata Lara.
“Hmm...kalau
Lara dah gemuk kenalah abang cari orang lain,” usik Faril.
“Haa...kalau
Lara dah gemuk beranilah abang cari orang lain. Lara gusti abang, tau tak?’
kata Lara pula.
Mereka
berdua ketawa.
“Lara
sudahkah?” tanya Faril.
Lara
mengangguk.
“Jomlah
kita,” ajak Faril.
Semasa
mereka hendak beredar, tiba-tiba Lara terpandang sesusuk tubuh yang amat
dikenalinya. Lama dia mengamati jejaka yang sedang membuat bayaran di kaunter
gerai di seberang jalan. Lara yakin orang yang dilihatnya itu ialah Iskandar.
“Abang,
itu Iskandarkan?” tanya Lara.
“Mana?”
tanya Faril.
Faril
memandang ke arah yang ditunjukkan Lara.
“Sana.
Lelaki yang sedang keluar dari kedai tu,” tunjuk Lara.
Faril
memerhatikan wajah lelaki yang dimaksudkan Lara itu. Dia juga pasti itu adalah
Iskandar.
“Jom!”
ajak Faril.
Faril
ingin segera mendapatkan Iskandar. Pantas langkah Faril menuju ke arah Iskandar
yang sedang membuka pintu kereta.
“Is!”
panggil Faril.
Iskandar
menoleh. Terkejut dia sebaik sahaja terpandang Lara dan Faril sedang
menghampirinya. Iskandar segera masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin
keretanya.
“Harap-harap
mereka anggap aku tak perasan,” kata Iskandar sendirian.
Iskandar
pantas mengeluarkan keretanya dari kawasan pakir. Dia kemudian memandu
keretanya segera dari tempat itu.
Faril
dan Lara kecewa sebaik sahaja kereta Iskandar berlalu dari situ. Tercungap-cungap
mereka berdua menahan nafas.
“Lara
okey?” tanya Faril apabila melihat Lara memegang perutnya.
Lara
mengangguk. Sebenarnya dia terasa seperti hendak muntah kerana berlari selepas
makan.
“Kenapa
Is lari dari kita?” tanya Lara sebaik nafasnya stabil.
Faril
menggeleng kepala.
Sementara
itu, Iskandar memandang cermin pandang belakang keretanya. Dia melepaskan nafas
lega sebaik sahaja terlepas daripada Lara dan Faril.
“Fuh!
Nasib baik terlepas.”
BAB
38
“Kau
kata dia ke luar negara. Aku nampak dia di Kampung Baru semalam,” kata Faril
ketika bertemu Asrul di rumahnya hari itu.
“Kampung
Baru? Aku cakap betul. Selepas pembedahan, aku yang hantar dia dan keluarganya
ke KLIA,” jawab Asrul.
“Maksud
kau? Dia pergi sebaik sahaja lepas pembedahan?” tanya Faril lagi.
“Ya!”
“Habis
tu siapa yang aku nampak semalam?” tanya Faril.
“Mungkin
pelanduk dua serupa,” kata Asrul.
“Tak
mungkin pelanduk akan sama sekali dengan keretanya,” jelas Faril.
“Ya tak
ya juga. Mungkin dia dah balik ke sini. Sudah berapa lama selepas pembedahan
tukan?”
“Aku
kena cari dia.”
“Iskandar
tak mahu ganggu hubungan kau dan Lara.”
“Dia tak
pernah menganggu.”
Faril
dan Asrul saling memandang antara satu sama lain.
“Aku tau
semua pengorbanan yang dilakukannya adalah kerana Lara. Dia sangat sayangkan
Lara.”
“Dia nak
Lara bahagia. Dia nak kau yang bahagiakan Lara,’ jelas Asrul.
Faril
memandang Asrul.
“Dia
beritahu kau begitu?” tanya Faril.
Asrul
mengangguk.
“Sekurang-kurangnya
beri aku kesempatan untuk ucap terima kasih,” ujar Faril.
“Kau tak
cuba hubungi dia melalui telefon?” tanya Asrul.
“Kau
fikir dia akan pakai nombor yang lamakah?” tanya Faril semula.
Asrul
diam.
“Walau
macam manapun aku tetap kena cari dia. Dia dah selamatkan nyawa aku. Aku
berhutang nyawa dengan dia,” ucap Faril perlahan.
“Faril
kau tunggu kejap. Aku ada sesuatu untuk kau,” Asrul berkata sebelum masuk ke
dalam rumahnya.
Faril
memandang Asrul yang melangkah masuk ke dalam rumahnya. Tidak lama kemudian
Asrul muncul membawa sepucuk surat. Surat itu dihulurkan kepada Faril.
“Apa
ni?” tanya Faril..
Faril
menyambut sampul surat tersebut. Isi di dalamnya dikeluarkan lantas dibaca.
Assalamualaikum,
Kehadapan abang Faril. Semoga abang
semakin sihat hendaknya. Terlebih dahulu, Is nak minta maaf dengan abang.
Selama ini Is rasa seperti Is telah mengkhianati abang kerana menyimpan
perasaan dengan Lara dalam diam. Memang Is tak ada niat langsung untuk merampas
Lara daripada abang.
Is anggap abang seperti abang Is
sendiri. Seperti yang abang pernah cakap. Cinta tak semestinya memiliki. Abang
pernah merasa bagaimana hampir kehilangan Lara di tangan orang lain.Tapi Is
yakin jodoh abang memang dengan Lara. Is nak tengok abang dan Lara gembira.
Tentang Is abang tak perlu risau. Walau Is jauh daripada abang dan Lara, doa Is
sentiasa mengiringi kebahagian kalian.
Is harap abang akan jaga hati Is
baik-baik. Jangan sakiti sebahagian hati Is yang kini berada dalam diri abang.
Is ikhlas demi sayang Is kepada abang dan Lara. Semoga selepas ini abang dan
Lara akan bahagia menjalani kehidupan berumah tangga bersama Lara.
Ikhlas,
Iskandar.
“Aku
sepatutnya beri pada kau surat tu selepas kau kahwin dengan Lara. Itu yang
Iskandar minta. Tapi aku tak sanggup dah nak simpan surat tu lama-lama,” ujar
Asrul.
Faril
diam. Surat tersebut dilipat kembali. Dia teringat perasaannya yang terpaksa
reda ketika Lara memilih Syazwan dan bukannya dia suatu ketika dahulu. Tapi
benarlah kalau sudah jodoh memang tidak akan ke mana. Beberapa kali dia hampir
kehilangan Lara. Tapi Allah masih memberinya peluang.
“Asrul,
kau boleh tolong aku tak?” tanya Faril.
“Apa
dia?” tanya Asrul semula.
“Dapatkan
maklumat tentang Iskandar. Aku nak jumpa dia,” jawab Faril.
“Mana
aku nak cari dia?” tanya Asrul semula.
“Tolonglah
aku Asrul,” rayu Faril.
“Yalah!
Aku cuba apa yang boleh,” Asrul akhirnya mengalah.
“Terima
kasih, Asrul,” ucap Faril gembira.
BAB 39
Sepanjang
hari Lara sibuk dengan persiapan perkahwinannya dengan Faril. Tubuhnya mula
terasa letih.
“Penatnya...”
ucap Lara lantas menghempaskan tubuhnya di atas sofa.
“Hmm...nak
jadi raja sehari memanglah banyak kerja nak kena buat,” kata ibunya.
Lara
tertawa.
“Faril
dah cuba baju nikah?” tanya Mak Udanya yang tiba-tiba muncul.
“Belum
lagi,” jawab Lara.
“Dah
berapa haribulan ni. Kamu berdua ni macam tak kisah saja!” bebel Mak Uda.
Lara dan
ibunya ketawa.
“Relaklah
Mak Uda. Lambat lagilah,” kata Lara.
“Lambat?
Sebulan saja lagi tau!”
Lara
tersenyum memandang Mak Udanya. Dia kemudian memejamkan matanya. Cuaca panas di
luar tadi membuatkan kepalanya mula berdenyut. Air mineral dari beg tangannya
beserta panadol actifast dikeluarkan. Dia dua biji panadol actifast yang
sentiasa berada dalam beg tangannya. Lara memejamkan mata.
“Lara!
Kenapa dengan hidung kamu tu?” tanya Mak Uda.
Lara
tersentak sebentar. Baru saja dia ingin lena sebentar. Jarinya pantas meraba
hidungnya.
“Hmm...berdarah
lagilah Mak Uda. Panas sangat di luar tadi,” jawab Lara.
Mak Uda
menghulurkan tisu kepada Lara.
“Lara
tak pergi jumpa doktor periksakah?” tanya ibunya pula.
“Dah!
Doktor kata itu perkara biasa kalau cuaca panas,” jawab Lara sambil mengelap
sisa darah di hidungnya.
“Pergi
naik atas mandi. Basahkan kepala tu bagi sejuk sikit,” suruh ibunya.
“Okey!”
Lara
naik ke atas biliknya. Darah di hidungnya kali ini lebih banyak daripada biasa
pula. Dia terus mencapai tuala dan masuk ke bilik mandi. Segar rasa tubuhnya
setelah dibasahi air.
Lara
menyarungkan pakaian ke tubuhnya. Darah dari hidungnya telah berhenti.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Lara mencapainya.
“Hello,
Assalamualaikum,”
“Waalaikumsalam.
Hmm...lamanya mandi,” kedengaran suara Faril di hujung talian.
Lara
ketawa.
“Panas
sangatlah bang. Hidung Lara sampai berdarah tadi,” beritahu Lara.
“Ya?
Lara okey tak?” tanya Faril.
“Okey!
Eh! Mana abang tau Lara tengah mandi ni? Abang ngintai, ya?” usik Lara.
Faril
ketawa.
“Abang
ada di bawah ni. Dah lama tunggu Lara,” beritahu Faril.
“Apa?
Kenapa tak beritahu nak datang? Abang tunggu kejap! Nanti Lara turun,” kata
Lara.
Lara
turun ke bawah setelah lengkap berpakaian. Dia terkejut ketika tiba di bawah.
Terlihat Iskandar ada bersama Faril.
“Is?”
Iskandar
tersenyum.
“Ya
Allah...mana abang jumpa Is ni?” tanya Lara.
Wajah
Lara terpancar kegembiraan.
“Is ada.
Tak ke mana-mana pun,” ucap Iskandar.
“Is tau
tak. Abang Faril dan Lara separuh mati cari Is,” kata Lara.
Iskandar
mengangguk.
“Jangan
lari lagi!” marah Lara.
“Okey!”
“Sebab
hati Is, kami berdua yang kena jaga,” kata Lara lagi.
“Is tau.
Is kembali pun sebab Is nak teman hati Is bersanding dengan orang yang Is sayang
ni,” seloroh Iskandar.
Faril
dan Lara saling berpandangan. Mereka bertiga kemudian ketawa. Semoga kehidupan
akan semakin terang secerah langit.
TAMAT